Monday, April 13, 2015

...Day 1 ~ Hong Kong & Macau Trip...

Salam Ceria ~ Salam 1 Malaysia ~ Salam Kasih Sayang

Dapat juga saya curi masa untuk start off percutian ke HONG KONG dan MACAU...
Alhamdulillah percutian selama 5 hari 4 malam ini berjalan dengan lancar dan kami selamat pulang ke tanah air...(macam p berperang pulak)...

:::DAY 1 ~ (KLIA 2 - HKIA - YAU MA TEI - DING DING TRAVEL - THE PEAK - TEMPLE STREET MARKET):::




Penerbangan kami ke HK pada jam 6.30 pagi jadinya petang sebelum tu Mr DF and me gerak from Penang. Big thanks to En Wadi tolong hantar kami ke KLIA2...Saja booking Tune Hotels KD for refreshment.  Dalam kul 2.00am kami gerak to KLIA2.  Lepak di Mekdi tunggu geng lain sampai.

Lebih kurang 4.00 am camtu kami check in luggage dan slowly ke boarding gate. Maklum lah International Gate gila bapok jauh. Flight pun just on time.  Lepas makanan dihidangkan dalam flight kami pun tidur sebab nak kumpul tenaga. 

Penerbangan mengambil masa lebih kurang tiga jam lima puluh minit kalau tak silap. Sampai di HKIA kena Q untuk imigration tapi tak lama menunggu sebab diaorang bukak banyak kaunter.  Siap amik luggage semua, Mr Anuar sedia menanti kami. FYI, kami booking transport sebab senang tak payah nak heret beg2 naik turun train. Lagipun kami tak boleh nak agak lagi lokasi sebenar dan berapa jauh train station to our apartment, HKD350/van/trip...

Yang pegang tanda nama tu Mr Anuar


Mr Anuar hantar sampai depan entrance Apartment kau... Then we met Mr Eddy the owner of the Apartment.  Thanks to Che Qis sebab arrange our accomodation.  Kami stay di MAN WAI BUILDING, YAU MA TEI...Apartment memang selesa ada tiga bilik, ruang tamu complete sofa dan dining table, 2 toilets dan 1 kitchen.

Yang berjaket merah tu adalah Mr Eddy, owner apartment
Kami rehatkan badan sebentar sebelum memulakan aktiviti pengembaraan.  Sebelum rehat kena lah isi perut dulu kan.  Jadi kami para isteri bertungkus lumus di dapur untuk sediakan lunch. Lauk yang dimasak simple tapi sedap bak hang... Sambal Sardin sama nasi panas2...uhhhhh sedapkan?? ada pulak serunding daging, sambal ikan bilis...Makan dan Zzzz...


Petang tu dah rasa fresh sikit kami keluar untuk cari Ding Ding Travel Agent.  Dari apartment kami jalan kaki lebih kurang 500 meter ke JORDAN STATION...Singgah di kaunter untuk membeli OCTOPUS CARD dengan harga HKD150... FYI u ols Nilai Kad Octopus yang boleh digunakan hanyalah HKD100 lagi HKD50 kira macam deposit nanti dah habis guna nak return tiket boleh amik balik HKD50 tu. Okeh jom kita ke Ding Ding Travel Agent yang terletak di Sino Centre, Mongkok.

Untuk ke Sino Center : Jordan Station - Mongkok East (Exit B) - keluar dari Exit B terus belok kanan nampak main road (Nathan Road) - jalan kaki ke kiri - Cari building paling tinggi (14 tingkat ada lambang S - naik lif ke tingkat 14

Landmark DingDing = huruf S for Sino Centre
Memborong tiket kat Ding Ding Travel agent tu macam borong FM pulak... Kami beli tiket HL Disneyland + Ocean Park + Peak Tram + Dragon Pearl Harbour Cruise + Ferry to Macau.. Memang murah jugak compared online/ beli kat kaunter. Siap beli simkad HK lagi. Walaupun perempuan yang kat DingDing tu macam kurang mesra tapi we ols tak kisah janji murah kan. (Sebab eksaited boleh pulak lupa amik resit so memang i ols kurang ingat dah la tapi serius cakap sangat murah).





Lega dah beli tiket-tiket penting so taklah risau terguna duit kan... Dari Sino Center tu kami ke THE PEAK. Sampai ja kat The Peak Tram Lower tu homaiii ramainya manusia berebut-rebut nak naik tram untuk ke puncak. Macam-macam reaksi boleh tengok ada yang sampai gaduh pun ada. Sampai je turn kami memang terus masuk dalam tram tu. Orang Penang kata seriyauu jugak la bila tram dok mendaki ke puncak kita dok nampak bawah tu...Rasanya tempoh untuk sampai ke The Peak mengambil masa dalam 10minit.

Dari Sino Centre ke The Peak Tram : Mongkok East - Central - Exit J2 - Follow signboard Peak Tram






Dalam The Peak tu dah macam shopping complex pun ada... Nak cari FM pun banyak kat sini. Harga lebih kurang kat Night Market. Selain itu, pada yang berminat nak cari souvenir HRC, bole la singgah di The Peak. Selain itu, dalam The Peak juga ada satu lagi muzium lilin yang femes amos iaitu MADAME TUSSAUDS HONG KONG.. Kami tak masuk pun... Naik punya naik escalator sampai lah ke puncak. Sejuk memang takyah cakap la cuma tak keluaq asap saja...Cuaca pada malam tu agak berkabus jadinya tak nampak view city of Hong Kong dengan clear. Kami just bersantai-santai kat atas tu sampai la memang tak tahan kesejukan lalu sebelum terus turun menaiki tram kami lepak menikmati kopi panas dulu. Memang ohsem. Keluar je kami dari The Peak tengok ramainya manusia sedang beratur tunggu tram. Sejam jugak kot rasanya baru dapat naik tram.  Kesian sungguh kat kaki nih...





Okeh selamat sampai di bawah dan kami meneruskan perjalanan untuk ke TEMPLE STREET NIGHT MARKET. Memang berdekatan dengan apartment kami. Semuanya nampak so colorful kat sini dengan baju, beg troli, luggage tag, key chain, CD, dan macam-macam lagi dijual di sini. Apa yang penting mesti ada bargain skill.

Dari Peak Tram ke Temple Street Night Market : Central - Jordan - Exit A - Keluar exit terus ke kanan - jalan kaki sampai jumpa Temple Street (nama jalan) - Night Market sebelah kanan

Dah penat bersesak dengan orang kat Temple Street Night Market, kami pun jalan kaki pulang ke apartment. Ohh nak kena masak pulak malam ni...Lagi penat... Menu malam ni adalah Nasi putih + rendang ayam (dalam tin) + sayur kobis dan of cos serunding dan sambal bilis meletups.

Dah kenyang apa lagi jom lah rehatkan badan sebab esok nak sambung lagi jalan jauh!!!

Good Nite

Saturday, February 21, 2015

...Dugaan Tahun 2015...

Salam Ceria ~ Salam 1 Malaysia ~ Salam Kasih Sayang

Harini ini 21 Februari 2015 genap lima hari saya menghabiskan cuti di Hospital.  
Orang lain seronok bercuti-cuti sempena Cuti Tahun Baru Cina.
Saya ditemani misi dan doktor serta jarum dan ubat.
Alhamdulillah keadaan kesihatan semakin positif dan tidak sabar untuk pulang ke rumah.
Kata doktor esok saya dibenarkan discharge.  Seronok sangat sebab nak balik rumah dan nak packing barang untuk next trip.

Terima kasih suami kerana sentiasa ada bersama saya.
Terima kasih mama masakkan lunch untuk saya.
Terima kasih kawan-kawan yang sudi datang melawat.
Terima kasih semua yang mendoakan saya.






...1st Trip of The Year...

Salam Ceria ~ Salam 1 Malaysia ~ Salam Kasih Sayang

Entri ini ditulis pada 21 Februari 2015 maka genap sebulan Percutian Pertama saya bagi tahun 2015... Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki di 2 buah negara iaitu HONG KONG dan MACAU... Trip kali ini disertai oleh kakak cantik iaitu Kak Leez dan Saupi serta sepasang lagi suami isteri Che Burn dan Che Qis serta baby Musa... Trip selama 5 hari 4 malam ini akan diceritakan selanjutnya nanti....


...Tahun 2015...

Salam Ceria ~ Salam 1 Malaysia ~ Salam Kasih Sayang

Alhamdulillah entri pertama bagi tahun 2015...Hahaha rasa bersyukur sebab akhirnya tergerak jugak jari jemari ini untuk menaip. Hampir tiga bulan tidak sempat menghapdet apa-apa di sini. Semuanya kerana sibuk dengan hal peribadi. Banyak cerita Tahun 2014 yang hendak dikongsikan sebenarnya tapi kekangan masa membuatkan segalanya bertangguh.

Boleh kiranya saya buat secara rumusan entri-entri yang tertangguh di sini kan....(ehh ai punya suka lah nak buat lagu mana pun kan ini blog ai)... #feelingkekwat 


::: AUGUST 2014 :::


Farewell Dr. Hasenah Mod Zaki our Pengarah. Beliau telah bersara wajib pada 15th August 2014 and we all telah meraikan farewell pada 26th August 2014 di Sigi's Bar by The Beach, Golden Sands Resort, Penang.  Di samping meraikan farewell tidak lupa untuk acara potong kek bagi geng-geng ofis yang celebrate Birthday bulan Julai - August - September. Kepada Dr. Hasenah, selamat beristirehat dan kepada team  members yang celebrate birthday HAPPY BIRTHDAY!!!







::: SEPTEMBER 2014 :::

Roadtrip honeymoon 2 hari 1 malam dengan cinta hati ke Pantai Timur...Tujuan roadtrip adalah untuk JJCM...Huh gigihkan?? Makan punya pasai... Singgah lunch di NASI ULAM CIKGU yang terletak di Kampung Kraftangan, Kota Bharu.  Meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu dan singgah hi-tea di PANTAI PENARIK, Terengganu. Memang banyak deretan gerai di sepanjang persisiran pantai Penarik. Pilih saja port yang berkenan di hati.  Check in di Felda Residence Hotel Kuala Terengganu for 1 night.  Sebelah malam jalan-jalan di Kuala Terengganu Waterfront. Next day terus check out dan menuju ke Morib, Banting untuk berkursus...









  Selamat Pengantin baru to my childhood friend ~ Mawar dan suaminya Farhan serta seorang     lagi pasangan kenalan UiTM Jengka Laila dan suami Fanzur.  Semoga ikatan yang terbina ini   kekal bahagia hingga ke jannah. Selamat Mengharungi alam rumahtangga.





Memasuki Thailand melalui pintu Betong.  Kami park kereta di The Zone dan berjalan kaki ke border.  Mengambil teksi sapu untuk masuk ke PEKAN BETONG.  Sedikit kecewa kerana       pada petang Ahad itu banyak kedai yang tutup.  Maka hanya sekadar melihat tempat orang.       Sudah lah masa kami di sana baru seminggu dua kes letupan bom berlaku. Memang cuak tapi   orang kata ketegaq nak p jugak! Alhamdulillah selamat masuk ke Malaysia kembali..ngeh ngeh   ....ngeh






Pada Hari Malaysia iaitu 16 September 2014, kami geng-geng Gossip Girls telah ke LADANG ANGGUR TASIK BERIS yang terletak di Jeniang Kedah. Harga tiket masuk adalah RM6 bagi dewasa.  Dah kata ladang anggur of course lah dikelilingi anggur. Tapi standard lah anggur Malaysia, kecik-kecik dan tak berapa manis. For me Ladang Anggur Tasik Beris lebih cantik dari Perlis punya. Anyway u ols boleh la try ke sana memang agak jauh ke dalam. Kalau yang berminat nak stay memang ada a few chalet u ols boleh sewa.  Situ kan Tasik Beris so sapa  minat fishing ikan air tawar boleh la bermalam di situ.







Rancangan last minit untuk ke PULAU PANGKOR.  Hasrat nak ke Pangkor ini dibangkitkan oleh mama katanya lama sudah tidak ke sana. Jadi kami berempat iaitu Abah, Mama, Mak and myself berDay trip saja ke sana.  Memang banyak sangat perubahan di Pulau Pangkor,  Kami   menyewa Van Pink dengan harga RM60 untuk tour satu Pangkor.  Di mulai dengan Kota Belanda kemudian kami singgah di Pantai Teluk Nipah. Kami berehat untuk lunch sambil menikmati angin laut.  Cuaca panas tapi disebabkan angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan layan sangat. Makan?? Makan je lah kat gerai2 area Pantai Teluk Nipah tu asalkan kenyang. Dah makan kenyang, kami di bawa pula melawat tempat pembuatan bot-bot nelayan.  Tak turun pun hanya lalu saja dan kami stop di kilang memproses ikan bilis segala. Macam-macam jenis ikan kering ada dijual. Harga? idok la murah sangat. Lebih seringgit dua ja dari Jeti Lumut. Lastly before kami kembali ke Jeti, kami singgah di Muzium Pangkor. Kecik ja muziumnya.  3 jam setel pusing satu Pangkor. Then kami menaiki semula bot untuk ke Lumut dan seterusnya pulang ke Penang.









Banyakkan cerita yang pending??? Semua telah diringkaskan,,, Bagi bulan October dan November saya telah coretkan pada entri yang sebelum ini... Jadi selamat membaca (jika sudi)...

Walaupun Tahun 2015 hampir 2 bulan berlalu, saya harap masih sempat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2015....Semoga apa yang dihajati akan terlaksana....

p/s : Entri ini siap juga akhirnya...Menaip sambil menghabiskan cuti CNY di Hospital. Sekian. Doakan kesihatan saya ye kawan2...

Bye!!!