Showing posts with label :::Kantor:::. Show all posts
Showing posts with label :::Kantor:::. Show all posts

Saturday, February 21, 2015

...Tahun 2015...

Salam Ceria ~ Salam 1 Malaysia ~ Salam Kasih Sayang

Alhamdulillah entri pertama bagi tahun 2015...Hahaha rasa bersyukur sebab akhirnya tergerak jugak jari jemari ini untuk menaip. Hampir tiga bulan tidak sempat menghapdet apa-apa di sini. Semuanya kerana sibuk dengan hal peribadi. Banyak cerita Tahun 2014 yang hendak dikongsikan sebenarnya tapi kekangan masa membuatkan segalanya bertangguh.

Boleh kiranya saya buat secara rumusan entri-entri yang tertangguh di sini kan....(ehh ai punya suka lah nak buat lagu mana pun kan ini blog ai)... #feelingkekwat 


::: AUGUST 2014 :::


Farewell Dr. Hasenah Mod Zaki our Pengarah. Beliau telah bersara wajib pada 15th August 2014 and we all telah meraikan farewell pada 26th August 2014 di Sigi's Bar by The Beach, Golden Sands Resort, Penang.  Di samping meraikan farewell tidak lupa untuk acara potong kek bagi geng-geng ofis yang celebrate Birthday bulan Julai - August - September. Kepada Dr. Hasenah, selamat beristirehat dan kepada team  members yang celebrate birthday HAPPY BIRTHDAY!!!







::: SEPTEMBER 2014 :::

Roadtrip honeymoon 2 hari 1 malam dengan cinta hati ke Pantai Timur...Tujuan roadtrip adalah untuk JJCM...Huh gigihkan?? Makan punya pasai... Singgah lunch di NASI ULAM CIKGU yang terletak di Kampung Kraftangan, Kota Bharu.  Meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu dan singgah hi-tea di PANTAI PENARIK, Terengganu. Memang banyak deretan gerai di sepanjang persisiran pantai Penarik. Pilih saja port yang berkenan di hati.  Check in di Felda Residence Hotel Kuala Terengganu for 1 night.  Sebelah malam jalan-jalan di Kuala Terengganu Waterfront. Next day terus check out dan menuju ke Morib, Banting untuk berkursus...









  Selamat Pengantin baru to my childhood friend ~ Mawar dan suaminya Farhan serta seorang     lagi pasangan kenalan UiTM Jengka Laila dan suami Fanzur.  Semoga ikatan yang terbina ini   kekal bahagia hingga ke jannah. Selamat Mengharungi alam rumahtangga.





Memasuki Thailand melalui pintu Betong.  Kami park kereta di The Zone dan berjalan kaki ke border.  Mengambil teksi sapu untuk masuk ke PEKAN BETONG.  Sedikit kecewa kerana       pada petang Ahad itu banyak kedai yang tutup.  Maka hanya sekadar melihat tempat orang.       Sudah lah masa kami di sana baru seminggu dua kes letupan bom berlaku. Memang cuak tapi   orang kata ketegaq nak p jugak! Alhamdulillah selamat masuk ke Malaysia kembali..ngeh ngeh   ....ngeh






Pada Hari Malaysia iaitu 16 September 2014, kami geng-geng Gossip Girls telah ke LADANG ANGGUR TASIK BERIS yang terletak di Jeniang Kedah. Harga tiket masuk adalah RM6 bagi dewasa.  Dah kata ladang anggur of course lah dikelilingi anggur. Tapi standard lah anggur Malaysia, kecik-kecik dan tak berapa manis. For me Ladang Anggur Tasik Beris lebih cantik dari Perlis punya. Anyway u ols boleh la try ke sana memang agak jauh ke dalam. Kalau yang berminat nak stay memang ada a few chalet u ols boleh sewa.  Situ kan Tasik Beris so sapa  minat fishing ikan air tawar boleh la bermalam di situ.







Rancangan last minit untuk ke PULAU PANGKOR.  Hasrat nak ke Pangkor ini dibangkitkan oleh mama katanya lama sudah tidak ke sana. Jadi kami berempat iaitu Abah, Mama, Mak and myself berDay trip saja ke sana.  Memang banyak sangat perubahan di Pulau Pangkor,  Kami   menyewa Van Pink dengan harga RM60 untuk tour satu Pangkor.  Di mulai dengan Kota Belanda kemudian kami singgah di Pantai Teluk Nipah. Kami berehat untuk lunch sambil menikmati angin laut.  Cuaca panas tapi disebabkan angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan layan sangat. Makan?? Makan je lah kat gerai2 area Pantai Teluk Nipah tu asalkan kenyang. Dah makan kenyang, kami di bawa pula melawat tempat pembuatan bot-bot nelayan.  Tak turun pun hanya lalu saja dan kami stop di kilang memproses ikan bilis segala. Macam-macam jenis ikan kering ada dijual. Harga? idok la murah sangat. Lebih seringgit dua ja dari Jeti Lumut. Lastly before kami kembali ke Jeti, kami singgah di Muzium Pangkor. Kecik ja muziumnya.  3 jam setel pusing satu Pangkor. Then kami menaiki semula bot untuk ke Lumut dan seterusnya pulang ke Penang.









Banyakkan cerita yang pending??? Semua telah diringkaskan,,, Bagi bulan October dan November saya telah coretkan pada entri yang sebelum ini... Jadi selamat membaca (jika sudi)...

Walaupun Tahun 2015 hampir 2 bulan berlalu, saya harap masih sempat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2015....Semoga apa yang dihajati akan terlaksana....

p/s : Entri ini siap juga akhirnya...Menaip sambil menghabiskan cuti CNY di Hospital. Sekian. Doakan kesihatan saya ye kawan2...

Bye!!!

Monday, November 10, 2014

...Sawadikap PHUKET ~ Day 4...

Salam Ceria ~ Salam 1 Malaysia ~ Salam Kasih Sayang

Last episod Cuti-cuti Phuket....

::: DAY 4 ~ (Phuket - KLIA2) :::

Jam empat empat puluh lima pagi jam dah bunyi..... Malas sungguh nak bangun. Badan masih terasa sakit tapi ku gagahi jugak sebab taknak buat drama lagi kat airport.  Tepat jam 6.00pagi van dah sedia tunggu depan lobby.  Tinggalkan kunci bilik di reception desk dan babai Patong....Disebabkan masih awal pagi jadi perjalanan kami hanya mengambil masa selama 45 minit untuk sampai di Phuket International Airport.  Siap check in luggage, immigration dan tak lama lepas tu dah call for boarding.  



Alhamdulillah selamat tiba di KLIA2 sekitar jam 12 tengah hari.  Terima kasih pada travel mate untuk trip PHUKET ini - CC Salinah, Nazri, Azan, Ashraf, Kuchai, Shahadan dan Irfan.  Sorry banyak-banyak if sepanjang percutian ini ada salah dan silap. Semoga kita dapat bercuti-cuti lagi next year.



...Sawadikap PHUKET ~ Day 3...

Salam Ceria ~ Salam 1 Malaysia ~ Salam Kasih Sayang

Wehuuu masih lagi entry Phuket yang tertangguh! 
Selamat membaca ye kawan-kawan ;)

:::DAY 3 ~ (JAMES BOND ISLAND TOUR) :::

Setelah berhempas pulas nego dengan travel agent, finally kami amik dengan agent hotel tempat kami menginap.  Bath1200/pax to James Bond Island inclusive Lunch. Mahal?? I ols pun rasa jugak tapi rata-rata agent memang offer this price with speed boat. Takmau lah naik big boat memang la murah tapi ramai sangat  dan kurang selesa.  Long tail?? Harus jugak tidak...Takut aihhh dah tak pandai berenang kan...



Berkali-kali minah Thai ni ingatkan kami 8.15am you wait here..wait here...Van will pickup to the pier...Maksudnya suruh tunggu kat lobby hotel jam 8.15am. Okeh memang kami semua get ready awal sebab excited katanya.  Sempat juga lite breakfast yogurt drinks + biskut oreo lagi. Jadi lah buat lapik perut.  Memang sharp on time van sampai. Lama jugak hampir sejam perjalanan untuk sampai ke pier. Apa nama pier dia sebut pun tak paham.  Sementara tunggu lagi satu van sampai, di situ disediakan breakfast biskut kering dan juga roti. Boleh bancuh ayaq seniri ada teh, kopi dan cokelat. Apa lagi sila la jangan malu jangan segan.  Rasanya kami berlapan saja yang Melayu-Muslim-Malaysia.  The rest tu mat salleh belaka kecuali sorang from Oman.




Okeh lebih kurang jam 10.00 am kami memulakan perjalanan dengan menaiki speed boat yang telah tersedia.  First pit stop adalah Monkey Cave. Boleh la tengok monkey secara live kan...Sambil bagi makan.  Monkey tu pun tengok kita dengan muka selenga ja. Agaknya dah boring kot. Atau dah kenyang! 





Then kami terus lagi ke JAMES BOND ISLAND atau nama dalam bahasa thainya adalah KHAO PHING KAN... Ramainya manusia dah macam-macam fesyen boleh tengok. Ada yang p beach pakai smart gila siap baju long sleeve & slack (tourist dari India i guest), yang pakai gown bagai...Yang sampai nak tersemboi keluaq pun ada....Anyway what so special about JamesBond Island?? Sebenarnya tidak lah cantik mana cuma menjadi simbolik disebabkan cerita James Bond - The Man With The Golden Gun Tahun 1974.  Sejak dari itu ianya menjadi salah satu lokasi atau tempat yang wajib melawat sekiranya u ols ke Phuket or Krabi.  Landmarknya adalah seketui limestone so marilah pakat-pakat bergambar menandakan i ols sudah jejak di sini!





Okeh next tidak jauh dari James Bond Island tu lebih kurang 10minit kami semua diberhentikan di satu kawasan untuk berkayak pulak.  Don't worry tak perlu takut sebab akan ada orang yang mengayuh kayak tersebut.  Lebih kurang 30 minit untuk u ols menikmati kawasan Phang Nga Bay so boleh la menyusur masuk ke dalam gua. Jangan lupa baring satni tersangkut kepala pulak! Well i ols ni memang terserlah penakut so memang tidak lah berkayak ye! Tunggu kengkawan je kat jeti. 




Dah penat dan berpanasan berkayak, baru lah kami dibawa ke sebuah perkampungan Nelayan yang majoriti penduduk adalah Islam.  KOH PANYEE diberi nama. Dihidangkan secara set di setiap meja.  Menu of cos lah tomyam putih, ikan goreng apa ntah, sayur, telur dadar, ayam dan ikan siakap kot. Semua diam tak kata apa sebab lapaq sangat! Berbeza kalau dulu ke Phi Phi Island diaorg sediakan makanan secara buffet so sedap la sikit menambah.





Dah kenyang mata pun dah layu-layu ja.  Last sekali sebelum mengakhiri JamesBond Island tour ini kami dibawa untuk free and easy mandi mandi di sebuah pantai memang tak ingat nama apa tapi pantai ini merupakan salah satu yang telah digazetkan sebagai National Park.  Pantainya kurang menarik lebih kurang kat Batu Feringghi ja tengok. Kami diberi masa selama 40 minit untuk mandi manda.

Cukup jam semua naik ke atas boat. Memang hampir semua daripada kami ketiduran.  Penat barangkali.  Sampai di jeti semula lebih kurang jam 4.30 petang.  Hujan lebat membasahi Phuket Town.  Alhamdulillah sepanjang kami ke JamesBond Island tu cuaca amat baik dan cantik.  Sekali lagi mensyukuri kerana diberi peluang merasai nikmat serta keindahan bumi Allah.

Memandangkan hujan jadinya terasa sedikit sejuk di daerah Patong.  So apa lagi sempat melelapkan mata dan merehatkan badan.  Malang sekali pada malam itu i ols demam pulak.  Sakit kepala sakit badan semuanya.  Jadi pada malam itu tidaklah sempat berenjoy untuk malam terakhir kami di Phuket.  Dalam demam-demam sempat jugak bermassage kat sebelah. Malam ni just buat foot massage. Alahai sedap bangat! Bath300/hour... 

Selesai massage telan panadol dan Zzzzz.... Esok kena bangun awal lagi sebab van akan pick up we ols jam 6.00am untuk ke Airport....


Wednesday, November 05, 2014

...Sawadikap PHUKET ~ Day 2...

Salam Ceria ~ Salam 1 Malaysia ~ Salam Kasih Sayang

Masih bercerita mengenai percutian ke PHUKET, Thailand.

:::DAY 2 ~ (Phuket City Tour):::



Memandangkan kami lambat confirm untuk Island tour pakej so kami decided pospon Island tour hari ketiga kami di sini. Jadinya harini kami nak aktitivi yang lite-lite jer katanya.  Lepas breakfast biskut oreo dan yogurt, we ols menapak lagi ke main road untuk mencari transport untuk jalan-jalan Phuket City Tour.  Jumpa lah sorang pakcik ni dia proposed kami Phuket City Tour dari jam 10am - 5.00petang hanya Bath1600. Kira ok lah sebab apa yang kami survey semalam 4hours city tour Bath1500 if extra hours kena bayar lagi Bath200/hour...





First Pakcik tu bawak kami ke SRI BHURAPA ORCHID iaitu kilang memproses Cashew Nut. Dapat lihat macam mana proses pengasingan biji gajus dilakukan.  Di sana juga u ols boleh la membeli oleh-oleh berupa cashew nuts yang telah dipelbagaikan.  Boleh test dan semuanya dijamin halal sebab ada Sijil Halal dipamerkan.




Next kami ke PEARL FACTORY.  Kat sini u ols akan diberi penerangan berkaitan jenis-jenis serta gred pearl.  Ada macam-macam aksesori yang dihiasi mutiara dijual di sini.  Sempat jugak i ols beli sebentuk cincin murah sajor sebab mutiaranya adalah from low gred.





Lepas tu kami dibawa untuk makan tengah hari di sebuah Halal Restaurant diberi nama LUK LAY SEAFOOD.  Mahal dan tak sedap tapi sebab lapar kami belasah jugak!

Dah kenyang kami teruskan lagi ke PHUKET BOTANIC GARDEN. Entry fee Bath500 so kami bergambar di entrance saja pun dah cukup cantik. Pada yang gemarkan keindahan alam serta kehijauan boleh la masuk ke sini.





Dari Phuket Botanic Garden kami dibawa ke BEE FARM... Tengok dan belajar la pulak pasai proses madu (honey). Dah macam lawatan sambil belajar harini.  Diteruskan lagi ke WAT CHALONG.  Salah satu Buddha Temple yang terkenal di Phuket.  Tengok-tengok camtu ja.






Next is ELEPHANT TREKKING.  Mula kena charge Bath1000/pax untuk 30 minutes. Tapi macam mahal je semua pakat takmau. So last2 dia kurangkan sampai Bath600/pax.  2orang ja naik gajah. Kami yang lain berkeliaran kat depan-depan sambil bergambar dengan baby elephant. Boleh tahan busuk jugak bau gajah jenuh tahan napas.




Lastly before mengakhiri lawatan sambil belajar, kami ke THE BIG BUDDHA.  Terletak nun jauh di atas bukit.  Memang cantik pemandangan Phuket dari The Big Buddha ni.  Panas kan so kami tidak lama di sini.  Then kami ajak Pakcik tu ke PromThep Cape nak tengok view Phuket tapi time tu dah 4.30petang dia kata tak sempat. Okeh #pasrah je.

Sampai di hotel kami rehat sat lepas tu sempat bermassage. Apalah ertinya jika ke Thailand tapi tidak menikmati urutan traditional kan. Bath300/1hour Full Body Massage. Arhhhhh memang syiok giler.  Terus rasa segar bugar!







Pada sebelah malamnya kami dinner di SANSABAI RESTAURANT lagi. Sampai kenal brader tu tapi tak dapat murah pun. Meriah betul kami order malam ni macam 3hari tak makan. Yelah last makan time lunch dah la tak sedap. So malam pulun la betoi2.




Lepas makan kami burned calories jalan-jalan di Patong Night Market. Beli lagi fridge magnet, tshirt ILOVEPHUKET kiriman orang sambil menjamu mata tengok nite live di Patong. Heaven especially bagi lelaki. Okeh takmau explain panjang. (Dalam hati mujuq laki i tak ikut).

Dah penat berjalan, tahan tut-tut dengan bayaran Bath200 balik ke hotel. Yaay esok pagi2 kena bangun awal nak ke JAMES BOND ISLAND.