Salam Ceria ~ Salam 1 Malaysia ~ Salam Kasih Sayang
Wehuuu masih lagi entry Phuket yang tertangguh!
Selamat membaca ye kawan-kawan ;)
:::DAY 3 ~ (JAMES BOND ISLAND TOUR) :::
Setelah berhempas pulas nego dengan travel agent, finally kami amik dengan agent hotel tempat kami menginap. Bath1200/pax to James Bond Island inclusive Lunch. Mahal?? I ols pun rasa jugak tapi rata-rata agent memang offer this price with speed boat. Takmau lah naik big boat memang la murah tapi ramai sangat dan kurang selesa. Long tail?? Harus jugak tidak...Takut aihhh dah tak pandai berenang kan...
Berkali-kali minah Thai ni ingatkan kami 8.15am you wait here..wait here...Van will pickup to the pier...Maksudnya suruh tunggu kat lobby hotel jam 8.15am. Okeh memang kami semua get ready awal sebab excited katanya. Sempat juga lite breakfast yogurt drinks + biskut oreo lagi. Jadi lah buat lapik perut. Memang sharp on time van sampai. Lama jugak hampir sejam perjalanan untuk sampai ke pier. Apa nama pier dia sebut pun tak paham. Sementara tunggu lagi satu van sampai, di situ disediakan breakfast biskut kering dan juga roti. Boleh bancuh ayaq seniri ada teh, kopi dan cokelat. Apa lagi sila la jangan malu jangan segan. Rasanya kami berlapan saja yang Melayu-Muslim-Malaysia. The rest tu mat salleh belaka kecuali sorang from Oman.
Okeh lebih kurang jam 10.00 am kami memulakan perjalanan dengan menaiki speed boat yang telah tersedia. First pit stop adalah Monkey Cave. Boleh la tengok monkey secara live kan...Sambil bagi makan. Monkey tu pun tengok kita dengan muka selenga ja. Agaknya dah boring kot. Atau dah kenyang!
Then kami terus lagi ke JAMES BOND ISLAND atau nama dalam bahasa thainya adalah KHAO PHING KAN... Ramainya manusia dah macam-macam fesyen boleh tengok. Ada yang p beach pakai smart gila siap baju long sleeve & slack (tourist dari India i guest), yang pakai gown bagai...Yang sampai nak tersemboi keluaq pun ada....Anyway what so special about JamesBond Island?? Sebenarnya tidak lah cantik mana cuma menjadi simbolik disebabkan cerita James Bond - The Man With The Golden Gun Tahun 1974. Sejak dari itu ianya menjadi salah satu lokasi atau tempat yang wajib melawat sekiranya u ols ke Phuket or Krabi. Landmarknya adalah seketui limestone so marilah pakat-pakat bergambar menandakan i ols sudah jejak di sini!
Okeh next tidak jauh dari James Bond Island tu lebih kurang 10minit kami semua diberhentikan di satu kawasan untuk berkayak pulak. Don't worry tak perlu takut sebab akan ada orang yang mengayuh kayak tersebut. Lebih kurang 30 minit untuk u ols menikmati kawasan Phang Nga Bay so boleh la menyusur masuk ke dalam gua. Jangan lupa baring satni tersangkut kepala pulak! Well i ols ni memang terserlah penakut so memang tidak lah berkayak ye! Tunggu kengkawan je kat jeti.
Dah penat dan berpanasan berkayak, baru lah kami dibawa ke sebuah perkampungan Nelayan yang majoriti penduduk adalah Islam. KOH PANYEE diberi nama. Dihidangkan secara set di setiap meja. Menu of cos lah tomyam putih, ikan goreng apa ntah, sayur, telur dadar, ayam dan ikan siakap kot. Semua diam tak kata apa sebab lapaq sangat! Berbeza kalau dulu ke Phi Phi Island diaorg sediakan makanan secara buffet so sedap la sikit menambah.
Dah kenyang mata pun dah layu-layu ja. Last sekali sebelum mengakhiri JamesBond Island tour ini kami dibawa untuk free and easy mandi mandi di sebuah pantai memang tak ingat nama apa tapi pantai ini merupakan salah satu yang telah digazetkan sebagai National Park. Pantainya kurang menarik lebih kurang kat Batu Feringghi ja tengok. Kami diberi masa selama 40 minit untuk mandi manda.
Cukup jam semua naik ke atas boat. Memang hampir semua daripada kami ketiduran. Penat barangkali. Sampai di jeti semula lebih kurang jam 4.30 petang. Hujan lebat membasahi Phuket Town. Alhamdulillah sepanjang kami ke JamesBond Island tu cuaca amat baik dan cantik. Sekali lagi mensyukuri kerana diberi peluang merasai nikmat serta keindahan bumi Allah.
Memandangkan hujan jadinya terasa sedikit sejuk di daerah Patong. So apa lagi sempat melelapkan mata dan merehatkan badan. Malang sekali pada malam itu i ols demam pulak. Sakit kepala sakit badan semuanya. Jadi pada malam itu tidaklah sempat berenjoy untuk malam terakhir kami di Phuket. Dalam demam-demam sempat jugak bermassage kat sebelah. Malam ni just buat foot massage. Alahai sedap bangat! Bath300/hour...
Selesai massage telan panadol dan Zzzzz.... Esok kena bangun awal lagi sebab van akan pick up we ols jam 6.00am untuk ke Airport....
2 comments:
teringin nak pg krabi @ phuket ni..xde geng..
Cik Viva --> Samalah punya susah dok cari travel partner nak ke Phuket dekat setahun dok war2 kan sapa nak p...LAst2 kebetulan AA go offer pastu terus hasut budak opis join.
Post a Comment