Salam Ceria ~ Salam 1 Malaysia ~ Salam Kasih Sayang
Kembali bersiaran dengan cerita bulan madu kami ke Lombok pada hari kedua.......
:::DAY 2 ~ (PURA LINGSAR - TAMAN NARMADA - MASBAGIK - BATU BOLONG):::
Breakfast by the beach...Perghhhh memang layan lah... Fefeeling omputih sangat dengan pelahap toasted bread with scrambled egg & pancake kau!!! Dinikmati pula dengan secangkir teh o nipis...
Sampai ke Pak Edi kami pun memulakan perjalanan ke PURA LINGSAR. Ianya terletak di bahagian Barat Lombok. Pura Lingsar ini merupakan sebuah pura (temple) yang terbesar di Lombok. Pura yang seluar 26 hektar ini telah dibangunkan pada tahun 1741 dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu GADUH dan KEMALIQ. Pura Gaduh merupakan Pura untuk Penganut Agama Hindu sahaja manakala Pura Kemaliq adalah untuk Penganut Agama lain termasuk Islam. Pelik masyarakat di sini masih dengan kepercayaan agama Hindu. Kata tourist guide kami, Pura Kemaliq ini sering dikunjungi oleh sesiapa yang punya niat dan sekiranya niat atau hasrat tercapai/termakbul, mereka perlu buat kenduri dan bermalam di Pura Kemaliq ini sebagai tanda terima kasih atau kesyukuran. Hmmm no komen!!
Okeh next kami beralih ke TAMAN NARMADA yang terletak di daerah Lombok Barat juga. Tiket masuk adalah Rp5000/pax. Taman Narmada ini merupakan sebuah taman yang dibangunkan oleh Raja Mataram Lombok Anak Agung Ngurah Karangasem pada sekitar 1805. Kisah di sebalik Taman Narmada ni pulak kononnya Raja Mataram cuba membina taman ini sama seperti pemandangan yang terdapat di puncak Gunung Rinjani. Memang sangat luas Taman Narmada ini dan terdapat beberapa kolam untuk orang umum. Di sini juga ada satu lagi tarikan iaitu AIR AJAIB. Kepercayaan masyarakat tempatan kononnya air ini boleh menjadikan awet muda. Kena bayar berapa rupiah ntah tak ingat kalau nak merasai air ajaib ini. By the way sekian terima kasih lah nak bayar-bayar untuk benda karut macam ni.
Okeh jam baru menunjukkan jam 12.30 tengah hari. Ya masih awal dan kami tidak punya rencana wisata lagi. So En DF mengajak ke MASBAGIK terletak di bahagian timur Lombok. Ada apa ke Masbagik?? Sebenarnya Masbagik ni hanyalah kawasan perkampungan tujuannya nak melawat budak-budak site En DF yang dah balik ke sini lepas habis kontrak di Malaysia. Baik pulak suami i ols ni. Sempat dijamu makan tengah hari oleh Mishan salah seorang kenalan En DF. Kalau tak makan rasa macam tidak hormat tuan rumah maka jamah lah sedikit. Dihidangkan dengan ikan nila goreng, ikan masak lemak cara orang Lombok barangkali dan juga sambal belacan kaww pedas. Kami makan dengan telur mata ja. Maklum lah lama tak jumpa panjang jugak menyembangnya. Sampai kena bagi isyarat nak balik. Memang frankly orang-orang Lombok sangat ramah dan mesra dengan semua orang.
Dah bersalaman kami pun gerak meninggalkan Masbagik. Ajak Pak Edi singgah makan. Yelah tadi kan jamah sikit ja buat syarat. Pak Edi bawak kami ke WARUNG DAKOTA yang terletak di Kota Mataram, Menjamu selera sambil menikmati pemandangan Sawah Padi. Menu special di Warung Dakota adalah paket yang terdiri daripada ikan bakar, ayam bakar, macam masak kari apa ntah, sate rembiga dan sambal. Sedap semuanya memang sampai tak habis. Usai makan, kami mencari oleh-oleh khas Lombok untuk dibeli.
Pak Edi bawak kami ke LESTARI OLEH-OLEH KHAS LOMBOK. Kat sini dijual pelbagai jenis jajan termasuk kerepek, kekacang, dodol dan lain2. Cubalah kerepek rumpai laut dalam pelbagai perisa. Next kami mintak Pak Edi ke PUSAT OLEH-OLEH GANDRUNG. Kat sini ada dijual t shirt kaos, key chain, FM dan handycraft Lombok. Tapi sayangnya FM dan keychain sangat tak banyak choice. Sedey!!!
Dah puas habiskan duit, kami terus gerak ke hotel sebab saja nak balik hotel awal nak berpacaran di persisiran pantai la konon. Sekali tersangkut macet sebab ada upacara NYONGKOLAN. Ha apa tu ??
Upacara Nyongkolan adalah satu upacara perkahwinan mengikut adat suku Sasak di Lombok. Seperti yang diceritakan kaum suku sasak ini sekiranya si pria berkenan dengan si gadis itu, dia harus 'menculik' untuk dijadikan isteri. Jika keluarga tidak bersetuju maka mereka akan report ke Polisi tetapi sekiranya kedua belah pihak setuju maka upacara Nyongkolan diadakan. Ini bererti perarakan keluarga dan teman si pria ke rumah si gadis yang dinikahinya itu. Perarakan ini disertai oleh semua kaum kerabat dan juga orang kampung berkenaan sambil diiringi oleh gamelan dan muzik. Pengantin akan berpakaian tradisi kaum Sasak. Sekiranya lokasi atau jarak kedua rumah jauh maka upacara ini tidak dilakukan.
On the way ke hotel mintak Pak Edi singgah sebentar di Menara Tinjau BATU BOLONG. Masa ini matahari dah semakin mengundurkan diri. Subhanallah tidak terkata saya melihat sunset itu. Cantik sangat. Ya Allah indah sungguh ciptaan Mu. Selesai bergambar di Batu Bolong, kami terus gerak ke hotel dan masih sempat menikmati matahari terbenam buat kali terakhir kami di sini. Alhamdulillah.
Pada sebelah malamnya kami hanya dinner di cafe hotel. Sunyi sepi hanya ditemani deruan ombak dan angin pantai. Romantik pulak rasa. Eh of cos lah kan tengah honeymoon kan. Maka dengan itu berakhirlah malam kedua kami merangkap malam terakhir di sini.
4 comments:
Menariknya.. nampak sungguh bersantai-santai dalam percutian.. terbaik lah :D
Time Traveller ---> yeszza mmg kami plan nak santai-santai ja kali ini. Maybe next time baru ke Gili..Kiranya ada alasan utk repeat lombok :)
wahhh romatik uols!! :)
@xim ---> Ha of cos la u ols...Kata hanimun
Post a Comment