Wednesday, November 05, 2014

...Sawadikap PHUKET ~ Day 2...

Salam Ceria ~ Salam 1 Malaysia ~ Salam Kasih Sayang

Masih bercerita mengenai percutian ke PHUKET, Thailand.

:::DAY 2 ~ (Phuket City Tour):::



Memandangkan kami lambat confirm untuk Island tour pakej so kami decided pospon Island tour hari ketiga kami di sini. Jadinya harini kami nak aktitivi yang lite-lite jer katanya.  Lepas breakfast biskut oreo dan yogurt, we ols menapak lagi ke main road untuk mencari transport untuk jalan-jalan Phuket City Tour.  Jumpa lah sorang pakcik ni dia proposed kami Phuket City Tour dari jam 10am - 5.00petang hanya Bath1600. Kira ok lah sebab apa yang kami survey semalam 4hours city tour Bath1500 if extra hours kena bayar lagi Bath200/hour...





First Pakcik tu bawak kami ke SRI BHURAPA ORCHID iaitu kilang memproses Cashew Nut. Dapat lihat macam mana proses pengasingan biji gajus dilakukan.  Di sana juga u ols boleh la membeli oleh-oleh berupa cashew nuts yang telah dipelbagaikan.  Boleh test dan semuanya dijamin halal sebab ada Sijil Halal dipamerkan.




Next kami ke PEARL FACTORY.  Kat sini u ols akan diberi penerangan berkaitan jenis-jenis serta gred pearl.  Ada macam-macam aksesori yang dihiasi mutiara dijual di sini.  Sempat jugak i ols beli sebentuk cincin murah sajor sebab mutiaranya adalah from low gred.





Lepas tu kami dibawa untuk makan tengah hari di sebuah Halal Restaurant diberi nama LUK LAY SEAFOOD.  Mahal dan tak sedap tapi sebab lapar kami belasah jugak!

Dah kenyang kami teruskan lagi ke PHUKET BOTANIC GARDEN. Entry fee Bath500 so kami bergambar di entrance saja pun dah cukup cantik. Pada yang gemarkan keindahan alam serta kehijauan boleh la masuk ke sini.





Dari Phuket Botanic Garden kami dibawa ke BEE FARM... Tengok dan belajar la pulak pasai proses madu (honey). Dah macam lawatan sambil belajar harini.  Diteruskan lagi ke WAT CHALONG.  Salah satu Buddha Temple yang terkenal di Phuket.  Tengok-tengok camtu ja.






Next is ELEPHANT TREKKING.  Mula kena charge Bath1000/pax untuk 30 minutes. Tapi macam mahal je semua pakat takmau. So last2 dia kurangkan sampai Bath600/pax.  2orang ja naik gajah. Kami yang lain berkeliaran kat depan-depan sambil bergambar dengan baby elephant. Boleh tahan busuk jugak bau gajah jenuh tahan napas.




Lastly before mengakhiri lawatan sambil belajar, kami ke THE BIG BUDDHA.  Terletak nun jauh di atas bukit.  Memang cantik pemandangan Phuket dari The Big Buddha ni.  Panas kan so kami tidak lama di sini.  Then kami ajak Pakcik tu ke PromThep Cape nak tengok view Phuket tapi time tu dah 4.30petang dia kata tak sempat. Okeh #pasrah je.

Sampai di hotel kami rehat sat lepas tu sempat bermassage. Apalah ertinya jika ke Thailand tapi tidak menikmati urutan traditional kan. Bath300/1hour Full Body Massage. Arhhhhh memang syiok giler.  Terus rasa segar bugar!







Pada sebelah malamnya kami dinner di SANSABAI RESTAURANT lagi. Sampai kenal brader tu tapi tak dapat murah pun. Meriah betul kami order malam ni macam 3hari tak makan. Yelah last makan time lunch dah la tak sedap. So malam pulun la betoi2.




Lepas makan kami burned calories jalan-jalan di Patong Night Market. Beli lagi fridge magnet, tshirt ILOVEPHUKET kiriman orang sambil menjamu mata tengok nite live di Patong. Heaven especially bagi lelaki. Okeh takmau explain panjang. (Dalam hati mujuq laki i tak ikut).

Dah penat berjalan, tahan tut-tut dengan bayaran Bath200 balik ke hotel. Yaay esok pagi2 kena bangun awal nak ke JAMES BOND ISLAND.

1 comment:

tabanlabell said...

The gambling industry is booming, and the gaming industry is
The 하남 출장마사지 gambling industry is 안산 출장마사지 booming, and 전라북도 출장마사지 the gaming industry is Casino. A video poker machine. 제주도 출장안마 Las Vegas. Online. Online. Casino. 김포 출장마사지 Online. Casino. Online. Casino.