Salam Ceria ~ Salam 1 Malaysia ~ Salam Kasih Sayang
Hello u ols....Semangat nih nak kongsi cerita cuti-cuti i ols...Rasa macam tak cukup kaki tangan ja nih...Ok dimulakan dengan kisah percutian bersama budak-budak opis i ols ke Phuket, Thailand selama 4 hari 3 malam... Untuk pengetahuan u ols, kami beli pakej melalui AirAsiaGo. Pakej termasuk Flight + Hotel + Tax = RM270/pax...Murah? Seriusly murah!!! Jadi hari-hari sila la hadap web AirAsiaGo kot ada offer...Sekian!
:::DAY 1 ~ (Penang - KLIA2 - Phuket):::
Memandangkan flight from Penang memang limited destination, haruslah kami terpaksa ke KLIA2 dulu. Dari Penang kami amik last flight jam 11.20pm so nampak kan kami kena bergelandagan selama beberapa jam di KLIA2 before flight ke Phuket next morning. Ok memang selesa sangat KLIA2 sebab dapat port baik punya di Level 2...Semua terbungkang secara jemaah. Sedar jam 6am...Omaigadd 6 am?? Ha nampak sangat semua nyenyak ja lena... Flight depart at 6.55am ha hamek kaww walaupun dah check in awal, tapi kami ada luggage nak check in...Unfortunately abang AirAsia tu kata dah katup so beg kami takleh check in. Selamba dia kata samada beg tinggal & u ols bawak diri atau cancel ja flight.. Ok kat sini start lah drama... I cakap kat diaorg let's gamble ja masuk kalau diaorg tak lepas beg baru kita punggah masuk beg lain sorang sikit. Masa tu dah final boarding. MasyaAllah berlari lah kami dan time tu 1st time plak p International gate...Memang super jauh gila! Masa kat kastam dengar nama kami dipanggil untuk immediate boarding..Dah takut dah tak sempat. Alhamdulillah kami orang terakhir naik flight. (Stakat tu je lah drama)
Semasa penerbangan, of cos semua orang recharge bateri kan...Penat kot marathon dalam epot. Tiba di Phuket International Airport transport kami sedia menanti. I ols booking direct secara online kat web PhuketShuttle . Kami berlapan so amik standard van (Toyota Hiace) Bath1199/way.
Perjalanan hampir 1 jam ke Patong dari Airport. Sampai lah di hotel kami iaitu DDC House, Patong. Memangdangkan masih awal jadi kami tak boleh nak check in. Maka kami pun tinggalkan beg dan berjalan mencari sesuap nasi. Agak jauh jugak ye kawan-kawan kami menapak hampir 2km kot ke Jungceylon Mall. Cuaca?? Panas litlit oiii... Perut makin mendidih tara nak sampai sana.
Dah sampai Jungceylon Mall nak cari food court pulak memusing-musing...Tanya local people macam ayam dengan itik dok cakap. Last2 jumpa brader dok jual kebab depan Jungceylon mall tu dia kata p cari kat BANZAAN MARKET. Situ ada kedai nama BANGOH served Halal Food. Ok Banzaan Market ni merupakan pasar basah yang menjual fresh seafood & vegetables. Tingkat atas ada food court. Tapi cuma ada satu saja halal stall. Yang menariknya kat food court ini, u ols boleh p beli fresh seafood kat bawah then bagi diaorg masak. Tengok rata-rata amik Lobster. Murah la kot. Meleleh oiii dok tengok meja sebelah order pat ekoq lobster.
Kenyang sudah jadi agak berat kaki nak menapak balik ke hotel. So kami naik tut-tut Bath200 untuk satu tut-tut. Sampai hotel nasib dah boleh check in. MasyaAllah heaven betui bila dapat katil. Apa lagi bersihkan diri dan rehat lah sampai ke senja.
Pada malam hari kami menapak lagi menuju ke Patong Beach. Jauh bukan kepalang jugak. Masa on the way kami jumpa kedai makan halal betul-betul berhadapan Hotel Mercure. Nama kedainya SanSabai Restaurant. Okeh sangat recommended sebab tiap-tiap malam p dinner kat sini. Price? ok lah dan masakan dia pun sedap. Kena lah dengan tekak kami semua.
Lepas makan kami jalan-jalan sekitar Bangla Road dan juga Patong Beach. Sepanjang jalan ada jualan t shirt, souvinier dan lain-lain. Sempat jugak survey pakej island tour. Harus kena pandai bargain kalau tidak akan disembelih. Sekitar jam 11malam kami menaiki tut-tut dengan harga Bath200 pulang ke hotel. Rehat dan Selamat Malam!
No comments:
Post a Comment