...As per plan, on 5 - 7 September 2009 aKu spent time kt KL...KonOn2 mau berbelanja di KL bersama temen2...dan juga ketemu sama temen baru...3 hari rasanya tak cukup jugak nak cover sepenuhnya...Tinggal lagi 2 minggu saja sebelum menjelang Aidilfitri...Sememangnya semua orang sibuk membuat persiapan untuk menyambut ketibaan Syawal...
From left: Me, My Bro & Nabela
...Aku tiba di KLIA lebih kurang jam 1150am dan terpaksa menunggu my bro 45minit jugak la to fetch me...Nasib baiklah dia dekat Bangi ja...Our first destination is Alamanda, Putrajaya...Eh lupa plak nak bagitau, aku datang KL ni dengan Nabela (my bro's gf)...Sampai je kat Alamanda kena tawaf jugak la nk cari parking...Memang kat mana2 saja manusia punyalah ramai...Macam kat Alamanda nih rasaynya majoriti masyarakat setempat Putrajaya merangkap orang2 gomen...Boleh dikatakan semua kedai dan boutique ada sale dan menjadi tumpuan ramai...Hampir satu jam kami di Alamanda tapi tak beli apa pn...Hanya sekadar menjamu mata...Bawa si Nabela sebab dia tak pernah sampai kt Alamanda ni...
Me & Nadia
...Selepas tu kami terus ke Kerinchi...Nk buat apa pegi sana??seharusnya lah ke rumah Nadia sebab itulah destinasi aku bila overnite kat KL...On the way tu memang aku sangat keletihan dan terus tertidur. Sebab malam sebelum tu, aku lepak dan bersahur bersama teman office...Kitaorg pegi BF Nite Market then bersahur dekat Nasi Kandar Beratur...The Famous Nasi Kandar in Penang...So celik je mata dah sampai kat Pantai Dalam...After letak beg kat rumah Nadia, next destination is Ampang Point...Aku ada set date dengan Kak Leez (blogger), and Puan Laila (my beloved lecturer kt UiTM) untuk berbuka puasa bersama. And guys, fyi what a small world kan actually Kak Leez and Puan Laila dah lama kenal each other but they only in touch through mail and fb je...So kiranya aku telah mempertemukan 2 sahabat ni yang telah hampir berapa tahun tak bersua muka tapi both still stay & work kt KL je...At first we decided to berbuka @ Old Town but macam common la plak coz slalu lepak pun kat Old Town jugak...Then Kak Leez and Puan Laila suggest berbuka di Restoran Kampung Thai...AftEr Order MakaNan, kitaorg jejalan cuci mata kat Ampang Point...memang sangat happening la petang tu...Sempat aku grab cottoN dress & t-shirt maSa bersiAr-siar kat Ampang Point...Masa berbuka tu macam2 yang kami chit chat especially bout travelling coz semua yang kt situ memang suka travel...InsyaAllah nanti kita pegi holiday sama2 k...
From left: Ina, Me, Puan Laila, Kak Leez & Nadia
Puan Laila & Kak Leez
...Sebelah malam pulak, aku bersama geng lepak aku plan nak overnite kat Genting...pada malam tu cuaca memang tidak begitu baik...Along the way to Genting memang hujan lebat sangat...hati dah mula risau yela Karak highway tu a bit dangerous especially bila hujan...TAmbah lak kitaorg nak naik Genting...Tapi cuaca pada malam tu bukan penghalang untuk kami melepak...Sampai di puncak Genting lebih kurang jam 2am...Nak jalan2 sambil snap pics pun tak boleh sebab cuaca di luar memang tersangat la sejuk dan ditambah dengan hujan...Akhirnya kami lepak kat Old Town...Hahaha sangat kelakar pulak naik Genting semata-mata lepak kt Old Town...Macam la kat tempat lain takdak...Nak buat macam mana, keadaan cuaca tidak begitu mengizinkan...Kesejukan pada malam itu boleh terasa hingga ke tulang sumsum...Aku hanya sekadar order secawan Old Town White Coffee (my fav drink)....Sambil menghirup kopi yang sangat beraroma itu, macam2 topik yang kami bualkan...Ke semua kami merupakan rakan sekolah so kebanyakkan topik memang berkisar tentang zaman sekolah...Nadia, my bro dan Nabela hanya sekadar senyum coz diaorg tak tahu nk jump in topik kami nih...biasalah kalau dah jumpa tu mesti lupa daratan punya berborak sampai tak sedar jam sudah 5am...Selepas berposing ala kadar kat Genting, kami pun pulang dengan perasaan yang sangat mengantuk dan letih....
My best eva geng pose @ entrance outdoor theme park, Genting
The next day tu we start our shopping journey quite late coz last nite sangat keletihan so terlanjut plak waktu tidur...1st we headed to One Utama (OU)...From the traffic light tu dah start macet...alahai susahnya nak cari parking...about 15minit jugak la we waste our time search for the parking...Jejak je kaki kat dalam OU kepadatan manusia tak payah cakap la...setiap pelusuk dipenuhi orang berbelanja...We don't have much time sebab dah janji nak berbuka puasa bersama geng aku dekat Restoran Lala, Kampung Baru...Agak jauh jugak la nak ke sana so kami kena gerak awal takut nanti tak sempat plak...Hanya lebih kurang 3jam di OU...Mana sempat nak tawaf...Ada jugak merancang nak ke IKEA tapi memandangkan waktu sangat terhad so terpaksalah membatalkan nawaitu...Sangat sedih dah berapa kali datang KL tapi tak sempat pergi IKEA...
...Hari kedua di KL aku berbuka puasa bersama Nazmi, Hamzah, Pidos, Boboy, Ina, Castello dan kawan boboy lupa plak nama dia....As i mention above, kami berbuka puasa di Restoran Lala, Kampung Baru...Sampainya awal tapi nak cari parking dan juga Restoran Lala tu agak menyiksakan...Jam 7pm baru kami dapat parking itu pun tumpang parking dekat rumah sapa ntah...Memandangkan semua sampai lambat maka dengan itu order makanan pun lambat la jugak...Breaking fast dengan air je dulu lebih kurang 10minit selepas waktu berbuka baru makanan sampai...Budak-budak yang kelaparan ini sampai tak sempat nk cakap apa semua belasah je makanan kat atas meja tu...Penutupnya si Pidos dan Castello siap mintak nasi tambah...
...Lebih kurang jam 8.15pm, aku, nadia, my bro and Nabela berundur diri coz our next destination is Mid Valley...Sampai je Mid Valley aku spilt dengan my bro..kasi chance berdating...We only have bout 2.5hours kat Mid Valley...At that time dah letih so mood untuk shopping pun agak berkurangan...We end up around 1030pm...After that terus balik rumah rasa nak rehatkan badan serta kaki ini...Sampai je rumah dapat pulak sms dari geng ajak lepak sebab aku tak sempat nak spent time dengan diaorang...So we all pergi lepak dekat Pelita Bangsar je...Sembang punya sembang sampai 1am...Diaorg semua harus bekerja keesokkannya so terpaksa la bersurai awal...Sampai ja rumah memang tak sempat buat apa dah terus Zzzzz....
...Hari terakhir aku plan nk pergi Jalan TAR nak cari baju raya dan tudung...Nak pergi hari Isnin sebab KL tak cuti so i was expected line clear la takdak lah pack sangat...Unfortunately really unexpected lol KL congested memang orang sangat ramai di mana sahaja...Sehinggakan tak tahu apa yang nak pilih dan beli...Tapi alang2 dah kat sana sempat juga aku grab beberapa helai shawl dan sepasang kain untuk dibuat kurung...On that day, received sms from AA..My flight retimed from 8.30pm to 9.10pm...It's common for AA retimed their flight schedule...Setelah kepenatan berpusing di Jalan TAR dan SOGO, kitaorg pun balik rumah Nadia sebab tak expect flight nk retime...So aku roger my bro suruh dia fetch us to LCCT...Around 630pm dia datang then kami sampai LCCT lebih kurang 7.30pm...Berbuka kat Old Town LCCT...About 9.40pm baru fly...Then around 10.30pm we landed Penang Airport dan pulang dengan perasaan kepenatan bercampur kegembiraan bershopping yang tidak seberapa sangat di KL...
No comments:
Post a Comment