Wednesday, January 05, 2011

...Cik AzwA tUnANg + SeAfooD @ PaNtai RemiS + KeLip KeliPaN KamPuNg KuAnTan...

Salam Ceria dan Salam 1 Malaysia

Haluuuu u olss...Syukur alhamdullillah dengan limpah kurniaNya dapat saya menulis entri ini...Actually entri ni al kesah last year...Baru sempat nak hupdet...Takpa yang penting maseh berupdet kan...Okeh tajuk yang tertera di atas itu adalah aktiviti saya pada 25 December 2010 lepas...Dari pagi sampai lah ke malam...Yang penting enjoiii...


Bermula dengan Majlis Pertunangan Cik Azwa, sahabat saya ketika di KDU dulu...Majlis diadakan di rumahnya di Kampung Banjar, Teluk Intan...So seawal 7pagi saya sudah bersiap sedia menunggu En DF menjemput saya di rumah...Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 2jam dari rumah saya...Menurutnya pihak lelaki akan tiba sekitar jam 10 pagi sebab tu lah kami gerak seawal pagi...Pegi keja pun tidaklah sebegitu awal...Setiba kami di rumah Cik Azwa, semua sudah ready...Sungguh berseri2 sahabat saya itu...So apa lagi sementara menanti rombongan pihak lelaki, kami berposing2 sakan dulu...Dari dalam bilik, kat ruang tamu dan sampai lah kat luar rumah...Tunggu punya tunggu pihak lelaki tiba lewat...Sekitar jam 12 tengah hari baru lah tiba untuk acara berpantun dan menyarungkan cincins...Maka dengan itu secara rasminya Cik Azwa telah menjadi tunangan kepada En Tajudin...Selesai sudah bercanda di rumah Cik Azwa, saya dan En DF pun bergerak pulang...



Ketika OTW, terima sms dari Qis ajak g makan2 seafood dekat Pantai Remis...Sememangnya pada awal perancangan saya dan En DF mahu ke Jeram utk menikmati seafood akan tetapi sebab kemalasan kami membatalkan niat...Tapi bila dah ada geng ramai2 macam syok pulak...So yesss kami pun menyertai acara makan2 seafood bersama Qis, Burn, Kak Leez and Taichi (Kawan Burn & Qis)...So terus je ke Pantai Remis bertemu mereka...Harap maap ye pada korang semua sbb terpaksa menunggu kami begitu lama...Sampai je kat Restoran Nur Cahaya Seafood, tengok semua makanan sudah terhidang...So sila amek tempat masing2 dengan lafaz bismillah kita seraaannggggg....Antara menu yang terhidang di atas meja pada malam itu adalah Siakap Bakar, Tomyam Campur, Udang Goreng Tepung, Udang Goreng Kunyit, Kailan Ikan Masin, Ketam Masak Sweet and Sour, Mentarang Stim Limau and ala-ala 3 rasa...Semuanya memang lazat...Ha nak citer, 1st time makan siput mentarang...Fuhhhh memang sodappp...Cuba sekali nak lagi...So korang apa lagi...Let's eat2...Selesai sudah makan2 time and next kami ke Kelip-kelip Kampung Kuantan yang terletak di kawasan Kuala Selangor...Jomm follow....






Kelip-kelip Kampung Kuantan terletak lebih kurang 15minit perjalanan dari Pantai Remis...Memang tak susah nak mencari sebab sign board sentiasa ada di kawasan sekitar...Kawasan kelip2 tu dah dibangunkan sebab menjadi salah satu kawasan pelancongan...Dah ada macam2 facilities kat situ...Parking yang luas, tandas yang bersih dan kawasan sekitar pun cantek...Anyway, FYI nak pegi tengok kelip2 ni kena naik bot...1 bot rm40 bole memuatkan max 4orang...So brader bot itu akan membawa korang pusing2 kawasan muara sungai untuk tengok kelip2 selama lebih kurang 15-20minit...Sekali tengok mcm tak pecaya itu adalah kelip2 sehingga lah korang dibawa menghampiri pokok yg menjadi port kelip2 itu hinggap...Yesss memang serius so amazing...Cantek bangat macam lampu lip lap...Tapi awas ya jangan bawak balik kelip2 tu kalau tak akan didenda RM1000...Kelip-kelip Kampung Kuantan dibuka pada setiap hari dari jam 7malam sehingga 10malam...Sebab time itu adalah waktu kelip2 aktif...

Itulah aktiviti hujung minggu saya bersama rakan-rakan...Its was so fun dan full of experienced...I likess...

p/s: harap maaf pix time makan2 seafood tak smpat nk snap sebab sampai je terus baham...huhu...bole refer dekat entri Kak Leez and Burn+Qis

2 comments:

Leez M. Saaid said...

next time apakata kita wat bbq kt pantai remis tu.... ok tak?

Buzu Ediany said...

saya sgt setuju...jom2...kak leez, cuti CNY ada ke mana2 ke??sy maseh tiada aktiviti utk diisi...huhu