Friday, January 27, 2012

...4D 3N Honeymoon @ BALI ~ Day 1...

Salam Ceria dan Salam 1 Malaysia

Semangat saya untuk mengupdet entri ini kerana ia adalah 1st vacation untuk tahun 2012... Satu permulaan tahun baru yang baik saya fikir kerana vacation ini juga merangkap HANIMUN saya dan En DF... Ya baru berkesempatan untuk berhanimun... Maklum lah bulan 12 adalah bulan yang sibuk so kami pospon ke bulan Januari...Jadi saya kongsi kan apa aktiviti kami sepanjang berada di BALI, Indonesia selama 4 hari 3 malam...

:::DAY 1 ~ 19 January 2012:::

...Senja...
Untuk hari pertama tiada aktiviti cuma perjalanan dari LCCT ke Denpasar, Bali...Flight kami lewat petang sekitar jam 6.50pm berlepas dari LCCT dan tiba di Ngurah Rai Airport lebih kurang jam 9.40pm...(Tiada perbezaan masa antara KL dan Bali)... Setelah clear imigration dan luggage kami terus mencari tanda EXIT kerana our supir PAK ISME sedia menunggu kami pintu luar...Ujan lebat mencurah-curah di bumi Denpasar...Lalu Pak Isme bawak kami ke hotel...TUNE HOTEL KUTA menjadi pilihan untuk malam ini...Selesai urusan check in, terus membersihkan diri...Di luar masih hujan jadi terpaksa cancel untuk jalan-jalan di sepanjang pekan KUTA... Untuk dinner hanyalah maggie pop mie perisa ayam yang dibeli di mart yang terletak di Tune Hotel Kuta...Membelek2 peta dan flyer berkenaan BALI yang diambil semasa di airport sebagai panduan sepanjang kami berada di sini...Mata pun semakin kuyu lalu kami Zzzzzzz....

 
...Imigrasi...For Malaysian sila ke kaunter sebelah kanan ...
 
...Tune Hotel KUTA...beli masa promo cuma RM70/nite...

No comments: