Salam Ceria dan Salam 1 Malaysia
Selamat Datang bulan Disember 2012 !!!!
Okeh dengan mood yang ceria ini saya ingin berkongsi cerita berHONEYMOON gitu dengan En DF ke MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH sebagai tanda meraikan 1st Wedding Anniversary kami ;)
:::30 November 2012 ~ DAY 1:::
Pagi-pagi lagi sudah terpacak di Penang International Airport mau terbang ke LCCT...Jam 8.30am sudah tiba dengan selamat di LCCT dan menunggu En DF saya datang jemput dan terus gerak ke Melaka...Kurang bernasib baik kerana beliau tiba hampir jam 10.00pagi kerana telah overslept...Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Melaka...
Rasanya macam tak sampai 2 jam perjalanan kami dah exit TOL AYER KEROH...Pada masa itu lebih kurang hampir jam 12.00 tengah hari...Jadi kami terus ke pusat bandar Melaka...Misi kami --> mencari restoran asam pedas Melaka...So disebabkan dah mengGoogle blog2 orang, ramai yang suggest p makan ASAM PEDAS SELERA KAMPUNG yang terletak di Jalan PM3, Plaza Mahkota.(Berdepan dengan Menara Taming Sari)...Ramai jugak orang masa tu sebab dah time lunch kan...Selain dari Asam Pedas, banyak jugak pilihan lauk lain...Kami memilih ASAM PEDAS IKAN PARI... Sekali rasa memang sedap tapiii kuah asam pedas tu terlalu berminyak...Mungkin jika chef tu kurangkan minyak better taste...Cewahhh...
...berlenang minyak.. |
After lunch kami jalan2 dalam bazar Plaza Mahkota tu...Kalau nak cari ole-ole dari Melaka di sini lah pusatnya..Semua ada dari makanan, kraftangan, baju bajan, keychain, FM dan macaam2 lagi...Untuk harini mai ushar2 dulu tak beli apa lagi...
Tengok jam masih awal tak boleh nak check in lagi...So kami ke PORTUGIS SETTLEMENT (Perkampungan Portugis) yang teletak di Ujong Pasir...Siang2 hari memang tadak apa kat sini...Tempat ini sangat aktif pada malam hari...Ada restoren2 menyajikan masakan portugis dan ada juga persembahan tarian portugis...
From Portugis Settlement kami round2 bandar Melaka sambil mencari hotel yang telah dibooked melalui booking.com...Untuk penginapan kami sepanjang berada di Melaka, kami memilih BEST WESTERN WANA RIVERSIDE HOTEL yang terletak di jalan Munsyi Abdullah sehala dengan UTC dan UiTM Bandaraya Melaka...
Overall sangat puas hati dan selesa dengan hotel ini...Ruang bilik yang agak luas, bersih dan facilities pun ok...Breakfast yang disajikan pun menarik dan banyak choice...So dah check in kan, apa lagi time to rest & relax dulu...
After Magrib, kami meneruskan visi JJCM iaitu ke UMBAI...Apa lagi kalau tidak mencari Seafood kan...Hasil usaha google blog2 orang, ramai yang mencadangkan try PARAMESWARA IKAN BAKAR, UMBAI...Ok so let's try!!! Telah mengorder Ikan Siakap 3 Rasa, Sotong Goreng Tepung, Udang Goreng Tepung (mintak butter prawn actually tp depa tersalah), Kailan Ikan Masin dan sepinggan buah (ingat dia letak free sbg starter rupanya kena charge)...Total makan pada malam itu adalah RM85.00 termasuk air...Hmmm bagi saya masih mahal...Kalau makan di Aroma Ikan Bakar, Jeram baru dalam RM60-70...It's ok nak merasai masakan ikan bakar versi Melaka pulak kan...Memang tak abih sampai temonyeh...Udang and sotong tu sampai tapau bawak balik...
Next bila perut dah kenyang, takkan nak balik tidoq kan?? So kami singgah di JONKER WALK...Biasa ja macam uptown...Tapi alang2 dah mai Melaka kena la p sebab itu pun salah satu tempat tarikan pelancong...Orang agak ramai sampai nak jalan pun bersesak2 dok beretuh bahu...Suka tengok gerai2 yang juai eksesori macam bangle, bracelet, rings...Sempat beli untuk diri sendiri...Agak berpeluh ketiak jugak kot jalan dari main entrance sampai ke hujung then patah balik....Takpa burn some calories yang dibedal masa kt Parameswara Ikan Bakar ;)
Okeh masa ni jam hampir 11 malam so marilah pulang ke hotel untuk membersihkan diri dan Zzzzz.....
11 comments:
samalah dengan kitorang makan ritu, kureng sikit rasa, tapi boleh lah nak makan. jangan lupa pekena cendol dekat jonker street, memang sedap! :)
Orga --> sy terbaca jgk pasai cendol kt Jonker Street tu tp cari tak jmpa..Then masa last nak p cari cendol kt masjid tanah yg femes tu pun tak p sbb dah kenyang mnum coconut shake ;)
Waaah seedap nye nengok. Complete 1 hari rayau sakan. Dlu pnh kwn suggest p asam pedas kat situ. Tapi mse mencarik tuh failed! Xjmpa. Cet. So jumpa yang claypot blakang jonker st tuh. Bile 1st rase terus sedap sampai la skrg ni dah berkali pegi ke situ je. Nti la ingt nk rse yg taming sari tu jgk. Bminyak jgk claypot punya tapi rajin je kua kan sket2 sgale myk tuh.
umbai tu pon mse awal2 dulu pekene umbai pernu tuh. skali layanan terbaik, harga pon berpatutan and udang die besau2. so terus melekat kat situ. xde p tempat lain. pon ingt kn nak p lah ;p **heh sume nk p kn?
Beb --> ha alang2 dah sampai Melaka kena la merayau sakan...hehhehe..
Tak salah ada jgk lagi kalo seafood yg best..D'muara Ikan Bakar...Baca review blogger mcm menarik jgk..nnt boleh try ke sana ;)
asam pedas tue mmg pemes sejak dulu lg...<3
!eNa PnG --> mmg femes tp tgk lah kuah dia beminyak sgt...
Wow, fantastic blog layout! How long have you been blogging for?
you make blogging look easy. The overall look of your site is excellent, let alone
the content!
My web page: http://gitesfrankrijk.wordpress.com
Excellent post. I am facing a few of these issues as well.
.
Also visit my site :: vakantiehuisjes frankrijk
Excellent post. I used to be checking constantly this weblog and I am impressed!
Very useful info specially the closing phase
:) I handle such info much. I was looking for this certain info for a long time.
Thank you and best of luck.
my web page vakantiehuizen (http://luxevakantiehuizen.wordpress.com)
Just desire to say your article is as astonishing. The clearness
in your post is just cool and i can assume you are an expert on this subject.
Fine with your permission allow me to grab your feed to keep up to date
with forthcoming post. Thanks a million and please keep up the enjoyable work.
Here is my web site ... vakantiehuisje frankrijk
Hello Dear, are you truly visiting this web site daily, if so afterward you will without doubt get nice know-how. Entertaiment and relax in สล็อ
Post a Comment