Sunday, May 19, 2013

...Sawadeekap Krabi ~ Day 2...

Salam Ceria dan Salam 1 Malaysia

Entri cuti-cuti ke Krabi, Thailand diteruskan lagi.......

:::DAY 2 ~ (KRABI):::

Bangun awal pagi harini sebab akan ada van pick up kami for PHI PHI ISLAND TOUR...dalam 8.45am tu datang lah van pick up kami dan drop kat Aonang Beach...Di Aonang Beach dah ada speed boat yang sedia menanti...And the journey begins....Agak lama tak naik speed boat...


Masa on the way tetiba perasan cuaca mula bertukar mendung...Dalam hati ni sentiasa berdoa jangan lah jadi apa2...Serius dengan ombak dan angin...Memang cuak u ols...Dah tak reti berenang kannn!!! 


First pit stop adalah BAMBOO ISLAND...Kami diberi masa selama 45 minit untuk bersiar2 di kawasan sekitar....Subhanallah memang terpana tengok kejernihan air laut di Bamboo Island...Masa tu cuaca tidak panas so apa lagi kami berposing posing-an lah...Memang rasa sayang betoi nak tinggalkan tempat ini sebab terlalu cantik...


Dari Bamboo Island, kami dibawa ke satu kawasan untuk snorkling...Kawasan ini merupakan salah satu kawasan yang dilanda ribut tsunami yang teruk pada suatu ketika dahulu...Jadi memang tiada penghuni ataupun hotel di sini...Selesai snorkling, kami terus menuju ke KOH PHI LAY...Masing-masing memang tidak lepas untuk mengambil gambar...Dari Koh Phi Lay kami menyusuri VIKING CAVE...Dalam Viking Cave ini mostly adalah sarang burung layang-layang yang memang ada penjaganya.

Kemudian kami meneruskan perjalanan untuk ke MAYA BAY...Maya Bay merupakan antara pantai yang terfemes sebab pernah menjadi lokasi pengambaran filem THE BEACH lakonan Leonardo De Caprio giteww...Nasib tidak menyebelahi kami, keadaan cuaca yang tidak mengizinkan dengan hujan, angin dan ombak besar kami terpaksa membatalkan niat ke Maya Bay...Our tour guide pun takmau amik risiko sebab laut kan luas anything can happen...



So kami berpatah balik ke PHI PHI DON di mana kami menikmati lunch yang halal di sana...(lunch adalah termasuk di dalam pakej)...Lepas lunch kami berjalan di kawasan sekitar sekadar menjamu mata...Sementara menunggu semua kami lepak2 di kawasan pantai...Walaupun cuaca panas tetapi kehadiran angin laut memang rasa macam nak baring dan tidoq...



Cukup sejam, tour guide pun dok lambai2 panggil semua naik ke boat...Last but not least bagi mengakhiri Phi Phi Island tour ini, kami diberi peluang untuk snorkeling di tengah lautan Phi Phi island...I ols?? kata tak reti berenang...Jadi tidak lah turun merasai pengalaman itu...(rugi kan!)

Selesai semua kami pun bergerak pulang...Semua yang berada dalam boat memang muka letih sangat...Last our boat drop kami kat NOPPARAT THARA BEACH sebab dekat Aonang beach air dah cetek boat takleh nak sampai ke persisir...Dari situ kami di bawa oleh pick up van balik ke hotel masing-masing.

Jam baru 5 petang jadi kami bersantai-santai di pool dan bersihkan diri serta merehatkan badan sebelum memulakan aktiviti pada malam hari pula...

Dah penat guling-guling atas katil, sekitar jam 7.30pm semua berasa sangat lah lapar...Last makan adalah time lunch kat Phi Phi Island sajor...Jadinya misi kami mencari dinner di Pekan Aonang...



Plan asal kami adalah dinner dulu di Aonang then baru nak gerak ke Krabi Town Nite Market...Malam tu kami dinner di LEMON RESTAURANT...Food not bad tapi servis sedikit slow...Bila makan sambil chit chat pasai keindahan Phi Phi Island tak sedaq jam dah 9 lebih...Tanya kakak kat restoren tu Krabi Nite market tutup jam brapa...Katanya jam 10pm...Haiyaaa mana sempat...Nanti sampai2 dah nak tutup...So we ols decided just repeat jalan2 kat Aonang Nite Market...FYI, Krabi Town Nite Market ni dibuka pada hari Jumaat & Sabtu sahaja...Actually lebih kurang sama ja dengan Aonang Nite market...


Dah puas kami cari souvinier untuk kawan-kawan sebelum balik kami sempat NEW LIFE THAI MASSAGE dulu...Ohhh ini memang kewajipan kalau dah sampai negara Siam...Feel so fresh...Kami memilih Head + back + shoulder massage dengan harga B250/sejam...Lepas massage kami amik tuk-tuk balik ke hotel untuk packing2 sebab esok pagi kena gerak awai...

Esok adalah hari last kami di Krabi no activities at all sebab flite kami jam 7.25am...Sob sob sob...

No comments: