Thursday, November 20, 2014

...Honeymoon @ LOMBOK ~ Day 2...

Salam Ceria ~ Salam 1 Malaysia ~ Salam Kasih Sayang

Kembali bersiaran dengan cerita bulan madu kami ke Lombok pada hari kedua.......

:::DAY 2 ~ (PURA LINGSAR - TAMAN NARMADA - MASBAGIK - BATU BOLONG):::

Breakfast by the beach...Perghhhh memang layan lah... Fefeeling omputih sangat dengan pelahap toasted bread with scrambled egg & pancake kau!!! Dinikmati pula dengan secangkir teh o nipis...



Pak Edi akan datang jemput kami pada jam 9.00 pagi...Sempat juga berjalan-jalan di sekitar pantai depan hotel tu...Ikut itinerary kami hari ini kami akan ke Pura Lingsar, Taman Narmada dan shopping souvinier di Pasar Cakranegara.







Sampai ke Pak Edi kami pun memulakan perjalanan ke PURA LINGSAR.  Ianya terletak di bahagian Barat Lombok. Pura Lingsar ini merupakan sebuah pura (temple) yang terbesar di Lombok. Pura yang seluar 26 hektar ini telah dibangunkan pada tahun 1741 dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu GADUH dan KEMALIQ.  Pura Gaduh merupakan Pura untuk Penganut Agama Hindu sahaja manakala Pura Kemaliq adalah untuk Penganut Agama lain termasuk Islam. Pelik masyarakat di sini masih dengan kepercayaan agama Hindu.  Kata tourist guide kami, Pura Kemaliq ini sering dikunjungi oleh sesiapa yang punya niat dan sekiranya niat atau hasrat tercapai/termakbul, mereka perlu buat kenduri dan bermalam di Pura Kemaliq ini sebagai tanda terima kasih atau kesyukuran. Hmmm no komen!!





Okeh next kami beralih ke TAMAN NARMADA yang terletak di daerah Lombok Barat juga.  Tiket masuk adalah Rp5000/pax. Taman Narmada ini merupakan sebuah taman yang dibangunkan oleh Raja Mataram Lombok Anak Agung Ngurah Karangasem pada sekitar 1805.  Kisah di sebalik Taman Narmada ni pulak kononnya Raja Mataram cuba membina taman ini sama seperti pemandangan yang terdapat di puncak Gunung Rinjani.  Memang sangat luas Taman Narmada ini dan terdapat beberapa kolam untuk orang umum.  Di sini juga ada satu lagi tarikan iaitu AIR AJAIB. Kepercayaan masyarakat tempatan kononnya air ini boleh menjadikan awet muda.  Kena bayar berapa rupiah ntah tak ingat kalau nak merasai air ajaib ini. By the way sekian terima kasih lah nak bayar-bayar untuk benda karut macam ni.






Okeh jam baru menunjukkan jam 12.30 tengah hari. Ya masih awal dan kami tidak punya rencana wisata lagi.  So En DF mengajak ke MASBAGIK terletak di bahagian timur Lombok.  Ada apa ke Masbagik?? Sebenarnya Masbagik ni hanyalah kawasan perkampungan tujuannya nak melawat budak-budak site En DF yang dah balik ke sini lepas habis kontrak di Malaysia.  Baik pulak suami i ols ni.  Sempat dijamu makan tengah hari oleh Mishan salah seorang kenalan En DF.  Kalau tak makan rasa macam tidak hormat tuan rumah maka jamah lah sedikit. Dihidangkan dengan ikan nila goreng, ikan masak lemak cara orang Lombok barangkali dan juga sambal belacan kaww pedas. Kami makan dengan telur mata ja. Maklum lah lama tak jumpa panjang jugak menyembangnya. Sampai kena bagi isyarat nak balik.  Memang frankly orang-orang Lombok sangat ramah dan mesra dengan semua orang.








Dah bersalaman kami pun gerak meninggalkan Masbagik.  Ajak Pak Edi singgah makan. Yelah tadi kan jamah sikit ja buat syarat. Pak Edi bawak kami ke WARUNG DAKOTA yang terletak di Kota Mataram,  Menjamu selera sambil menikmati pemandangan Sawah Padi. Menu special di Warung Dakota adalah paket yang terdiri daripada ikan bakar, ayam bakar, macam masak kari apa ntah, sate rembiga dan sambal.  Sedap semuanya memang sampai tak habis.  Usai makan, kami mencari oleh-oleh khas Lombok untuk dibeli.




Pak Edi bawak kami ke LESTARI OLEH-OLEH KHAS LOMBOK. Kat sini dijual pelbagai jenis jajan termasuk kerepek, kekacang, dodol dan lain2.  Cubalah kerepek rumpai laut dalam pelbagai perisa. Next kami mintak Pak Edi ke PUSAT OLEH-OLEH GANDRUNG. Kat sini ada dijual t shirt kaos, key chain, FM dan handycraft Lombok.  Tapi sayangnya FM dan keychain sangat tak banyak choice. Sedey!!!

Dah puas habiskan duit, kami terus gerak ke hotel sebab saja nak balik hotel awal nak berpacaran di persisiran pantai la konon. Sekali tersangkut macet sebab ada upacara NYONGKOLAN. Ha apa tu ?? 



Upacara Nyongkolan adalah satu upacara perkahwinan mengikut adat suku Sasak di Lombok.  Seperti yang diceritakan kaum suku sasak ini sekiranya si pria berkenan dengan si gadis itu, dia harus 'menculik' untuk dijadikan isteri. Jika keluarga tidak bersetuju maka mereka akan report ke Polisi tetapi sekiranya kedua belah pihak setuju maka upacara Nyongkolan diadakan.  Ini bererti perarakan keluarga dan teman si pria ke rumah si gadis yang dinikahinya itu.  Perarakan ini disertai oleh semua kaum kerabat dan juga orang kampung berkenaan sambil diiringi oleh gamelan dan muzik. Pengantin akan berpakaian tradisi kaum Sasak.  Sekiranya lokasi atau jarak kedua rumah jauh maka upacara ini tidak dilakukan. 







On the way ke hotel mintak Pak Edi singgah sebentar di Menara Tinjau BATU BOLONG.  Masa ini matahari dah semakin mengundurkan diri.  Subhanallah tidak terkata saya melihat sunset itu. Cantik sangat.  Ya Allah indah sungguh ciptaan Mu.  Selesai bergambar di Batu Bolong, kami terus gerak ke hotel dan masih sempat menikmati matahari terbenam buat kali terakhir kami di sini. Alhamdulillah.







Pada sebelah malamnya kami hanya dinner di cafe hotel.  Sunyi sepi hanya ditemani deruan ombak dan angin pantai.  Romantik pulak rasa. Eh of cos lah kan tengah honeymoon kan. Maka dengan itu berakhirlah malam kedua kami merangkap malam terakhir di sini. 

Sunday, November 16, 2014

...Honeymoon @ LOMBOK ~ Day 1...

Salam Ceria ~ Salam 1 Malaysia ~ Salam Kasih Sayang

Yesss memang semangat nak menaip pada bulan November nih...Pasai nak sharing al kisah berbulan madu ke LOMBOK, NUSA TENGGARA BARAT, INDONESIA... Nak habaq mai LOMBOK IS BETTER THAN BALI... Sumpah tak tipu!!! Tak caya jom ikut i ols......

::: DAY 1 ~ (KLIA2 - LOMBOK) :::

Actually lepas touch down Phuket, next day tu i ols sambung ke Lombok pulak. Jadinya we ols #lakibini tumpang tidoq di rumah Bedz, member sepermainan zaman kanak-kanak i ols yang terletak di Persint 11... So park & ride kat Putrajaya Sentral then amik ERL ke KLIA2...Sangat senang, mudah dan paling penting jimat!



Flight kami jam 8.35am... Makan pun dah siap prebook.  Memang jalan santai-santai menuju ke boarding gate. Teringat kejadian nak ke Phuket aritu.  Dah lah boarding di gate yang sama. 




Flight mengambil masa selama 3 jam 20 minit untuk sampai ke Lombok.  Dari atas awan biru dah dapat lihat keindahan Lombok.  Gunung Rinjani sangat memukau... Memang tidak sabar untuk explore Lombok!

Tiba di pintu keluar, Pak Supir sedia menanti...Kami dah book siap2 masa kat Malaysia.  Rp500ribu/day untuk Toyota Innova... Rezeki kami dapat kereta baru. Berminat?? Sila hubungi Pak Edi +6282144449244...Pak Edi ni boleh cakap KL u ols sebab dia pernah kerja kat Malaysia 3 tahun lebih rasanya.  






Okeh dari Airport kami terus ke destinasi pertama iaitu SASAK VILLAGE... Di sini u ols akan di bawa melawat kampung kaum Sasak iaitu salah satu kaum atau penduduk di Lombok ini.  Kaum Sasak ni macam kaum orang asli di negara kita.  Memang semuanya masih tradisional.  Dapat melihat sendiri cara hidup kaum sasak. Kebanyakkan dari mereka merupakan petani.  Rumah mereka beratapkan Rumbia, lantai pula dibuat daripada tanah liat dan campuran tahi lembu. Rumah tradisi ini kalau u ols tengok memang bahagian depan tu direndahkan kalau nak masuk memang kena tunduk.  Ini adalah bertujuan jika ada tamu yang datang, seolah tunduk hormat pada tuan rumah. Relevan kan??





Next kami dibawa ke PANTAI TANJUNG AAN... Time tengah hari p pantai kan so just imagine panas macam mana...Akan tetapi panas itu tidak terasa disebabkan terpukau dengan keindahan pantai dan pemandangan di Tanjung Aan.  Pasirnya yang memutih. Air lautnya yang jernih.  Rasa macam nak lompat bintang sebab eksaited!! Jakun sat tengok pantai secantik ini.  





Tidak jauh dari Tanjung Aan, Pak Edi berhentikan kami di PANTAI KUTA... Yess Pantai Kuta Lombok ye bukan Pantai Kuta Bali.  Sangat berbeda dengan Pantai Kuta Bali. Subhanallah sekali lagi terpukau...Cantik baq hang! Cuma agak sedikit rimas di sini sebab penjual2 suka datang berkerumun. Pak Edi pesan jangan dibeli dengan diaorang sebab kalau beli dengan sorang nanti 10 orang lagi akan datang serbu. Haishh macam tu pun ada. Bila tengok pantainya yang cantik rasa macam takmau p mana-mana...Tu kira terpukau lah kan???





Kami meninggalkan pantai-pantai yang indah itu dan terus ke DESA SUKURARA... Di sini merupakan desa tenunan.  Pelbagai jenis dan corak hasil tenun.  Memang halus hasil seni mereka.  Harga depends pada corak dan juga size...U ols boleh juga mencuba pakaian tradisi suku kaum sasak di sini.  Free saja... 





Next kami dibawa ke DESA BANYUMULEK... Di sini merupakan tempat pembuatan tembikar dan seramik.  Dapat dilihat sendiri cara penghasilan tembikar secara tradisional.  Macam-macam jenis tembikar dihasilkan untuk dijual.  Dari sekecik tapak tangan Anak Che Ta dan Zain sehingga lah seagam i ols...Opps perlu ka perumpamaan nih?? k bai!





Jam sudah hampir jam 4 petang...Laa kami belum lagi lunch rupanya. Patut lah lapiaq semacam.  Jika di Lombok, u ols harus mencuba AYAM TALIWANG.  Ni kira special local cuisine kononnya.  Pak Edi bawak kami ke LESEHAN TALIWANG IRAMA...Paket hidangannya nasi putih, ayam bakar taliwang, ikan bakar taliwang dan plecing kangkung. Thumbs up beb...Sedap sampai menambah nasik.  Rasanya pedas-pedas manis...Aduk asik sekali!!  





Siap makan kami terus request untuk terus ke hotel.  Udah capek bangat sih. Kami memilih untuk menginap di area Senggigi.  Booking SUNSET HOUSE LOMBOK through web booking.com.  2 malam Rp1.1juta...Worth to stay... Location pun memang seaview. Sesampai hotel dan check in terus berlari ke pantai sebab nak tengok sunset.  Sekali lagi terpukau dengan keindahan matahari terbenam di Lombok. 



Sedikit tentang Sunsethouse Lombok... Kami booking Deluxe Garden Room.  Memang luas, kemas, bersih, cantik dan paling penting selesa. Balcony kami menghadap garden. Ada beberapa kategori di sini. Paling best yang seaview + pool view... Di sini juga terdapat beberapa gazebo untuk nak santai-santai atau jika u ols nak bermassage. Overall memang best stay kat sini.

Disebabkan katil yang empuk dan comfort, malam tu kami berdua terlena awal...Penat barangkali...Maka tamatlah kisah hari pertama kami di Lombok!

Monday, November 10, 2014

...Sawadikap PHUKET ~ Day 4...

Salam Ceria ~ Salam 1 Malaysia ~ Salam Kasih Sayang

Last episod Cuti-cuti Phuket....

::: DAY 4 ~ (Phuket - KLIA2) :::

Jam empat empat puluh lima pagi jam dah bunyi..... Malas sungguh nak bangun. Badan masih terasa sakit tapi ku gagahi jugak sebab taknak buat drama lagi kat airport.  Tepat jam 6.00pagi van dah sedia tunggu depan lobby.  Tinggalkan kunci bilik di reception desk dan babai Patong....Disebabkan masih awal pagi jadi perjalanan kami hanya mengambil masa selama 45 minit untuk sampai di Phuket International Airport.  Siap check in luggage, immigration dan tak lama lepas tu dah call for boarding.  



Alhamdulillah selamat tiba di KLIA2 sekitar jam 12 tengah hari.  Terima kasih pada travel mate untuk trip PHUKET ini - CC Salinah, Nazri, Azan, Ashraf, Kuchai, Shahadan dan Irfan.  Sorry banyak-banyak if sepanjang percutian ini ada salah dan silap. Semoga kita dapat bercuti-cuti lagi next year.