Saturday, November 16, 2013

...Cuti-Cuti Pantai Timur 2013 ~ Day 3...

Bersambung hari ketiga kami di bumi pantai timur Malaysia.....

:::Day 3 ~ (Pasar Besar Rantau Panjang - Kampung Kraftangan - Pasar Besar Siti Khadijah - Pantai Seri Tujoh):::





Hari ni destinasi pertama kami adalah PASAR BESAR RANTAU PANJANG...terletak di pintu sempadan Rantau Panjang - Thailand...Kalau u ols pernah sampai di Padang Besar, Bukit Kayu Hitam so Pasar Besar Rantau Panjang ni pun lebih kurang sama...hampir majoriti barang yang dijual adalah barangan dari Thailand...Macam biasa lah jalan-jalan sambil cuci mata beli serba sedikit buat souvinier kat family dan kengkawan...





Dah habis jalan-jalan kat Rantau Panjang kami patah balik ke Kota Bharu...Kami ke KAMPUNG KRAFTANGAN...Kat area sini terletaknya pintu gerbang yang menjadi mercu tanda Istana..Ada juga muzium...Selain itu di dalam kampung kraftangan juga ada menjual handycraft seperti ukiran kayu, keychain dan banyak lagi...Jangan lupa singgah lunch di RESTORAN CIKGU NASI ULAM...Memang pelbagai hidangan menu tengah hari seperti ikan bakar, sayur, ulaman, ayam goreng...Harga sangat berbaloi...



Perut dah kenyang kami berjalan kaki ke PASAR BESAR SITI KHADIJAH...Terletak di belakang Kampung Kraftangan ja...Memang rambang dan terbeliak bijik mata tengok batik-batik halus yang dijual di sini..Harga memang kena pandai tawar menawar...Tapi sebab memang tidak berniat untuk membeli so tidak lah tanya harga...Cuma singgah beli rempah nasi dagang kiriman mama...

Memandangkan cuaca pada hari tu sangat panas membahang so kami decide balik ke hotel untuk mandi dan rehat dahulu..Petang nanti baru sambung jalan-jalan lagi...




After dah segar kembali, dengan bantuan WAZE kami menuju ke PANTAI SERI TUJOH...Ada apa di sana?? Misi mencari celup tepung lagi...Katanya selain dari PCB di sini pun ada deretan gerai yang menjual celup tepung...Kami singgah di salah satu gerai...Agak kecewa sebab tak banyak choice macam kat PCB..
Dah sampai so kami tetap mencuba...Ok PCB punya celup tepung masih tetap di hati...

Malam terakhir kami di Kota Bharu dihabiskan dengan pusing-pusing sekitar town...Akhir sekali sebelum balik kami singgah makan malam di ZAKINI NASI KUKUS...Ayam goreng panas-panas memang membuka selera :)

Dan apabila tank sudah full kami pulang ke hotel dengan senyuman :)


No comments: