Salam Ceria ~ Salam 1 Malaysia ~ Salam Kasih Sayang
Hello u ols today baru gigih mengupdet cerita-cerita basi...By the way pada bulan September 2013 yang lalu i ols bersama geng KDU telah bercuti-cuti di TAIPING BANDAR WARISAN...Ini juga salah satu adhoc plan..Berkat kegigihan semua ahli rombongan kami gerak awal pagi ke sana dengan harapan dapat masuk ke Zoo Taiping dengan harapan tak perlu bersesak-sesak dengan orang ramai..
Jadinya exit ja Taiping kami terus menuju ke ZOO TAIPING AND NIGHT SAFARI...Bayaran masuk adalah RM12.00 seorang dewasa dan RM8.00 bagi kanak-kanak yang berusia 3-12 tahun...Bagi yang malas nak jalan boleh menaiki tram yang disediakan...Tapi kami memilih untuk berjalan kaki sendiri sebab baru lah dapat menghayati flora dan fauna di Zoo Taiping ini...Secara tidak langsung dapat jugak membakar kalori kannn....
Memang agak luas kawasan zoo ini ye kawan-kawan...Pelbagai jenis habitat haiwan dapat kita pelajari...Macam zaman sekolah dulu join lawatan sambil belajar...Sesuai untuk family nak bawak anak-anak skali skala melawat zoo...
Selesai meronda dalam zoo kami keluar untuk check in homestay yang telah kami booking...MIRZA HOMESTAY yang terletak di Kamunting...RM170/day terdapat 4 bilik + 2 bilik air...Memang selesa dan berbaloi...Masa on the way ke homestay kami singgah tapau lunch di MOM'S PRISON CORNER..terletak selepas trafik lite berhampiran Penjara Taiping...Pelbagai pilihan lauk pauk tengah hari...Memang kena dengan selera semua tambahan pula on the right timing orang kata...
Sekitar jam 5.30 petang kami gerak ke TAMAN TASIK TAIPING...Saja bersantai-santai sambil berposing...Lagipun disebabkan masing-masing sibuk memang dah jarang skali kami lepak..So time ni baru dapat get together...Memang cantik dan mendamaikan Taman Tasik Taiping ni...Tengok banyak newly wed couples tengah outdoor shoot...Bestnya...hehehe
Then dari Taman Tasik kami ke DOLI KUE TEOW GORENG...Salah satu makanan yang mesti cuba bila u ols berada di Taiping...Di sini bukan sahaja menyediakan kue teow goreng tapi menu lain pun ada juga ye..Ingatkan lepas Doli Kue Teow Goreng kami nak ke Yong Tau Foo Bomba tapi semua masih kekenyangan so kami gerak ke TAIPING SENTRAL...Mall yang terletak bersebelahan dengan Tesco Taiping...Meriah dan menarik juga Taiping Sentral ni...Memang Taiping dah banyak berubah...
End up lepas Taiping Sentral kami pun pulang ke homestay untuk rehat dan Zzzzz
No comments:
Post a Comment