Beraya di rumah Nazmi
...Raya ke 3 menerima undangan Open House di Kedah iaitu Rumah Nazmi yang terletak di Taman Siswa, Jitra and Rumah Nadia di Taman Aman, Alor Star...
...Yang menyertai rombongan ke sana adalah Capang, Hamzah, Boboy, Tan and myself...
...Menu yang dihidangkan di rumah Nazmi ::Nasi Beriyani::Kurma Ayam::Ayam Masak Merah::dll...Manakalah di rumah Nadia pula kami dijamu::Mee Rebus daN kuih Raya::...
Me with Hamzah @ Tropical Spice Garden
...Setelah penat beraya dan makan...Aktiviti seterusnya adalah bersuka ria dan berfoya-foya...Pada raya ke-5, aku, Nazmi & Hamzah melepak di Batu Feringghi...Cadangnya nak makan laksa ja tapi diakhiri dengan aktiviti santai yang menyeronokkan...Apa tidaknya kami dah jadi macam outdoor photo shooting pulak......Bermula dengan Tropical Spice Garden yang terletak di Teluk Bahang, bayaran masuk RM14 per pax...Kami tak masuk pun hanya sekadar posing di luar entrance saja...
Hamzah & Nazmi @ Entrance Taman Negara
...Dari Tropical Spice Garden, kami ke Taman Rimba yang juga terletak di Teluk Bahang. Taman Rimba ni merupakan tempat riadah untuk keluarga...Kat sini sebenarnya air terjun so boleh berpicnic...Memang sejuk ditambah pula pokok-pokok yang rendang membuatkan suasana di sini redup dan nyaman...
...Destinasi seterusnya adalah Taman Negara Pulau Pinang, Teluk Bahang...Perjalanan ke Taman Negara hanya mengambil masa lebih kurang 5minit saja dari Taman Rimba...Cerita sikit pasal Taman Negara ni sebab aku pun first time menjejakkan kaki ke sini...Taman Negara Pulau Pinang terdiri daripada 5 jenis habitat utama iaitu Hutan Pama Dipterokap, Hutan Bukit Dipterokap, Hutan Paya Bakau, Laut/Pantai Berpasir dan Tasik Meromiktik...Taman Negara ni sesuai bagi yang berminat dengan keindahan flora dan fauna...
Dalam boat nk ke Monkey Beach
...Dah penat berjalan kat Taman Negara, kami ke Monkey Beach...Kalau nak berjalan ke Monkey
Beach mengambil masa lebih kurang 2 jam dari pintu masuk Taman Negara...Memandang kami tak prepare untuk hiking, maka kami hanya menyewa boat RM100/boat...1 boat boleh dinaiki dengan kapasiti maksima 10 orang...Brother Azmi nama boat driver tu...Memang best sangat menikmati keindahan laut Pulau Pinang...Terasa seperti pelancong pun ada...Sampai saja di Monkey Beach, kami bertiga memang sangat terpersona walaupun pada hakikatnya aku taklah berapa suka dengan beach...Tapi memang tidak dinafikan pantai kat Monkey Beach sangat cantik dan menurut brother Azmi, Monkey beach ni is one of the best beach in Penang...Apa lagi sila datang ke sini wahai sahabat handai ku menikmati sendiri keindahan pantai di Monkey Beach...
Us...@ Hard Rock Hotel
...Selepas berposing pada siang hari, sebelah malamnya pula bersuka ria di Hard Rock Penang...Hard Rock Hotel Penang baru saja launched on 19 September 2009...Memang on 1st week launching tu orang berpusu-pusu membanjiri Hard Rock Penang...Hotel Interior sangat cantik pada waktu malam...Nak lepak kat HRC but sangat ramai orang so apa lagi hanya berposing sakan je lah...
With the bride & groom
...Raya ke-6 pula menghadiri Majlis Perkahwinan rakan sekelas time form 4& 5...Siti Nur Balkhish dan Izmi...Majlis Resepsi tu diadakan di Dewan Sri Pinang...Yang specialnya majlis ni terasa seperti reunion pula sebab Balkhish dan Izmi sebenarnya satu sekolah cuma Izmi senior kitaorang lah...Ramai lah rakan taulan yang datang...ada yang dah lama tak jumpa...jenuh jugak la berpeluk cium kan...hehehhe...
...Raya ke-7 kembali sesi rumah terbuka...Jemputan dari Capang, Boboy, Iena...
...Menu rumah Capang::Nasi Beriyani::Macroni Goreng::Choc Kek:...::Rumah Boboy::Mee Curry::Rumah Iena::Laksa::...
...Sebelah malam pula merupakan malam terakhir kami enjoy bersama sebelum sahabat-sabahat karib ku pulang ke KL...Kami mengadakan sesi berkaraoke di Redbox Gurney...Memang semua orang sakan menyanyi...Bayangkan lah dari pukul 10.00 malam sehingga 3.00 pagi...Memang sangat enjoy on that night...
...Maka dengan itu berakhirlah aktiviti rock n roll aku bersama sahabat karib ku...dan itulah ceritera aku meraikan Aidilfitri 2009 bersama MY BEST FRIENDS...
p/s : To All my BFFs..I Love you all guys and i really miss the moment we spent together....