Salam ceria dan Salam 1 Malaysia
Sudah habis penceritaan cuti-cuti ke JB dan Singapore dan kini i ols sambung pulak cuti-cuti makan angin bersama ex staff HKKB ke Padang & Bukittinggi, Indonesia selama 3 hari 2 malam...Tiket ke Padang sudah lama dibeli kiranya masa i ols masih bertugas di HKKB...Sepatutnya trip Padang disertai oleh seramai 13orang ahli namun demikian atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan maka hanya tinggal 11 orang...Ramai ye...meriahhh...
Sebelum meneruskan cerita, i ols ingin memperkenalkan ahli rombongan yang terdiri daripada Kak Jah, Kak Izan, Kak Sham + Suami + 2orang anak, Kak Mona, Kak Mas, Kak Manje dan As...
:::03 Februari 2013 ~ Day 1:::
Memandangkan i ols dari Penang so gerak ke KL pada hari Sabtu...Kebetulan En DF balik Penang sebab ada interview...So i ols follow dia balik KL...Kami gerak dari Penang jam 10malam...Berhenti rehat dan tidur di RnR Tapah kemudian teruskan perjalanan ke LCCT..Sampai LCCT 6.30pagi...
Flight kami jam 7.50am...So bila i ols sampai ahli rombongan yang lain dah ada...Kami drop in luggage dan terus proceed ke imigresen...Pagi-pagi pun agak ramai jugak...Bila masa yang LCCT tak ramai kan???hehehe...Setel everything just waiting for boarding...Perjalanan ke Padang mengambil masa lebih kurang sejam...Macam KUL - PEN ja...Tiba di MINANGKABAU INTERNATIONAL AIRPORT jam 8am waktu Indonesia...Sejam lewat dari Malaysia...
Minangkabau Airport ni tidak lah besar mana...Rasanya besar sikit dari Bandung Airport...Q kat imigresen punya lah panjang...Dan kastam mereka macam strict sikit...Selesai semua nampak lah kelibat seseorang memegang tag nama i ols...Hehehe...
FYI, i ols telah membooking transport + hotel melalui RONI HENDRA...Beliau merupakan salah seorang tour guide di Sumatera Barat...Memandangkan kami ramai so Roni menyediakan Suzuki Elf 14 seater...Fulamak luas dan selesa...Bayaran dikenakan adalah Rp750ribu/day...Tentang hotel pulak kami menginap di BUNDA HOTEL, Bukittinggi...Rate yang kami dapat adalah Rp330ribu/nite/room...Booking melalui agen macam Roni ini u ols dapat lebih murah compare kalo publish rate sebenar adalah Rp450ribu/room/nite...Tengok brapa dah u ols boleh jimat kan???So pada yang plan nk ke Padang/Bukittinggi boleh la menghubungi Roni Hendra melalui emel rooni_h80@yahoo.co.id atau telefon +6281363408670 / +6282382094294 ...
Back to our stori, lepas masuk dalam van of cos semua minta Roni bawak p Rumah makan dulu sebab lapaq kot..Dari pagi-pagi buta tak makan apa kan...So Roni bawa kami ke RUMAH MAKAN LAMUN OMBAK...Tidak pulak kami balun nasik padang pagi-pagi...Cuma order ala carte nasi goreng, mie goreng dan gado-gado...Rasanya biasa-biasa sahaja...Sebab lapar habis jugak semuanya...
Dah kenyang kami meneruskan perjalanan ke BUKITTINGGI...Menurut Roni, di Padang tiada apa wisata yang menarik sangat jadi kami menginap selama 2 malam di Bukittinggi...Hampir 2 jam jugak untuk nak sampai ke Bukittinggi...On the way ke sana kami singgah di LEMBAH ANAI AIR MANCUR dengan bayaran masuk Rp3000/pax..Wahhh bestnya sejukkk tengok air terjun...Ikutkan hati macam nak terjun dan berendam beberapa minit sebab cuaca di Sumatera Barat pada ketika itu sangat la panas...
Sampai di Bukittinggi, Roni membawa kami melawat RUMAH GADANG iaitu rumah tradisional Minangkabau...U ols akan diberi penerangan mengenai sejarah Rumah Gadang serta serba sedikit adat orang Minang oleh pekerja di Rumah Gadang ini...Kalau ada rasa2 teringin nak menggayakan pakaian Adat Perkahwinan orang Minang boleh la sewa dengan bayaran Rp50ribu sepasang siap dengan aksesori...
Dari Rumah Gadang, kami bergerak ke Pekan Bukittinggi dan singgah sebentar di PUTRI MINANG...Putri Minang merupakan salah satu pusat yang menjual kain bordiran Bukittinggi...Berhabis jugak di sini...Lepas shopping perut terasa lapar la pulak...Roni bawa kami makan di RUMAH MAKAN AIE BADARUN...Oh masakan padang di sini semuanya ada ummpphhh dan enak...Pedass pedass pedas dan sedap sedap sedap!!!
Lepas makan sempat kami singgah di beberapa pusat yang menjual hasil sulam Bukittinggi...Lepas tu baru lah kami check in di HOTEL BUNDA untuk mandi, solat dan rehat..Hotelnya bersih dan fasiliti pun ok...Tapi lupa pula nak snap pic bilik hotel....
Tepat jam 8 malam Roni dah siap tunggu kami di lobby...Malam ni kami request nak makan lite2 saja...Kami memilih bakso...Roni bawa kami di gerai apa nama entah katanya bakso kat sini enak...Ok boleh tahan cuma supnya agak masin...Banyak sangat letak pak aji dalam tu...
Kemudian kami dibawa pula ke JAM GADANG...Ini merupakan trademark di Bukittinggi...Lokasi Jam Gadang ini terletak di antara Plaza Bukittinggi dan Pasar Atas...Malam2 di sini agak happening tempat orang berdeting dan melepak...Macam MONAS kat Jakarta la...Kami masuk ke Plaza Bukittinggi uhh tiada apa yang menarik pun kat dalam tu...Macam pasaraya The Store saja...Plaza Bukittinggi merupakan the only 1 shopping mall kat Bukittinggi...
Dari Jam Gadang, kami ke YENIE BORDIR...rumah sulam gitu...Kat sini memang depa buat sulam sendiri dan jual...So murah la sikit...Hah sampai kat sini mata dah berpinar-pinar sebab tengok banyak sangat kain sulam sulaman...bertimbun kot...Sampai duduk bersila la kira punya pilih kain...Banyak jugak yang diborong di sini...Yang bestnya lepas tu kami dijamu Cappucino yang sedap oleh tuan rumah...Rasa macam takmau balik pun ada...
Semua dah kepenatan seharian berjalan maka kami pun balik bilik dan tidur....Nantikan cerita esok harinya pula....