Showing posts with label :::SomeThing I Wanna Share:::. Show all posts
Showing posts with label :::SomeThing I Wanna Share:::. Show all posts

Saturday, February 21, 2015

...Dugaan Tahun 2015...

Salam Ceria ~ Salam 1 Malaysia ~ Salam Kasih Sayang

Harini ini 21 Februari 2015 genap lima hari saya menghabiskan cuti di Hospital.  
Orang lain seronok bercuti-cuti sempena Cuti Tahun Baru Cina.
Saya ditemani misi dan doktor serta jarum dan ubat.
Alhamdulillah keadaan kesihatan semakin positif dan tidak sabar untuk pulang ke rumah.
Kata doktor esok saya dibenarkan discharge.  Seronok sangat sebab nak balik rumah dan nak packing barang untuk next trip.

Terima kasih suami kerana sentiasa ada bersama saya.
Terima kasih mama masakkan lunch untuk saya.
Terima kasih kawan-kawan yang sudi datang melawat.
Terima kasih semua yang mendoakan saya.






Tuesday, December 02, 2014

...OUR 3rd Anniversary...

Salam Ceria ~ Salam 1 Malaysia ~ Salam Kasih Sayang

Pertama sekali ingin saya panjatkan kesyukuran kerana pada 26.11.2014 yang lalu genaplah 3 tahun usia perkahwinan kami. Terima kasih Ya Allah kerana temukan jodoh kami berdua.  Semoga jodoh kami berkekalan hingga ke syurga Mu! Aamiin...

Special to my Husband....

"...There are times that we fight, we cry, we argue...Those are erased by moments we make up, we hug and kiss...There are ups and downs, sadness and happiness...Those complete the ingredients of our marriage and make us stronger..."







Saturday, August 23, 2014

...Makan-Makan Session before Ramadhan...

Salam Ceria ~ Salam 1 Malaysia ~ Salam Kasih Sayang

Masih lagi cerita yang hampir 2 bulan yang lepas...Basi dah kan?? Takpa yang penting tetap nak share kat belog sendiri...Ngeee peace 

Ini adalah sambutan tahunan untuk our family...Biasanya we ols akan buat BBQ sempena meraikan Hari Jadi Abah, Jack dan tuan punya blog sendiri... Hah sebab kami adalah JUNE Babies sangat! haahaha...Jemputan biasanya teman-teman rapat dan jiran-jiran sajor...Tadak la besar mana cuma meriah u ols... JOm tengok apa yang we ols prepared untuk menjamu tetamu yang hadir pada malam tu...Zaaaasssss













Terima kasih pada semua yang hadir...InshaAllah ada rezeki  we ols buat dan jemput lagi...

Monday, January 20, 2014

...Happy New Year 2014!!!...

Salam Ceria ~ Salam 1 Malaysia ~ Salam Kasih Sayang

Weehuuuu HAPPY NEW YEAR 2014 u ollsss....Yeah memang agak terlambat nak wish kat semua...Bila dah kata bekerja di Finance Department so pepaham lah selagi tak habis tutup akaun selagi tu dok serabut...And now baru boleh bertenang dan bernafas legaaa after a week cuti...(tapi tidak jugak updet blog kan)...

By the way u ols semua bila sebut pasai Tahun Baru sure semua orang dengan azam masing-masing kan?? Me?? Hmmm sejak beransur masuk 3series ni macam dah tak lalu nak berazam...Cuma i ols mendoakan yang terbaik dalam kehidupan i ols bersama suami dan family tersayang...Mudahan tahun ini dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan berkesempatan untuk cuti-cuti...

Last but not least, i ols nak wish kat u ols semua HAPPY NEW YEAR and all the best for 2014!!!

Pic : www.google.com

Saturday, December 28, 2013

...My Best Friend Wedding...

Salam Ceria ~ Salam 1 Malaysia ~ Salam Kasih Sayang

I'm so happy today one of my bestie telah selamat melangsungkan perkahwinannya dengan suri hati Yusrina...Dan paling happy jugak lagi dapat jumpa kengkawan lain... Apa-apa pun tahniah sekali lagi Hamzah & Yus...

To Hamzah & Yusrina ~ "May the bond of your love be strengthened at all times...Keep the faith, love and trust with one another"

Let's enjoy the happiness moment we shared together :)








Sunday, December 22, 2013

...Jack's Convo...

Salam Ceria ~ Salam 1 Malaysia ~ Salam Kasih Sayang

First of all nak ucapkan setinggi tinggi tahniah kepada adik i ols iaitu Jack sebab dah berjaya menamatkan pelajaran beliau...Alhamdulillah we proud of u deknon...KPTM convo diadakan di PICC, Putrajaya pada 30 November 2013 iaitu sehari sebelum i ols bercuti-cuti ke Medan...Nothing much to say just enjoy the pixxa :)









Wednesday, December 18, 2013

...Its OUR 2nd Anniversary...

Salam Ceria ~  Salam 1 Malaysia ~ Salam Kasih Sayang

Alhamdulillah pada 26 NOVEMBER 2013 yang lalu telah genap usia perkahwinan we ols 2 TAHUN...Yesszaa baru dua tahun dan masih banyak lagi waktu untuk kami lebih mengenali antara satu sama lain.  Buat suami tercinta terima kasih atas segalanya...Saya cinta kamu banyak-banyak xoxo!!!



"...HAPPY 2ND ANNIVERSARY my dear husband...Hoping that the LOVE we shared together is still as strong today as it was and bring us much joy & happiness...May Allah SWT granted us a precious GIFT to complete our marriage...Amin..."


Sunday, September 22, 2013

...Makan-Makan dan Enjoi-Enjoi...

Salam Ceria dan Salam 1 Malaysia

Kisah yang bakal dipaparkan ini adalah #throwback jugak...gigih guna hashtag kan...Pada 29 June 2013 yang lalu kami sefamily telah mengadakan jamuan makan sempena sambutan ulangtahun kelahiran ABAH (1 June) ~ Deknon (3 June) ~ Buzu (21 June)...Yeahh kami adalah June Babies...Alolo kiutnya babies kan...



Jamuan ni hanya kecil-kecilan saja kami jemput kawan-kawan rapat, jiran tetangga dan member2 opis i ols...Sebelum birthday party kami pada malam hari, petang tu kami buat kenduri arwah dan bacaan doa selamat sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba...










Menu alhamdulillah memang banyak dan semua cukup makan dan siap boleh tapau lagi...Ada mee kari, pulut kuning, roti jala, kuih muih, cheese kek, sate, nasi impit dan paling utama adalah bbq ayam...Trima kasih buat suami sebab sponsor birthday kek...I lap u so muchh...xoxoxo...

Ramai tetamu yang hadir memang riuh rendah...Seronok macam-macam cerita macam-macam gosip...Biasanya memang tiap-tiap tahun kami buat majlis macam ni cuma tahun lepas buat untuk closed family ja... Tahun ni bajet lebih sikit so dapat lah jemput kawan2...Alhamdulillah all went wells...Semua tetamu seronok sebab perut kenyang...

Terima kasih daun keladi pada yang sudi datang inshaAllah panjang umur murah rezeki kami buat dan jemput lagi ;)

Saturday, August 24, 2013

...Admin's Office Jamuan Raya vs Birthday Party Part 2...

Salam Ceria dan Salam 1 Malaysia

Moga masih tidak terlambat untuk i ols wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...Okeh memandangkan masih beratuq lagi pending post i ols...Jadi i ols updet mana yang sempat dulu ye..


Last Friday Office i ols telah organize lagi small event iaitu JAMUAN RAYA dan celebrate skali birthday untuk APRIL - AUGUST babies...yeahhh memang agak lewat sikit birthday partay ni sebab kesempitan masa...



Tetamu VIP adalah our Pengarah itself sebab birthday dia on 15th August (yes she is one of the August babies)...Tak sempat nak bergambaq ramai2 sebab semua dok pulun nak serbu makanan...


By the way menu pada hari tu adalah pulut kuning~roti jala~kari daging~ketupat~lemang~nasi impit~rendang~serunding~kuah kacang~kuih raya~air ribena...Mantap kan...biasalah default hari raya menu...

Makan sampai temonyeh konsepnya...everyone is enjoy with the majlis and Pengarah also happy with our party...thank you so much to all admin's member dari deco wordings for backdrop, pasang lampu lip lap, preparing the food untill we wrap up the party!!! InshaAllah we will organize small party like this regularly as its one of way we get together...Peace!!!

Wednesday, November 21, 2012

...Sila Beri Penjelasan...

Salam Ceria dan Salam 1 Malaysia

This time i ols nak updet skit pasal SERVICE di Hospital KKM...Yes i'm apart of warga KKM but doesn't mean tak boleh nak complaint kan???

Ok nak cerita kisah my MIL yang telah disahkan oleh doktor klinik swasta di Langkawi menghidapi cataract pada sebelah mata kiri...Then i ols ajak lah dia check di Hospital Pulau Pinang so doctor said she need for further treatment...I ols mintak refer to HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH (HSB)...The next day i ols bawak p HSB untuk nak amik appointment for Klinik Mata...Masa kat kaunter pendaftaran, the MA (medical assistant) bagitau kenapa tak buat di Hospital Langkawi saja sebab ada Pakar akan visit once a month...So that after diskusion, we agreed nak checkup kat Hospital Langkawi saja...Lagipun its easier for her nak ulang alik sebab dekat...Then bila pegi Hospital Langkawi, Klinik Mata kat sana refer balik pegi HSB....Ehh apa hal plak nak tolak kes ke sana ke sini sebab we ols dah confirm dengan HSB that Hospital Langkawi memang ada pakar visit...

So i ols tak puas hati sebab misi kat Hospital Langkawi not even bukak & baca pun referral letter tu then directly suruh p chekup kat HSB...I ols telah shoot satu email to Pengarah Hospital Langkawi dan Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah then cc to Pengarah JKN Kedah...I ols cuma inginkan penjelasan kenapa Hospital Langkawi tolak kes bulat2 tanpa periksa...



As u ols know, any complaint have to take action within 24hours kan, so on the spot HSB reply my email and mintak details MIL...I ols pun bagi la...So my MIL kena checkup kat HSB on 19 Nov 2012.  The day before tu, ada la staff from Hospital Langkawi call MIL cakap mintak maaf sebab pegawai yang bertanggungjawab bercuti so telah diganti oleh orang lain so yang mengganti tu taktau...WTH!!!!  Then boleh pulak cakap kalau boleh sebelum makcik p Hospital kat Alor Star makcik singgah kat Hospital Langkawi kami nak check makcik...Masa p aritu takmau check kan...

Urusan checkup di HSB pada 19 Nov 2012 tu berjalan lancar then the doctor kat HSB terus suruh MIL admit katanya mata dah teruk.And alhamdulillah today my MIL dah selamat menjalani operation mata...

Anyway, i ols nak ucapkan jutaan terima kasih pada doctors and nurses di HSB yang menjaga my MIL sepanjang berada di ward...Moral of the story kadang2 u ols kena bukak mata orang atasan sikit sebab kadang2 bos2 ni taktau apa jadi...Kalau tidak kerana emel itu i ols rasa mesti kena ulang alik check up lagi sebab masa 1st time i ols tnya bila ada kosong untuk buat operation mata tu then the MA said paling cepat bulan FEB 2013...(rasanya diaorg saja kot terus buat operation sebab nak closed case)...

Monday, November 12, 2012

...Visiting Baby Tia Ariana...

Salam Ceria dan Salam 1 Malaysia

Selamat Berada di bulan November!!!

Al kisahnya pada 3 November lepas, i ols telah pergi ke Teluk Intan, Perak bersama kuncu2 'Gol & Gincu' untuk melawat princess yang diberi nama TIA ARIANA BT MUHAMAD TAJUDIN... Keless sangat nama anak2 zaman la ni...(Esok2 ni ada rezeki anak seniri tktau nak boh nama apa)... Ini adalah new born baby kepada sahabat luahan perasaan saya iaitu Azwa...

Baby Tia dilahirkan pada 26 Oktober 2012 bersamaan Hari Raya Aidiladha...Alhamdulillah mummy and baby semuanya sihat...

Apa-apa pun saya mengucapkan tahniah kepada Azwa dan Taj atas kurniaan baby yang comel itu...Semoga baby Tia akan menjadi anak yang solehah....

...Tia Ariana bt Muhamad Tajudin...







...Baby Imran yang boolatt...