Monday, October 29, 2012

...Klinik Sejahtera HPP..

Salam Ceria dan Salam 1 Malaysia

Selamat Hari Raya Haji semua...
Selamat Makan Daging fresh2 semua...Ngee~~~

Anyway nak kabarkan sehari sebelum raya i ols telah ke Hospital Pulau Pinang...Tak sihat katanya dok batuk menggila...Sampai nak tekeluaq anak tekak...

So pada orang gomen dan jika anda telah updet HRMIS sangat lah mudah dengan menggunakan E-GL...Bagi saja IC kat mana-mana kaunter pendaftaran klnik/hospital kerajaan, petugas kaunter akan semak maklumat dan print kan utk u ols...

I ols tktau la management hospital-hospital lain macam mana tapi kat Hospital Pulau Pinang ni ada 2 side kaunter pendaftaran...1 side ni utk anggota kerajaan, pesara kerajaan, badan berkanun, GL kampeni yang berdaftar dengan KKM and the other side untuk selain yang dinyatakan...

Then satu lagi buat i ols puji HPP ni depa ada klinik khas untuk warga KKM...KLINIK SEJAHTERA...So sapa2 warga KKM tak perlu lah nak tunggu bersama2 pesakit JPL lain sbb ada klinik khas gitu...Konfem2 lah tak ramai kan...Dan paling penting doktor yang merawat tu adalah Ketua Jabatan bagi Jabatan Pesakit Luar...Wahh kelesss kenn ala-ala VIP treatment...

Sehubungan itu, i ols mencadangkan semua hospital-hospital kerajaan dapat melaksanakan klinik khas seperti HPP buat...Dulu jarang p klinik/hosp sebab memang keja kat hospital...Sakit terus p jumpa Pengarah ja then amik prescription bawak p Farmasi...




Wednesday, October 24, 2012

...The Wedding of Razia & Ku Abi...

Salam Ceria dan Salam 1 Malaysia

Kali ni nak cerita kawen-kawen...Pada 14 Oktober 2012, i ols telah menghadiri majlis perkahwinan kawan sekolah iaitu RAZIA & KU ABIE...(Sila rujuk SINI untuk kesah pertunangan depa dua)

Majlis Resepsi sebelah Razia diadakan di Dewan Ballroom Setia Pearl Island yang terletak di Bayan Lepas...Full pakej by JALINAN KASIH BRIDAL...Satni ampa sila tengok gambaq memang meletops sangat ;)

Selain dari menghadiri majlis kawen, berkesempatan jugak jumpa kawan2 senget i ols seperti Boboy, Capang, Hamzah, Misi Iena, Ieda dan sang arjuna i ols la En DF...Siap reserved meja kami depan skali....Terima kasih buat Razia dan family atas layanan yang baik...

So jom layan gambar sekitar majlis ;)












Apa-apa pun tahniah buat pasangan krew MAS ini...Semoga berbahagia till jannah...

Tuesday, October 23, 2012

...Lawatan Sambil Belajar ke JayBee...

Salam Ceria dan Salam 1 Malaysia

Hujung minggu yang lepas i ols telah berkursus di Johor Bahru...Kursus Kewangan telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Latihan, KKM bertempat di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Johor Bahru...Pertama kali dijemput menyertai kursus anjuran BPL...

Seronok di samping dapat pengisian ilmu kewangan dapat juga bertemu kawan2 yang semuanya baru bagi i ols...Selain daripada itu, terima kasih pada pihak urusetia kerana telah mengatur program terbaekk sangat...Malam last tu siap buat dinner bbq lagi..Then masa last day depa arrange transport untuk bawak kami jalan-jalan ke Johor Premium Outlets (JPO) dan Legoland Malaysia...(tak masuk pun hanya sekadar posing depan entrance)..

Memang dah lama dok mengidam nak p JPO nih at last tertunai jugak...Overall memang berbaloi kot shopping kat sini for those yang suka kan branded item...Pelbagai jenama ada di sini...Dari Coach hingga lah ke Padini...Harga memang super murah jugak...But don't expect new arrival item lah...Sapa nak kasi kan...Masa yang diperuntukan kat kami hanya lah 2 jam...Uhhh mana cukup...Sempat cover level atas ja...So ada chance nak repeat lagi...(En DF pls take note)

Dari JPO, kami di bawa ke LEGOLAND MALAYSIA...Teruja seketika...Kami semua tak masuk pun...Hanya berpeleseran dan berposing di luar saja...Entrance fee untuk daily pass RM140...Next time ja kot baru masuk...

So marilah layan gambaq2 kekwat i ols kan....(tengok saja toksah dok mengata ok)













Ok sekian saja buat tatapan semua...mmuuahhhh

Wednesday, October 17, 2012

...Di Suatu Petang...

Salam Ceria dan Salam 1 Malaysia

Apa kabar orang kampung???harap semua sihat sejahtera hendaknya...This time i ols nak cerita ceriti berdetim dengan En DF semasa En DF pulang ke Penang untuk melawat i ols awai bulan Oktober ritu...

Di suatu petang Sabtu yang panas terik di Pulau Pinang kami berdua dah boring melepak kat rumah taktau nak bikin apa...So telah mencadangkan kepada En DF nak jalan-jalan round island...Pertama sekali saja ajak En DF singgah ke Gurney Plaza...Hmmm sempat jugak i ols menyopping...Lepas jalan-jalan dalam Gurney Plaza kami terus menyusuri jalan Tanjung Tokong untuk ke Batu Feringghi...Agak lama sudah i ols tidak sampai ke Batu Feringghi...Nak singgah minum-minum petang di Miami Beach sungguh ramai rakyat jelata beriadah...Jadi kami teruskan perjalanan lagi...Sampai Batu Feringghi terkesima sebentar...Makk hoiii banyak jugak dah berubah...Dah ada stesen minyak Petronas (last masa p dulu baru tengah dok buat) pastu siap ada Mekdi...

Kami meneruskan perjalanan lagi sehingga ke Teluk Bahang...Akhirnya kami singgah di gerai yang terletak betul-betul di hadapan Tropical Spice Garden...Menikmati Air Kelapa Muda, Rojak dan Laksa...Sungguh terasa macam pelancong...Hahaha...








Lepas makan dan minum kami teruskan lagi perjalanan ke Dam Teluk Bahang...Suka sangat tengok pemandagan dam ni...Rasa luas dan tenang...Sempat bergambar...Lalu terimbau kenangan masa zaman bercinta dok berdeting kat sini...Oppsss....





Lepas tu kami ikut jalan ke Balik Pulau...Jalannya masih sama macam dulu...Sempit dan agak bahaya bagi yang tak biasa...Sampai di Balik Pulau...Sekali lagi kagum sebab tengok pembangunan di sana...Banyak rumah2 taman dah dibangunkan...Lik  Lau dah maju...

Dah janji nak p rumah mama kat Bukit Gedung so kami melalui jalan Balik Pulau - Teluk Kumbar...Jalanraya sini pun dah diupgred...Sudah dilebarkan...Bagus betul...Singgah di rumah mama sementara tunggu abah balik...(Mama pun dah upgred rumah dia beli sofa baru, tv baru semua) #nampak sangat lama tak p rumah mama

Malam tu kami sefamily dinner di Hammer Bay...Gerai Ikan Bakar yang terletak berhampiran dengan roundabout Queensbay Mall...Ada 2 gerai tapi kami lebih selesa memilih SERI PANTAI IKAN BAKAR...Suka dengan sotong goreng tepungnya...Malam tu kami mengorder Jenahak 3 rasa, Pari Bakar,  Sotong Goreng Tepung, Tomyam, Kailan, Satay dan minuman Tembikai Laici...






Alhamdulillah kenyang...Syukur dengan rezeki pada malam itu...Seronok rasanya dapat menghabiskan masa dengan orang-orang tersayang...

Thursday, October 11, 2012

...I Hate September 2012...

Salam Ceria dan Salam 1 Malaysia

Hmmm sumpah nak bagitau kat semua I HATE SEPTEMBER 2012...Macam-macam benda tak elok dan mengsakitkan hati berlaku...Terbeban dalam kepala hotak ini...Tapi Alhamdulillah bila kita dekatkan diri dengan Allah SWT insyaAllah Dia akan permudahkan segalanya...Terima kasih Allah sebab bagi ku kekuatan dan ketabahan hati...Terima kasih kawan dan kawan atas nasihat...Terima kasih mama dan abah atas support...Semoga mimpi ngeri tidak akan berulang...Tapi if still berulang tepuk dada tanya lah IMAN !!! 


p/s : Jeles tengok pic makcik aku p cuti2 PEN-KRABI-PHUKET-PEN naik cruise...Bercuti macam datin2 wannabe...(untung la dapat ladyboss mcm bos makcik...Sponsor segala)

...Majlis APC + Pelancaran 5s...

Salam Ceria dan Salam 1 Malaysia

Pada 8 September 2012 yang sudah pun hampir sebulan berlalu, opis i ols telah menganjurkan satu majlis besar-besaran iaitu MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2011 ~ MAJLIS PERSARAAN 2012 ~ MAJLIS PELANCARAN PENGAMALAN 5S...Ha 3 in 1 kan sep bajet...

Majlis ini telah dirancang dan disempurnakan dalam masa 3 minggu...Fuhhh memang gila perah otak dan tenaga...Tapi yang bagusnya semua memberikan komitmen...Tahniah dan syabas...Majlis yang gilang gemilang ini dirasmikan oleh TKSU Pengurusan KKM, Dato' Dr Mohd Azhar b Hj Yahaya...Selain daripada acara penyampaian sijil dan cenderamata, para hadirin juga dipertontonkan persembahan-persembahan yang menarik daripada student-student gigi...Jom lah kita tengok gambar-gambar di bawah ini ;) Zaaaaasssss


...Tarian...

...Koir...

...Tarian Padang Fasirun...

...Penyampaian Sijil...



...Acara penutup ~ posing la apa lgi...

...lunch yang disediakan...Sangat enakkk...

...Salam Perpisahan...

Salam Ceria dan Salam 1 Malaysia

Entri yang bakal diceritakan ini adalah entri yang telah bertangguh sejak hampir 3 bulan yang lalu...Sebabnya gambaq2 tersave dalam laptop En DF so tak sempat nak transfer...(alasan sebenarnya boleh ja cerita dulu then uplod pic kendian)

Pejam celik sudah 2 bulan i ols bertugas di tempat baru...Semuanya kelihatan okay dan biasa la kalau kerja tiada cabaran maka tiada lah pengalaman kan?? So i ols tidak kisah...I ols anggap semuanya sebagai sumber maklumat untuk bekalan masa hadapan...(mesti kena fikir positif)...

Bukan nak cerita pasal opis baru tapi nak cerita pasai opis lama...Berita tergempar yang i ols terima dari KKM yakni permohonan pertukaran i ols telah diluluskan...Alhamdulillah syukur...Berita ini berlaku semasa bulan Ramadhan...Agak macam rushing tempoh penangguhan 2 minggu sahaja..

2 tahun i ols di HKKB memang banyak juga yang i ols pelajari dari otai-otai di sini...I ols memang respect cara depa bekerja...So sikit sebanyak i ols menimba ilmu dari mereka...Cuma truly madly deeply i ols tak berapa respect certain staff yang i ols anggap 'cetek ilmu'...Nak cerita pasal otai-otai ni of cos panjang lebaq..Mungkin boleh buat satu entri lain...



Dipendekkan cerita, sempena perpisahan ini, staf2 i ols telah mengorganized satu majlis perpisahan buat i ols...Hukhukhuk sedihh plak dok teringat kat depa...Majlis ini telah dibuat pada 28 Julai 2012 memandangkan bulan puasa so kami beriftar bersama2...Venue di Dewan Latihan, HKKB...Part paling best buat pot luck...Masing-masing bawak juadah dan dihidangkan untuk santapan bersama...Siap ada ayam bakaq versi klate lagi...




Dekat sini memang meriah dengan makanan...Kalau kata jamuan saja menu siap disenarai panjangkan...Antara yang turut serta majlis iftar itu adalah dari Unit Kewangan, Pengurusan dan juga A&E...



Memang i ols sangat terharu dengan majlis yang dianjurkan itu...Siap diberi penghormatan untuk berucap...Masa ni i ols masih control ayaq mata lagi..Takmau la sedih2 kan...Dan siap dapat hadiah lagi...Apa-apa pun terima kasih semua untuk majlis ini...




Pada KAK SHAM, KAK JAH, KAK IZAN, KAK IMAH dan kakak-kakak yang lain i ols ucapkan terima kasih atas tunjuk ajar dan teguran...Semoga ukhwah kita akan kekal selamanya...Sampai sekarang masih bercontact2 untuk bergosip (tentang Puan Sri i ols dan Merak Kayangan they olss) dan somtimes bila ada masalah timbul i ols tak tau nak refer mana, maka mereka lah pakar rujuk i ols...

Teringat masa last day, sumpah time tu tak dapat nak tahan ayaq mata...Comot segala maskara dan eye liner semua persetankan...Memang sedih gila menangis...berpelukan...huwaaaaaaa ;( 

Saya sayang kamu semua muuwaahhhhh !!!!