Showing posts with label :::Kuala Terengganu:::. Show all posts
Showing posts with label :::Kuala Terengganu:::. Show all posts

Saturday, February 21, 2015

...Tahun 2015...

Salam Ceria ~ Salam 1 Malaysia ~ Salam Kasih Sayang

Alhamdulillah entri pertama bagi tahun 2015...Hahaha rasa bersyukur sebab akhirnya tergerak jugak jari jemari ini untuk menaip. Hampir tiga bulan tidak sempat menghapdet apa-apa di sini. Semuanya kerana sibuk dengan hal peribadi. Banyak cerita Tahun 2014 yang hendak dikongsikan sebenarnya tapi kekangan masa membuatkan segalanya bertangguh.

Boleh kiranya saya buat secara rumusan entri-entri yang tertangguh di sini kan....(ehh ai punya suka lah nak buat lagu mana pun kan ini blog ai)... #feelingkekwat 


::: AUGUST 2014 :::


Farewell Dr. Hasenah Mod Zaki our Pengarah. Beliau telah bersara wajib pada 15th August 2014 and we all telah meraikan farewell pada 26th August 2014 di Sigi's Bar by The Beach, Golden Sands Resort, Penang.  Di samping meraikan farewell tidak lupa untuk acara potong kek bagi geng-geng ofis yang celebrate Birthday bulan Julai - August - September. Kepada Dr. Hasenah, selamat beristirehat dan kepada team  members yang celebrate birthday HAPPY BIRTHDAY!!!







::: SEPTEMBER 2014 :::

Roadtrip honeymoon 2 hari 1 malam dengan cinta hati ke Pantai Timur...Tujuan roadtrip adalah untuk JJCM...Huh gigihkan?? Makan punya pasai... Singgah lunch di NASI ULAM CIKGU yang terletak di Kampung Kraftangan, Kota Bharu.  Meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu dan singgah hi-tea di PANTAI PENARIK, Terengganu. Memang banyak deretan gerai di sepanjang persisiran pantai Penarik. Pilih saja port yang berkenan di hati.  Check in di Felda Residence Hotel Kuala Terengganu for 1 night.  Sebelah malam jalan-jalan di Kuala Terengganu Waterfront. Next day terus check out dan menuju ke Morib, Banting untuk berkursus...









  Selamat Pengantin baru to my childhood friend ~ Mawar dan suaminya Farhan serta seorang     lagi pasangan kenalan UiTM Jengka Laila dan suami Fanzur.  Semoga ikatan yang terbina ini   kekal bahagia hingga ke jannah. Selamat Mengharungi alam rumahtangga.





Memasuki Thailand melalui pintu Betong.  Kami park kereta di The Zone dan berjalan kaki ke border.  Mengambil teksi sapu untuk masuk ke PEKAN BETONG.  Sedikit kecewa kerana       pada petang Ahad itu banyak kedai yang tutup.  Maka hanya sekadar melihat tempat orang.       Sudah lah masa kami di sana baru seminggu dua kes letupan bom berlaku. Memang cuak tapi   orang kata ketegaq nak p jugak! Alhamdulillah selamat masuk ke Malaysia kembali..ngeh ngeh   ....ngeh






Pada Hari Malaysia iaitu 16 September 2014, kami geng-geng Gossip Girls telah ke LADANG ANGGUR TASIK BERIS yang terletak di Jeniang Kedah. Harga tiket masuk adalah RM6 bagi dewasa.  Dah kata ladang anggur of course lah dikelilingi anggur. Tapi standard lah anggur Malaysia, kecik-kecik dan tak berapa manis. For me Ladang Anggur Tasik Beris lebih cantik dari Perlis punya. Anyway u ols boleh la try ke sana memang agak jauh ke dalam. Kalau yang berminat nak stay memang ada a few chalet u ols boleh sewa.  Situ kan Tasik Beris so sapa  minat fishing ikan air tawar boleh la bermalam di situ.







Rancangan last minit untuk ke PULAU PANGKOR.  Hasrat nak ke Pangkor ini dibangkitkan oleh mama katanya lama sudah tidak ke sana. Jadi kami berempat iaitu Abah, Mama, Mak and myself berDay trip saja ke sana.  Memang banyak sangat perubahan di Pulau Pangkor,  Kami   menyewa Van Pink dengan harga RM60 untuk tour satu Pangkor.  Di mulai dengan Kota Belanda kemudian kami singgah di Pantai Teluk Nipah. Kami berehat untuk lunch sambil menikmati angin laut.  Cuaca panas tapi disebabkan angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan layan sangat. Makan?? Makan je lah kat gerai2 area Pantai Teluk Nipah tu asalkan kenyang. Dah makan kenyang, kami di bawa pula melawat tempat pembuatan bot-bot nelayan.  Tak turun pun hanya lalu saja dan kami stop di kilang memproses ikan bilis segala. Macam-macam jenis ikan kering ada dijual. Harga? idok la murah sangat. Lebih seringgit dua ja dari Jeti Lumut. Lastly before kami kembali ke Jeti, kami singgah di Muzium Pangkor. Kecik ja muziumnya.  3 jam setel pusing satu Pangkor. Then kami menaiki semula bot untuk ke Lumut dan seterusnya pulang ke Penang.









Banyakkan cerita yang pending??? Semua telah diringkaskan,,, Bagi bulan October dan November saya telah coretkan pada entri yang sebelum ini... Jadi selamat membaca (jika sudi)...

Walaupun Tahun 2015 hampir 2 bulan berlalu, saya harap masih sempat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2015....Semoga apa yang dihajati akan terlaksana....

p/s : Entri ini siap juga akhirnya...Menaip sambil menghabiskan cuti CNY di Hospital. Sekian. Doakan kesihatan saya ye kawan2...

Bye!!!

Saturday, November 16, 2013

...Cuti-Cuti Pantai Timur 2013 ~ Day 2...

:::Day 2 ~ (Taman Tamadun Islam - Masjid Kristal - Kota Bharu):::

Destinasi pertama di hari kedua adalah TAMAN TAMADUN ISLAM...Bayaran masuk adalah RM10 per entry bagi dewasa dan kanak-kanak RM5...Kami tak masuk pun sebab cuaca panas terik sangat nak jalan-jalan kat dalam macam agak tiada pokok-pokok...Hanya berposing di entrance masuk...Jangan marah arrr...


Kami berjalan di sekitar kawasan tersebut menuju MASJID KRISTAL...Memang ianya terletak di dalam satu kawasan yang sama...Memang cantik struktur binaan serta design masjid tersebut...Menghayati pemandangan dari setiap sudut dan kawasan Masjid Kristal sambil tidak lupa untuk snap gambar la kan...



Niat di hati nak singgah beli kopok losong tapi sebab kami nak ke Kota Bharu nanti takdak fridge nak simpan pulak...Bye kan satu...Dah setel di Masjid Kristal kami pun beredar tinggalkan Kuala Terengganu menuju ke Kota Bharu...

Hampir 2 jam perjalanan kami tiba di Kota Bharu...Waze bantu kami untuk mencari HABIB HOTEL...Terletak berdekatan Mahkamah dan Bangunan Mara kalau tak silap...Hotelnya agak selesa bagi kami untuk bermalam di sini selama 2 malam...



Selesai check in kami berehat-rehat hilangkan penat...Pada sebelah petang kami ke satu destinasi yang menjadi tumpuan orang ramai di Kota Bharu ini...Mana lagi kalau bukan PANTAI CAHAYA BULAN (PCB)...Memang dah banyak berubah since last i ols ke sini...Di sepanjang pesisir PCB memang terdapat pelbagai gerai yang menjual celup tepung...Kalau dah sampai di PCB tak try celup tepung memang sangat rugi...

Kami singgah di RESTORAN CINTA SELERA...Katanya antara yang sedap kat PCB ni...So let's try...Anyway just soft reminder je lah ek...Harga celup tepung kat area PCB ni agak mencekik sikit lah...Tapi kalau just nak merasai kesedapan apa itu celup tepung why not invest skali skala...hehehe...Memang rambang mata nak pilih sebab semuanya nampak menggiurkan...Sedap dan sangat berbaloi dengan harganya...Kami pasti repeat ke sini lagi!!!


Dari PCB kami gerak ke KB Mall...Terletak betul-betul bersebelahan Tunes Hotel KB...Saja jalan-jalan cuci mata...Well memang tak besar mana sangat mall ini dan tak menarik perhatian sangat..Lepas tu kami ke PASAR MALAM WAKAF CHE YEH...Nak cari apa kat sini semuanya ada belaka...Kain pasang, batik, makanan, jersey, bundle, perfumes, tudung, shawl, brooch dan macam-macam lagi...Memang happening kat sini...Dan kalau nak membeli kena pandai2 bargain lah ye..

Dah selesai mencuci  mata di Pasar Malam Wakaf Che Yeh kami mencari makan malam...YATI AYAM PERCIK...Nak makan kat sana tapi ramai so tapau bawak balik makan kat hotel...Mungkin hari tu kurang bernasib baik sebab kuah ayam percik tu terlalu masin mmg tak boleh nak telan...So jadi out terus taste..

Till then end of Day 2.....

Saturday, October 26, 2013

...Cuti-Cuti Pantai Timur 2013 ~ Day 1...

Salam Ceria~Salam 1 Malaysia~Salam Kasih Sayang

Perghhhh salam saja dah menunjukkan mood kite yang happy kan...bukan apa Salam Kasih Sayang ni diperkenalkan oleh my boss kenkonon untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama staff bila letak Salam Kasih Sayang ni nampak lagi mesraaaa....

By the way nak kongsikan jalan-jalan makan angin i ols bersama En DF ke Pantai Timur...Well well well cerita bulan Ogos sebenarnya tapi barulah diupdet...Ok let's enjoy reading :)

:::Day 1 ~ (KL - Kuala Terengganu):::

Yeah kami gerak dari KL pun hampir jam 4 sebab singgah IKEA dulu makan meatball yang super sedap...Terus masuk Karak Highway - LPT then exit Kuantan menghala ke Bandar Al Muktafi Billah Shah...Along the way memang boring gila kiri kanan takdak apa melainkan kelapa sawit dan berjumpa jugak lah dengan kampung-kampung...Tapi time tu hari hampir gelap so lagi la gulap gulita...Hampir 2 jam lebih rasanya baru lah tiba di bandar Muktafi Billah Shah ini...Then kami teruskan lagi menuju KUALA TERENGGANU...



Alhamdulillah kami tiba di KT hampir jam 9 malam...Memang tak membooking hotel pun so pusing lah sekitar pekan nak cari hotel...Akhirnya kami memilih HOTEL YT MIDTOWN...Ok lah kondisi hotel dengan harga yang ditawarkan breakfast pun not bad...

...Batu Bersurat...
Lepas mandi dan rehat kami keluar menuju PANTAI BATU BURUK...Misi mencari makan malam...Ramai juga orang berpelesaran di situ...Rupanya hari ni adalah Khamis dan Jumaat warga Terengganu bercuti...So telah siap di gugel suggested kedai makan area Pantai Batu Buruk...Mencuba di gerai PANTAI TIMUR SATAY...Ok lah biasa saja...Done with our dinner pun beransur balik untuk rehat dan tidur...Penat jugak jauh perjalanan...Esok nak jalan-jalan bandar KT dan terus ke Kota Bharu...