Saturday, February 21, 2015

...Tahun 2015...

Salam Ceria ~ Salam 1 Malaysia ~ Salam Kasih Sayang

Alhamdulillah entri pertama bagi tahun 2015...Hahaha rasa bersyukur sebab akhirnya tergerak jugak jari jemari ini untuk menaip. Hampir tiga bulan tidak sempat menghapdet apa-apa di sini. Semuanya kerana sibuk dengan hal peribadi. Banyak cerita Tahun 2014 yang hendak dikongsikan sebenarnya tapi kekangan masa membuatkan segalanya bertangguh.

Boleh kiranya saya buat secara rumusan entri-entri yang tertangguh di sini kan....(ehh ai punya suka lah nak buat lagu mana pun kan ini blog ai)... #feelingkekwat 


::: AUGUST 2014 :::


Farewell Dr. Hasenah Mod Zaki our Pengarah. Beliau telah bersara wajib pada 15th August 2014 and we all telah meraikan farewell pada 26th August 2014 di Sigi's Bar by The Beach, Golden Sands Resort, Penang.  Di samping meraikan farewell tidak lupa untuk acara potong kek bagi geng-geng ofis yang celebrate Birthday bulan Julai - August - September. Kepada Dr. Hasenah, selamat beristirehat dan kepada team  members yang celebrate birthday HAPPY BIRTHDAY!!!







::: SEPTEMBER 2014 :::

Roadtrip honeymoon 2 hari 1 malam dengan cinta hati ke Pantai Timur...Tujuan roadtrip adalah untuk JJCM...Huh gigihkan?? Makan punya pasai... Singgah lunch di NASI ULAM CIKGU yang terletak di Kampung Kraftangan, Kota Bharu.  Meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu dan singgah hi-tea di PANTAI PENARIK, Terengganu. Memang banyak deretan gerai di sepanjang persisiran pantai Penarik. Pilih saja port yang berkenan di hati.  Check in di Felda Residence Hotel Kuala Terengganu for 1 night.  Sebelah malam jalan-jalan di Kuala Terengganu Waterfront. Next day terus check out dan menuju ke Morib, Banting untuk berkursus...









  Selamat Pengantin baru to my childhood friend ~ Mawar dan suaminya Farhan serta seorang     lagi pasangan kenalan UiTM Jengka Laila dan suami Fanzur.  Semoga ikatan yang terbina ini   kekal bahagia hingga ke jannah. Selamat Mengharungi alam rumahtangga.





Memasuki Thailand melalui pintu Betong.  Kami park kereta di The Zone dan berjalan kaki ke border.  Mengambil teksi sapu untuk masuk ke PEKAN BETONG.  Sedikit kecewa kerana       pada petang Ahad itu banyak kedai yang tutup.  Maka hanya sekadar melihat tempat orang.       Sudah lah masa kami di sana baru seminggu dua kes letupan bom berlaku. Memang cuak tapi   orang kata ketegaq nak p jugak! Alhamdulillah selamat masuk ke Malaysia kembali..ngeh ngeh   ....ngeh






Pada Hari Malaysia iaitu 16 September 2014, kami geng-geng Gossip Girls telah ke LADANG ANGGUR TASIK BERIS yang terletak di Jeniang Kedah. Harga tiket masuk adalah RM6 bagi dewasa.  Dah kata ladang anggur of course lah dikelilingi anggur. Tapi standard lah anggur Malaysia, kecik-kecik dan tak berapa manis. For me Ladang Anggur Tasik Beris lebih cantik dari Perlis punya. Anyway u ols boleh la try ke sana memang agak jauh ke dalam. Kalau yang berminat nak stay memang ada a few chalet u ols boleh sewa.  Situ kan Tasik Beris so sapa  minat fishing ikan air tawar boleh la bermalam di situ.







Rancangan last minit untuk ke PULAU PANGKOR.  Hasrat nak ke Pangkor ini dibangkitkan oleh mama katanya lama sudah tidak ke sana. Jadi kami berempat iaitu Abah, Mama, Mak and myself berDay trip saja ke sana.  Memang banyak sangat perubahan di Pulau Pangkor,  Kami   menyewa Van Pink dengan harga RM60 untuk tour satu Pangkor.  Di mulai dengan Kota Belanda kemudian kami singgah di Pantai Teluk Nipah. Kami berehat untuk lunch sambil menikmati angin laut.  Cuaca panas tapi disebabkan angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan layan sangat. Makan?? Makan je lah kat gerai2 area Pantai Teluk Nipah tu asalkan kenyang. Dah makan kenyang, kami di bawa pula melawat tempat pembuatan bot-bot nelayan.  Tak turun pun hanya lalu saja dan kami stop di kilang memproses ikan bilis segala. Macam-macam jenis ikan kering ada dijual. Harga? idok la murah sangat. Lebih seringgit dua ja dari Jeti Lumut. Lastly before kami kembali ke Jeti, kami singgah di Muzium Pangkor. Kecik ja muziumnya.  3 jam setel pusing satu Pangkor. Then kami menaiki semula bot untuk ke Lumut dan seterusnya pulang ke Penang.









Banyakkan cerita yang pending??? Semua telah diringkaskan,,, Bagi bulan October dan November saya telah coretkan pada entri yang sebelum ini... Jadi selamat membaca (jika sudi)...

Walaupun Tahun 2015 hampir 2 bulan berlalu, saya harap masih sempat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2015....Semoga apa yang dihajati akan terlaksana....

p/s : Entri ini siap juga akhirnya...Menaip sambil menghabiskan cuti CNY di Hospital. Sekian. Doakan kesihatan saya ye kawan2...

Bye!!!