Salam Ceria dan Salam 1 Malaysia
Ampun dan maaf dipinta walaupun raya dah berlalu sebab baru berkesempatan nak updet blog ini...Sekarang ini rasa masa begitu tidak mencukupi...Segalanya berlalu begitu pantas...Lepas entri ini entah bila pulak dapat diupdet...Okeh make it short, ada 4 sabahat saya yang telah melangsungkan perkahwinan...Kira entri ini ditulis secara lumsum...
Pasangan Pertama ~ Azwa & Din
Majlis yang berlangsung di Teluk Intan, Perak pada
10 September 2011 meraikan pengantin perempuan adalah sahabat saya...Saya dan En DF yang sedia menemani saya ke majlis tersebut...Pengantin yang bertemakan warna merah putih...Nampak berseri sungguh bagai raja dan permaisuri...Makanan yang disajikan jugak sangat menyelerakan...
Pasangan Kedua ~ Zyda & Jafnee
Mereka berdua adalah kenalan semasa saya di UiTM Shah Alam...Zyda adalah coursemate saya manakala Jafnee pula jiran sebelah di rumah sewa Seksyen 7...We ols memang rapat...Actually Jap ni orang penang...Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan berlangsung pada 18 September 2011...Bertempat di Dewan Komuniti Lembah Pantai...Dekorasi Pelamin sangat exclusive...Simple dan elegan saya fikir konsep yang diketengahkan...Pengantin mengenakan busana modern...Sungguh terpesona saya melihat...Apa2 pun tahniah buat Zyda and Jap...Tetiba teringat kisah cinta korang yang berputik masa kita berBBQ kt PD...hahaha...Sungguh dramatik!!!
Pasangan Ketiga ~ Sayuti & Shima
Ini kisah weekend yang lepas 01 Oktober 2011 di mana saya dan sahabat karib menghadiri kenduri Sayuti dan pasangan...Yut adalah rakan sekolah menengah merangkap Ketua Kelas yang mereng...Majlis diadakan di Kg Sungai Rokam, Ipoh, Perak...Meriah betul majlis ini penuh dengan tradisi...Macam2 jenis serta aksi pencak silat dipertontonkan...Suweet sangat wife si Yut itu...
Pasangan Keempat ~ Seth & Anith
Saya tidak berpeluang menghadiri Majlis Resepsi mereka kerana tarikh adalah sama dengan Majlis Sayuti...Hanya sempat saya sampaikan ucapan tahniah buat kedua mempelai ini...Seth adalah kawan En DF...Saya mengenali En DF melalui Seth...Terima Kasih sebab menyatukan kami...Ngeee~~Semoga anda juga berbahagia dengan pilihan hati...Kan saya penah cakap dulu semua yang terjadi pasti ada hikmah...And now Allah SWT telah makbulkan doa anda...Syukur!!!
Doa saya pada sahabat-sahabat yang telah melangsungkan perkahwinan semoga kalian berbahagia dengan pasangan....Saya juga tidak sabar menanti waktu seperti kalian...Cewaahhhh