Salam Ceria dan Salam 1 Malaysia
Let's continue our journey to Melaka......Zaaaassss
:::1 Disember 2012 ~ Day 2:::
Hari kedua di Melaka...Semangat bangun awai nak p menikmati breakfast...Lepas breakfast golek2 sat atas tilam sebelum bersiap nak kuar jalan-jalan...
Harini destinasi kami yang pertama adalah sekitar BANDA HILIR...Kawasan ini terletak di daerah Melaka Tengah...What's so special about Banda Hilir??? Dah kata Melaka telah dianugerahkan sebagai WORLD HERITAGE CITY so of course lah banyak tempat bersejarah kan...Yang bestnya semua ada kat sini..So u ols hanya perlu park kereta dan mula berjalan untuk menakluki tempat-tempat sejarah di Melaka..Kalau takmau jalan boleh sewa BECA dengan harga RM40/sejam...Abang beca akan bawak u ols pusing2 semua tempat di sekitar Banda Hilir...Beca kat Melaka ni memang menarik dan meriah...Dihias begitu fancy dengan bunga-bungaan...Sangat colourfull...Ditambah pulak depa pasang speaker macam2 lagu...
Okeh dah parking kereta, kami start dengan
BANGUNAN STADTHUYS (bangunan kaler merah)...Bangunan ini menempatkan Muzium Sejarah dan Etnografi (bayaran masuk RM5/pax), Galeri Laksamana Cheng Ho, Muzium Sastera dan Muzium Pemerintahan Demokrasi...Banyak jugak informasi boleh diperolehi dalam muzium2 ni...
Next kami berjalan ke
KOTA A FAMOSA...Wajib bergambar di sini sebab kat sini merupakan salah satu landmark yang u ols dah sampai Melaka ;) ...Pada masa ini, cahaya matahari memang sangat memancar...Membahang sangat...Takpa gigihkan jugak sebab bukan selalu dapat mai macam ni...Masa dok jalan nak p Kota A Famosa, ada beberapa muzium seperti Muzium Senibina Malaysia, Muzium Islam Melaka, Muzium UMNO Melaka dan ada 1 or 2 lagi muzium...Banyak sungguh aihh...Tapi we ols tak masuk pun cuma bergambar depan muzium saja...
Dari Kota A Famosa, terus sikit lagi ISTANA KESULTANAN MELAKA (entrance fee RM2/pax)...Kat sini boleh la nak tau sejarah Kesultanan Melaka, kisah Hang Tuah dan Hang Jebat, Adat-istiadat Kesultanan Melaka zaman dulu2 dan macam2 lagi...Pendek kata, macam lawatan sambil belajar gitu...
Lepas p melawat Istana, kami masuk DATARAN PAHLAWAN MALL...Mencari air dingin menghilangkan dahaga...jalan2 di sekitar mall...Ingat nak ke Menara Taming Sari tapi dah malas nak menapak...ehehhe...So kami berjalan pelan2 ke kereta kenkonon nak mencari Restoran Asam Pedas untuk lunch...
Then what happen??? Ayoyo kereta comel kami tak boleh nak start...Sebabnya batri sudah kong...Kena la call Perodua Servis Centre dan nak tunggu pulak mekanik mai bawak batri baru...Tunggu punya tunggu dekat jam 5 petang jugak baru setel...Nasib ada beli kudapan sikit masa kat Dataran Pahlawan Mall tu...
Dah setel semua ingat nak balik hotel mandi sebab rasa belengaih sangat...Masa otw nak balik pusing-pusing cari jalan hotel (gps tipu bawak jalan jauh) so ternampak lah AEON Bandaraya...So tersinggah la di sana...Window2 shopping tengok jam dah dekat kul 7...Owh kena rushing balik sebab nak kejar MELAKA RIVER CRUISE jam 8 malam...
Beli tiket kat reception kaunter kat hotel dengan kadar bayaran RM9.00/pax...Kalau beli di jeti muara tu RM10..Dan paling menarik sekali adalah pick up point di belakang hotel saja...Tak perlu nak ke jeti muara nak beratur...Memudahkan dan menyenangkan kami ;) likesss
So sementara tunggu cruise datang, kami dihiburkan dengan musical fountain terletak di belakang hotel kami menginap...So cantik dan mengujakan...(ayat BM failed)...Ok cruise dah sampai...Jom kita menyusuri Sungai Melaka...Sengaja memilih trip malam kerana dikatakan lebih cantik dan menarik sebab sekitar Sungai Melaka itu dihiasi lampu-lampu yang berwarna warni...Melalui KAMPUNG MORTEN (kampung asal penduduk melayu melaka) dan melintasi beberapa jambatan...Perjalanan bot lebih kurang 30minit kot...
Lepas cruise tour, kami balik ke hotel untuk mandi and out for dinner...Masih lagi mencari Ikan Bakar di Umbai...Kali ini kami ke PERKAMPUNGAN IKAN BAKAR TERAPUNG UMBAI SEAFOOD...Kami memilih NAKHODA SEAFOOD yang terletak di aras atas...Ini pun atas dasar rekemen dari blogger2...Memilih ikan jenahak suruh dia masak half bakar plain and half lagi bakar sambal, butter prawn, sotong tepung, kangkung belacan....Umpphhh ikan bakar kat sini not bad...Total dinner for tonite adalah RM95.00...Gulppppp....Pricy jugekkk...Takpa lah kalau ke Melaka lagi mungkin tidak makan di sini dah...
Disebabkan harini kami banyak menggunakan tenaga dan kaki, so memang terasa keletihan...Balik bilik berpillow talk konon pastu boommmmm...Bunyi bom pun dah tak kedengaran...Hahaha....
-End of Day Two-