Saturday, December 29, 2012

...Farewell Tea Party...

Salam Ceria dan Salam 1 Malaysia

U ols....nak sambung cerita lagi satu aktiviti kat opis i ols...Suka la keja sini banyak activiti gitu...Tapi time banyak keja tak suka la...

Pada petang Jumaat yang lalu, unit i ols telah mengorganize satu tea party untuk meraikan staff yang akan bersara, telah bersara dan bertukar...Perancangan nak meraikan mereka telah lama tapi akibat kekangan masa untuk mengumpulkan semua orang acara ini terpaksa ditunda...

Jadi bila check schedule Pengarah i ols, beliau hanya sedikit masa terluang pada 28 December...So semuaorg agree then we plan for the party...

Macam yang i ols cerita sebelum2 ini, staff2 admin i ols memang semua sangat bekerjasama...Jadi plan apa pun semuanya insha Allah akan terlaksana...Semua sudi tolong menolong...Sama2 tiup belon, buat wordings utk backdrop, buat bunting, order makanan, beli hadiah dan macam2 lagi...Tapi very sorry i ols tak sempat nak turut membantu mereka kerana sedikit bz waktu itu menyelesaikan beberapa kuiri oleh audit...(Nak dekat closing akaun baru nak sibuk kuiri itu ini)...grrrrrr

Dah nama pun Tea Party jadi menu pada petang itu adalah yang ringan2 sahaja...Antaranya adalah choc cream cuppies, red velvet cuppies (feberet), creampuff, roti jala + kari ayam, karipap dan buah oren sebagai pencuci mulut...Alhamdulillah kenyang semua orang pada petang itu...

Marilah mencuci mata melihat gambar2 kenangan ketika majlis ;)











...Dr Saadiah our Ketua Penolong Pengarah (Latihan) yang akan bersara pada 1.1.2013...

...Kak Junaidah - CC Kewangan yang telah bersara pada 15.11.2012...


...Azah yang bertukar ke Hospital Sultan Abd Halim...



...PPKK & KLPM Team Building 2012...

Salam Ceria dan Salam 1 Malaysia

Haluuuu u ols semua...Pasti semuaorang tgh berholiday menghabiskan sisa2 tahun 2012 kan?? Bestnya..Nanti jangan lupa updet okay...

Sebelum 2012 tutup tirai i ols ada beberapa cerita yang nak dikongsi...Salah satunya adalah pada 12 - 14 Disember 2012, opis i ols telah menganjurkan Kursus Team Building bertempat di CINTA SAYANG GOLF & COUNTRY RESORT, Sungai Petani, Kedah...Sapa penah p sila angkat tangan!!

Sebenarnya ini juga merupakan last minit plan..Memang kalut dan terpaksa bertungkus lumus nak siapkan paper work, booking hotel dan sebagainya...Alhamdulillah AJK2 i ols semuanya bagus2 belaka...Semua memberi kerjasama yang baik..Good job u ols...

Participants pulak terdiri dari staff2 from different unit...Ini merupakan pestaim i ols berkursus reramai bersama mereka...Semuanya spoting habis...Seronok pulak...

Takmau cerita panjang lebaq sangat, jom lah tengok pics sekitar Kursus Team Building i ols tu...









Sunday, December 09, 2012

...B-B-Q with Geng KDU...

Salam Ceria dan Salam 1 Malaysia

Cuti hujung minggu adalah senantiasa dinanti-nantikan oleh i ols...Sebab selain routine wiken aktiviti seperti cleaning, laundry and tidoring, bersuka ria bersama teman2 adalah terbaik...Kalau setiap wiken suami pulang lagi double terbaik kan...

Anyway last Saturday, we ols bersama-sama geng KDU telah mengorganize majlis bbq di rumah Nuraihan Karim...It was an adhoc plan...Petang Jumaat tu baru dapat wassap dari diaorg cakap nk buat makan-makan...So its ON!! yaay ;)

Dif-dif jemputan adalah harus tuan rumah sendiri Nuraihan Karim dan Jiji, Kak Ariani & Family, Liza & Zam, Azwa & baby Tia, Shude sebagai penggerak majlis and myself...







Menu pada hari itu adalah AYAM, SOSEJ, SCALLOP, BIHUN GORENG, POTATO SALAD, DONUTS, EGG SANDWICH dan BLACKPEPPER GRAVY sebagai sos pencicah...Oh mai the food ohsem sangat...Makan-sembang-mandi pool-makan-sembang...Bukan selalu dapat spent time reramai macam ni kan...





Tenkiu so much to all of u...In shaa Allah kita plan berpicnic pulak ok...Muuuaahhhh....

Friday, December 07, 2012

...Trip To Melaka ~ Day 3...

Salam Ceria dan Salam 1 Malaysia

Disebabkan arini eksaited nak habiskan cerita cuti-cuti melaka, so mari bersambung hari ke-3 kami di Melaka ;)

:::2 Disember 2012 ~ Day 3:::

Macam biasa kami akan bangun dan breakfast dulu...Mungkin pagi ni agak lewat so coffehouse agak full...Sarapan yang disajikan tetap tidak mengecewakan...So after breakfast, time nak packing baju dan beg...Maklumlah dah nak check out...Tahniah pada diri sendiri sebab kali ini memang saya cuti-cuti jalan makan angin dan tidak SHOPPING...yaaayyy...

...Exchange gift sempena OUR 1st Anniversary...
So after check out kami singgah di Bazar Plaza Makhota sebab nak beli sedikit ole2...Masa 1st day aritu kan datang ushar2 saja...Boleh tahan sesak jugak jalan nak ke sini...Lepas tu kami terus ke PANTAI KLEBANG...Misi mencari ORIGINAL KLEBANG COCONUT SHAKE...Oh setiba kami di situ Q tidak lah panjang sangat...Untuk makluman, landmarknya adalah bersebelahan CALTEX...Takkan la mai jauh2 dan beratur nak beli sorang 1 ja kan...So kami amik sorang 2 okeh...(tamak)...Umpphhhh lazat berkrimmmm....Kalau nak rasa sila berkunjung ke Original Klebang Coconut Shake ;)


Oh ya masa pulang kami sengaja tidak melalui highway...Saja nak menghayati pemandangan Melaka...Dalam perancangan kami tu dari Klebang nak singgah makan cendol femes di Masjid Tanah tapi sebab dah kekenyangan belasah sorang 1 cup coconut shake so secara rasminya telah terbatal niat itu...


Meneruskan lagi pemanduan sehingga lah masuk sempadan Negeri Sembilan...Melalui Port Dickson...boleh tahan ramai jugak kat area Teluk Kemang...Kami singgah lunch di COWBOY PLACE NASI KUKUS AYAM PANGGANG yang terletak di Jalan Pantai Batu 6...Kalau dari Teluk Kemang tu, sebelum roundabout nak menghala ke Hospital PD...

Lepas makan singgah sebentar di Taman PD Utama di rumah abang En DF...Then kami terus menuju ke LCCT untuk menghantar saya pulang...Ohh sedihnya kerana sudah tamat cuti-cuti Malaysia kami pada tahun 2012...In shaa Allah ada rezeki dan umur panjang tahun depan kita jalan2 lagi...

Terima kasih buat En DF sebab spent time bersama saya ;) i lap u lah

...Trip To Melaka ~ Day 2...

Salam Ceria dan Salam 1 Malaysia

Let's continue our journey to Melaka......Zaaaassss

:::1 Disember 2012 ~ Day 2:::

Hari kedua di Melaka...Semangat bangun awai nak p menikmati breakfast...Lepas breakfast golek2 sat atas tilam sebelum bersiap nak kuar jalan-jalan...


Harini destinasi kami yang pertama adalah sekitar BANDA HILIR...Kawasan ini terletak di daerah Melaka Tengah...What's so special about Banda Hilir??? Dah kata Melaka telah dianugerahkan sebagai WORLD HERITAGE CITY so of course lah banyak tempat bersejarah kan...Yang bestnya semua ada kat sini..So u ols hanya perlu park kereta dan mula berjalan untuk menakluki tempat-tempat sejarah di Melaka..Kalau takmau jalan boleh sewa BECA dengan harga RM40/sejam...Abang beca akan bawak u ols pusing2 semua tempat di sekitar Banda Hilir...Beca kat Melaka ni memang menarik dan meriah...Dihias begitu fancy dengan bunga-bungaan...Sangat colourfull...Ditambah pulak depa pasang speaker macam2 lagu...







Okeh dah parking kereta, kami start dengan BANGUNAN STADTHUYS (bangunan kaler merah)...Bangunan ini menempatkan Muzium Sejarah dan Etnografi (bayaran masuk RM5/pax), Galeri Laksamana Cheng Ho, Muzium Sastera dan Muzium Pemerintahan Demokrasi...Banyak jugak informasi boleh diperolehi dalam muzium2 ni...



Next kami berjalan ke KOTA A FAMOSA...Wajib bergambar di sini sebab kat sini merupakan salah satu landmark yang u ols dah sampai Melaka ;) ...Pada masa ini, cahaya matahari memang sangat memancar...Membahang sangat...Takpa gigihkan jugak sebab bukan selalu dapat mai macam ni...Masa dok jalan nak p Kota A Famosa, ada beberapa muzium seperti Muzium Senibina Malaysia, Muzium Islam Melaka, Muzium UMNO Melaka dan ada 1 or 2 lagi muzium...Banyak sungguh aihh...Tapi we ols tak masuk pun cuma bergambar depan muzium saja...






Dari Kota A Famosa, terus sikit lagi ISTANA KESULTANAN MELAKA (entrance fee RM2/pax)...Kat sini boleh la nak tau sejarah Kesultanan Melaka, kisah Hang Tuah dan Hang Jebat, Adat-istiadat Kesultanan Melaka zaman dulu2 dan macam2 lagi...Pendek kata, macam lawatan sambil belajar gitu...

Lepas p melawat Istana, kami masuk DATARAN PAHLAWAN MALL...Mencari air dingin menghilangkan dahaga...jalan2 di sekitar mall...Ingat nak ke Menara Taming Sari tapi dah malas nak menapak...ehehhe...So kami berjalan pelan2 ke kereta kenkonon nak mencari Restoran Asam Pedas untuk lunch...

Then what happen??? Ayoyo kereta comel kami tak boleh nak start...Sebabnya batri sudah kong...Kena la call Perodua Servis Centre dan nak tunggu pulak mekanik mai bawak batri baru...Tunggu punya tunggu dekat jam 5 petang jugak baru setel...Nasib ada beli kudapan sikit masa kat Dataran Pahlawan Mall tu...

Dah setel semua ingat nak balik hotel mandi sebab rasa belengaih sangat...Masa otw nak balik pusing-pusing cari jalan hotel (gps tipu bawak jalan jauh) so ternampak lah AEON Bandaraya...So tersinggah la di sana...Window2 shopping tengok jam dah dekat kul 7...Owh kena rushing balik sebab nak kejar MELAKA RIVER CRUISE jam 8 malam...



Beli tiket kat reception kaunter kat hotel dengan kadar bayaran RM9.00/pax...Kalau beli di jeti muara tu RM10..Dan paling menarik sekali adalah pick up point di belakang hotel saja...Tak perlu nak ke jeti muara nak beratur...Memudahkan dan menyenangkan kami ;) likesss







So sementara tunggu cruise datang, kami dihiburkan dengan musical fountain terletak di belakang hotel kami menginap...So cantik dan mengujakan...(ayat BM failed)...Ok cruise dah sampai...Jom kita menyusuri Sungai Melaka...Sengaja memilih trip malam kerana dikatakan lebih cantik dan menarik sebab sekitar Sungai Melaka itu dihiasi lampu-lampu yang berwarna warni...Melalui KAMPUNG MORTEN (kampung asal penduduk melayu melaka) dan melintasi beberapa jambatan...Perjalanan bot lebih kurang 30minit kot...

Lepas cruise tour, kami balik ke hotel untuk mandi and out for dinner...Masih lagi mencari Ikan Bakar di Umbai...Kali ini kami ke PERKAMPUNGAN IKAN BAKAR TERAPUNG UMBAI SEAFOOD...Kami memilih NAKHODA SEAFOOD yang terletak di aras atas...Ini pun atas dasar rekemen dari blogger2...Memilih ikan jenahak suruh dia masak half bakar plain and half lagi bakar sambal, butter prawn, sotong tepung, kangkung belacan....Umpphhh ikan bakar kat sini not bad...Total dinner for tonite adalah RM95.00...Gulppppp....Pricy jugekkk...Takpa lah kalau ke Melaka lagi mungkin tidak makan di sini dah...





Disebabkan harini kami banyak menggunakan tenaga dan kaki, so memang terasa keletihan...Balik bilik berpillow talk konon pastu boommmmm...Bunyi bom pun dah tak kedengaran...Hahaha....

-End of Day Two-