Salam Ceria ~ Salam 1 Malaysia ~ Salam Kasih Sayang
Yesss memang semangat nak menaip pada bulan November nih...Pasai nak sharing al kisah berbulan madu ke LOMBOK, NUSA TENGGARA BARAT, INDONESIA... Nak habaq mai LOMBOK IS BETTER THAN BALI... Sumpah tak tipu!!! Tak caya jom ikut i ols......
::: DAY 1 ~ (KLIA2 - LOMBOK) :::
Actually lepas touch down Phuket, next day tu i ols sambung ke Lombok pulak. Jadinya we ols #lakibini tumpang tidoq di rumah Bedz, member sepermainan zaman kanak-kanak i ols yang terletak di Persint 11... So park & ride kat Putrajaya Sentral then amik ERL ke KLIA2...Sangat senang, mudah dan paling penting jimat!
Flight kami jam 8.35am... Makan pun dah siap prebook. Memang jalan santai-santai menuju ke boarding gate. Teringat kejadian nak ke Phuket aritu. Dah lah boarding di gate yang sama.
Flight mengambil masa selama 3 jam 20 minit untuk sampai ke Lombok. Dari atas awan biru dah dapat lihat keindahan Lombok. Gunung Rinjani sangat memukau... Memang tidak sabar untuk explore Lombok!
Tiba di pintu keluar, Pak Supir sedia menanti...Kami dah book siap2 masa kat Malaysia. Rp500ribu/day untuk Toyota Innova... Rezeki kami dapat kereta baru. Berminat?? Sila hubungi Pak Edi +6282144449244...Pak Edi ni boleh cakap KL u ols sebab dia pernah kerja kat Malaysia 3 tahun lebih rasanya.
Okeh dari Airport kami terus ke destinasi pertama iaitu SASAK VILLAGE... Di sini u ols akan di bawa melawat kampung kaum Sasak iaitu salah satu kaum atau penduduk di Lombok ini. Kaum Sasak ni macam kaum orang asli di negara kita. Memang semuanya masih tradisional. Dapat melihat sendiri cara hidup kaum sasak. Kebanyakkan dari mereka merupakan petani. Rumah mereka beratapkan Rumbia, lantai pula dibuat daripada tanah liat dan campuran tahi lembu. Rumah tradisi ini kalau u ols tengok memang bahagian depan tu direndahkan kalau nak masuk memang kena tunduk. Ini adalah bertujuan jika ada tamu yang datang, seolah tunduk hormat pada tuan rumah. Relevan kan??
Next kami dibawa ke PANTAI TANJUNG AAN... Time tengah hari p pantai kan so just imagine panas macam mana...Akan tetapi panas itu tidak terasa disebabkan terpukau dengan keindahan pantai dan pemandangan di Tanjung Aan. Pasirnya yang memutih. Air lautnya yang jernih. Rasa macam nak lompat bintang sebab eksaited!! Jakun sat tengok pantai secantik ini.
Tidak jauh dari Tanjung Aan, Pak Edi berhentikan kami di PANTAI KUTA... Yess Pantai Kuta Lombok ye bukan Pantai Kuta Bali. Sangat berbeda dengan Pantai Kuta Bali. Subhanallah sekali lagi terpukau...Cantik baq hang! Cuma agak sedikit rimas di sini sebab penjual2 suka datang berkerumun. Pak Edi pesan jangan dibeli dengan diaorang sebab kalau beli dengan sorang nanti 10 orang lagi akan datang serbu. Haishh macam tu pun ada. Bila tengok pantainya yang cantik rasa macam takmau p mana-mana...Tu kira terpukau lah kan???
Kami meninggalkan pantai-pantai yang indah itu dan terus ke DESA SUKURARA... Di sini merupakan desa tenunan. Pelbagai jenis dan corak hasil tenun. Memang halus hasil seni mereka. Harga depends pada corak dan juga size...U ols boleh juga mencuba pakaian tradisi suku kaum sasak di sini. Free saja...
Next kami dibawa ke DESA BANYUMULEK... Di sini merupakan tempat pembuatan tembikar dan seramik. Dapat dilihat sendiri cara penghasilan tembikar secara tradisional. Macam-macam jenis tembikar dihasilkan untuk dijual. Dari sekecik tapak tangan Anak Che Ta dan Zain sehingga lah seagam i ols...Opps perlu ka perumpamaan nih?? k bai!
Jam sudah hampir jam 4 petang...Laa kami belum lagi lunch rupanya. Patut lah lapiaq semacam. Jika di Lombok, u ols harus mencuba AYAM TALIWANG. Ni kira special local cuisine kononnya. Pak Edi bawak kami ke LESEHAN TALIWANG IRAMA...Paket hidangannya nasi putih, ayam bakar taliwang, ikan bakar taliwang dan plecing kangkung. Thumbs up beb...Sedap sampai menambah nasik. Rasanya pedas-pedas manis...Aduk asik sekali!!
Siap makan kami terus request untuk terus ke hotel. Udah capek bangat sih. Kami memilih untuk menginap di area Senggigi. Booking
SUNSET HOUSE LOMBOK through web booking.com. 2 malam Rp1.1juta...Worth to stay... Location pun memang seaview. Sesampai hotel dan check in terus berlari ke pantai sebab nak tengok sunset. Sekali lagi terpukau dengan keindahan matahari terbenam di Lombok.
Sedikit tentang Sunsethouse Lombok... Kami booking Deluxe Garden Room. Memang luas, kemas, bersih, cantik dan paling penting selesa. Balcony kami menghadap garden. Ada beberapa kategori di sini. Paling best yang seaview + pool view... Di sini juga terdapat beberapa gazebo untuk nak santai-santai atau jika u ols nak bermassage. Overall memang best stay kat sini.
Disebabkan katil yang empuk dan comfort, malam tu kami berdua terlena awal...Penat barangkali...Maka tamatlah kisah hari pertama kami di Lombok!