Tuesday, November 25, 2014

...Honeymoon @ LOMBOK ~ Day 3...

Salam Ceria ~ Salam 1 Malaysia ~ Salam Kasih Sayang

Finally marilah menghabiskan cerita bulan madu hari terakhir kami di Lombok, Indonesia :)

:::DAY 3 ~ ( LOMBOK INTERNATIONAL AIRPORT - KLIA 2 - PENANG):::

Hari ni merupakan hari ketiga merangkap hari terakhir kami di sini.  Memang tiada aktiviti mahupun wisata untuk di lawati. Bangun pagi seperti hari sebelumnya, kami ke cafe untuk menikmati sarapan pagi.  Hidangan pun sama seperti pagi semalam - pancake, toaster bread, fresh local fruits dan sup soto.  Usai bersarapan kami balik ke bilik untuk berkemas beg untuk yang terakhir. Takut ada yang tercicir pulak.


Jam 10.00 pagi Pak Edi dah sedia menanti di meja reception.  Berat kaki ini melangkah meninggalkan seribu satu kenangan dan keindahan Lombok. (tragis sangat ayat kan).  Flight kami jam 12.15 tengah hari jadi memang kami punya banyak masa terluang.  Perjalanan ke airport memang santai sambil menikmati pemandangan kehijauan sawah padi.  Setiba di Airport, kami pun mengucapkan terima kasih dan good bye to Pak Edi di atas layanannya selama 3 hari 2 malam dan kami pun terus masuk untuk boarding. Lepak di cafe dalam airport sambil menghabiskan sisa waktu.




Tepat jam 12.15 kapal terbang kami berlepas meninggalkan bumi Nusa Tenggara Barat ini.  3 jam selepas itu kami selamat tiba di KLIA2.  Terus menaiki ERL Transit ke Putrajaya Sentral dan ke Bangi sekejap untuk transit barang di rumah adik i ols.  Tidak lama lepas itu kami pun gerak pulang ke Penang dan esoknya pula dah kena kerja. Memang niat di hati nak cuti tapi Bos yang disayangi tak bagi cuti katanya dah seminggu cuti cukup lah. #pasrah

Maka dengan itu tamatlah cerita bulan madu sempena menyambut 3rd Anniversary kami #lakibini.  Harapan setinggi gunung kiranya ada rezeki Lombok akan kami jejaki lagi.  Mungkin next time akan ke Gili Island & air terjun Sedang Gile!!!

Ok bye

1 comment:

Unknown said...

happy aniversary! barakallah! :)