Saturday, November 21, 2009

OuTinG + PoSinG wItH BGH LaDies PaRt tWo...

Welcome back....Nak continue pulak dengan kesah gila-gila remaja yang gila kentang punya posing...hehehehe....Kali nie kitaorang sempat menjelajah 2 lokasi yang menjadi tourist spot kat Penang nih...Yang pertama kami berphoto shooting kat Wat Chaiyamangalaram or Reclining Thai Buddhist Temple yang terletak di Burma Lane, Pulau Tikus and our second destination is Fort Cornwallis...This time more to ethnic, culture and history...





Dalam taman ada rusa...Pepatung rusa ni terletaknya di dalam kawasan Wat Chaiyamangalaram bagi mencantikkan lagi pemandangan sekeliling...Tambahan pula gadis-gadis yang ayu itu bertenggek di atas rusa....hahahaa...begitu tersiksa rusa-rusa itu jika ianya dapat berkata-kata...

Alahai Kak Iena posing memalu pulak...Di belakang Wat Chaiyamangalaram nie ada kolam dewi-dewi...Aku yang menggelarkannya je coz tak tau nk letak nama kolam pe...Dah nampak macam dewi-dewi kayangan tengah menari balle kan??....Sebenarnya cuaca petang itu sangat panas terik sebab tu larr muka Kak Iena berkerut semacam je...Panas pun takpe yang penting kasi pose baik punya.... :)


Masih di berada di dalam kawasan Wat Chaiyamangalaram...dan terus berposing maut....Aksi gila-gila masih diteruskan...


Besar gilerr globe tu kan...Sebenarnya sesape yang datang boleh baling syiling dalam globe ni...Bayangkanlah kalau penuh satu globe ni memang pokcik kayoo...Boleh beli banglo sebiji rasenya...hehehehe...Sorry la aku tak tau apa kegunaan orang membaling syiling di dalam globe tu so kalau nak tau datang lah melawat sendiri ye...

Patung Naga yang ni ala2 bodyguard untuk nak masuk ke dalam tempat ibadat kat Wat Chaiyamangalaram ni...Kat dalam tu memang shining dengan gold dan ukirannya sangat cantik dan unik...Menurut Tok Sami di situ, dinding dan ukiran memang diperbuat dari jongkong emas tulen...wahhhhh now dah le harga emas tengah melambung tinggi....Sorry tak dapat nak snap pics dalam rumah ibadat tu coz tak berani nak masuk ada beberapa orang pengunjung tengah menyembah patung...Maybe diaorang sembahyang la kot...

Our next destination plak ke Fort Cornwallis or lebih dikenali dengan Padang Kota Lama bagi orang tempatan...Menurut sejarahnya, Fort Cornwallis ni mendapat nama sempena nama Garbenor General India pada masa itu, CHARLES CORNWALLIS...Entrance fee RM3.00/pax...

Kami sedang berpose di tingkat atas Fort Cornwallis...Dari situ korang dapat lihat pemandagan laut yang terbentang luas gitu...Angin pulak tak payah cakap la memang boleh tertidur kat atas tu...Ini lah salah satu kawasan pelancongan yang paling popular kat Penang...So pada yang ingin ke sini, jangan lupa singgah di Fort Cornwallis okay...

Cewahh posing senget seperti orangnya...Itu lah Meriam Seri Rambai...For those yang masih ingat time belajar sejarah dulu la...Meh aku refresh memori korang sket...Meriam Seri Rambai ni merupakan salah satu meriam yang masyur yang pernah digunakan oleh Kapten Francis Light semasa pemerintahan beliau di Pulau Pinang...

Ini pun masih di dalam kota bersejarah, Kota Cornwallis...I love this pic nampak sangat classical...

Yang berdiri tegak dan macho tu lar Kapten Francis Light...Patung ni diletakkan betul2 berhadapan entrance...Masuk je dah boleh nampak ala-ala welcoming statue gitu....Ni plak aksi gadis koboi nak pergi perang...hahahaa

Pondok atap ni terletak di sebelah kiri pintu masuk...Nasib baik still kukuh lagi...Risau jugak mau roboh kitaorang kerjakan nanti....Iya la kan semua tengah excited nak posing...
Setakat ini dulu ya entry for Outing & Posing...Sebenarnya ada banyak pics kitaorang posing ni but that one not from my camera so sorry la ek...Tak sempat nak ambil dengan bebudak ni...Maybe some other day pergi berposing kat memana lak i'll keep update even takes sometimes...Yela nak tunggu ada mood baru excited nak bercerita...Adios frens....

No comments: