Thursday, April 14, 2011

...OriEntatioN DAy @ HKKB...

Salam Ceria dan Salam 1 Malaysia...

Mohon kemaafan ye para hadirin sekalian...Saya sangat sibuk untuk mengupdet blog ini...Okeh short cut...Meh nak stori pasal kegiatan di opis aku bebaru ini...

Well as introduction diceritakan sedikit bagaimana aku terposting kat HOSPITAL KUALA KUBU BHARU ni...1st of ol alhamdulillah setelah sekian lama aku dok apply and finally dapat jugak keja gomen...Ya keja gomen walaupun bukanlah sebagai pegawai besaq tapi tetap bersyukur...Masa dok tunggu surat penempatan dari KKM dalam hati aku nieh dok girang kot2 lah dapat balik Penang kan...Last2 sangat tak patut diletakkan di HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG...Kalao tak salah dekat2 dengan Sri Iskandar...Oh no!!!So aku pun tanya la kat Puan yang bagi surat tu, ada mana2 hospital yang kosong lagi tak selain Hospital Changkat Melintang??Justeru, Puan itu memberitahu, ada lagi 2 hospital yang memerlukan perjawatan ini ; HOSPITAL KUALA PILAH dan HOSPITAL KUALA KUBU BHARU...Bila dengaq ja tetiba rasa macam nak lari balik Penang ja...Sebab semua itu adalah hospital daerah...Sorry ye pada org2 Changkat Melintang, KKB dan Pilah tak bermaksud apa2 cuma pada ketika itu aku terkezut...So, setelah mencongak2 dalam kepala, aku pun bersetuju memilih HOSPITAL KUALA KUBU BHARU sebagai 1st posting aku...

Maka pada tanggal 4 Ogos 2010, aku diminta untuk melaporkan diri di HKKB...Pertama kali menjejak kaki di HKKB, memang sangat berat kaki nak melangkah keluar dari keta tapi kena kuat semangat jugak...Aku ditempatkan di bahagian KEWANGAN merangkumi UNIT HASIL...Nasib baik department aku tak lah ramai staff dan memudahkan kerja aku sebab staff2 Kewangan semuanya otai2...Dan dari hari itu hingga la sekarang sudah lebih kurang 9 bulan aku bertugas di HKKB dan tak tahu sampai kapan aku akan berada di sini...

So, berbalik pada tajuk entri aku, baru2 ini aku bersama staff2 baru yang lain if tak salah staff yang join from Jun 2010 until recently dipanggil untuk sesi ORIENTASI...Walau agak pelik bunyinya sebab setelah berkhidmat lebih kurang 9 bulan baru kena p orientation...Rasa dah kenai setiap ceruk kt HKKB tu cuma tak brapa nak kenai staff 100% lah sebab misi2 ramai jugak...hehehe...Orientasi ni cuma berlangsung 1hari saja di DEWAN LATIHAN, HKKB...Memang full program sepanjang hari tu...



...Tuan Pengarah tengah bagi ucapan...

...Dalam dewan latihan...

Sesi pagi bermula dengan ucapan Pengarah HKKB, Dr Jasmeet dan juga serba sedikit pengenalan, sejarah, visi, misi HKKB...Kemudian harus lah sesi ice breaking...Yang menariknya sesi ice breaking ni, setiap peserta kena lukis wajah masing2 menggunakan tangan yang berlawanan maksudnya, if orang tu right handed dia kena lukis pakai tangan kiri dan juga sebaliknya...Memang super lawak tengok hasil2 karya...Lepas tu exchange randomly dan kami kena mencari tuan punya lukisan mengikut lakaran yg dilukis...After that, kena introduce kat depan sorang2...Lepas sesi ice breaking, ada talk pasai MS ISO...Just dengaq saja lah sebagai input kan...Oh cakap pasai MS ISO ni, 28 & 29 April ni HKKB ada Audit dari SIRIM...Sebab odit tu telah jatuh pada 29 April dan cuti aku telah dibekukan...Terpaksa cancel trip...Lepas talk, ada ceramah motivasi...Biasalah nak memupuk semangat bekerja kan...Disampaikan oleh Kaunselor dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, En Muhammad Saifuddin...Not bad presentation dia buat semua orang tak mengantuk sebab cara dia cakap macam berpidato...Kelassss...

...Sedang mendengar ceramah...bla...bla..bla...


...Sangat cute okeh...

...Siap tiru ID Kad nak lukis muka...

....Sesi mencari tuan punya gambar...memang riuh rendah...
...Sesi perkenalkan diri...

... Farmasi + Misi...
Sesi petang pulak memang agak boring sebab semua adalah ceramah...Bermula dengan pengenalan mengenai AKREDITASI (aku jadi Setiausaha), then tentang KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN...disambung pulak mengenai TATATERTIB dan last sekali KAWALAN INFEKSI...Dan sebagai sesi penutup adalah penyampaian sijil....

...En Saifuddin + Dr Jasmeet...

...Penyampaian Sijil...

Sesi Orientasi itu tamat lebih kurang jam 4.30pm...Frankly, memang agak seronok dapat join orientation ni and enjoii the whole day...Semoga dapat meneruskan perjuangan ini dengan lebih semangat!!!

Sekian, Terima Kasih

No comments: