Thursday, September 27, 2012

...Ayo Ke Bandung ~ Day 1...

Salam Ceria dan Salam 1 Malaysia

Baru saja pulang bercuti-cuti ke tempat peberet iaitu BANDUNG, Indonesia.  Percutian 3 hari 2 malam ini disertai oleh En DF, Jack, Aunty and Aunty Nor... More to family trip...Jadi marilah kita terjah hari pertama kami di Bandung ;)

::: DAY 1 ~ 22 September 2012 :::

...Me & Jack b4 boarding...



Memandangkan sekarang i ols sudah bermastautin di Penang, jadinya terpaksa lah menongkah arus ke KL sebab flight KUL - BDO... Macam biasa i ols memang suka amik 1st flight sebab akan ada masa yang panjang... Flight jam 6.45am so must be at LCCT kurang lebih jam 5.30am mcm tu... Pagi itu kami tiba di LCCT awal juga sekitar jam 5.00am...So after check in luggage, lepak di Marry Brown sebab situ saja yang tak ramai orang...Lebih kurang jam 6.00am kami masuk untuk boarding...Lega sebab flight kami just on time berlepas...No delay...





Tiba di HUSEIN SASTRANEGARA AIRPORT, BANDUNG lebih kurang jam 8.00am waktu Indonesia...Kena Q panjang untuk urusan imigrasi...Ini adalah kali kedua saya mendarat di Bandung Airport...Airport ni memang lah sangat kecik...Melangkah keluar saja sudah nampak tanda nama saya dipegang oleh supir...Oh ya kali ini saya booking transport dengan Iwan Setiawan Rp400ribu/day...Kenderaan pula Suzuki APV...Kalo klik kt website dia akan ada gambaq2 jenis kenderaan yang dia ada...Supir kami bernama E'EING berumur 29 tahun sudah ada sorang anak...Kelas kan siap interview lagi...



Disebabkan kami dah makan atas flight tadi, so destinasi pertama yang dituju adalah PASAR BARU TRADE CENTRE...Memang best sebab time sampai still awal lagi...Banyak kedai2 baru nak bukak...So dapat lah harga pecah telur...Ngeee~~ Time ni pulak duit masih juta-juta rupiah katakan...Borong sakan...Padahal sebelum sampai Bandung memang pasang niat nak shopping ala kadar saja...Skali lost control daa...Kali ini design2 kain banyak material dari cotton...Fuuhh itu yang best tu...Half day jugak kami di Pasar Baru..Itu pun tak cover semua level...Sebab dah tak larat nak heret bungkus.





Setelah kepenatan berbelanja di Pasar Baru, kami  suruh E'Eing bawak p lunch...Request for Masakan Padang...E'Eing bawak kami ke RESTORAN SIMPANG RAYA...Restoran ni juga agak femes sebab kalo baca blog2 kawan2 lain mesti depa rekemen mai makan kat sini...Well setuju dengan mereka...Hidangan lauk pauk yang disajikan tidak menghampakan selera...Tambahan memang tengah laparudin.com kan...



Usai makan, kami bergerak ke hotel untuk check in dan merehatkan diri sekejap...Kami menginap di IMAGE HOTEL & RESTO yang terletak di jalan Lengkong Besar...Booking melalui BOOKING.COM .. Kadar adalah Rp250ribu/nite untuk standard room...Masuk ja bilik rasa macam nak p cari hotel lain sebab nya keadaan bilik sangat tak elok...Buruk...Tapi memang hotel ini sedang direnovasi...Ffftttt gambaq dalam website p letak yang dah renovate...Bilik deluxe ja yang baru reno bilik standart masih belum...Frust sangat...#pasrah untuk 2 malam...(takmau cita byk pasai hotel buat ilang mood cuti2)...



Lepas asar kami ke destinasi seterusnya ---> FACTORY OUTLET JALAN DAGO... Oh yess ini adalah tempat feberet jugak...Ada FO Glow, Episode, Gossip, JetSet, Blossoms tapi ada 1 FO dah tutup iaitu Grande...Depa nak bangunkan hotel kat situ...Lepas shoping i ols, Aunty & Aunty Nor memanjakan diri di AKAR NATURAL SPA yang terletak sebelah FO Gossip...Manakala kaum adam duduk lepak di cafe Glow FO sambil menunggu kami... Untuk full body massage Rp90ribu/hour...Not bad tapi bagi i ols ZEN FAMILY REFLEXOLOGY lagi best...Tempat dia pun lagi kelezzz...






Sebelum E'Eing hantar balik ke hotel, i ols ajak dia p cari the best MARTABAK in town...Sebab dok tengok banyak jgak depa ni juai martabak nak jugak rasa martabak bandung kan...So E'Eing bawak p SAN FRANCISCO MARTABAK...Hebat betoi nama kedai...Ada 2 kategori iaitu murtabak inti dan tak berinti...Kami pilih MARTABAK CHOC - CHEESE - KACANG... Actually martabak ni adalah APAM BALIK...Depa panggil martabak...hehehe...Ok sedap sangat...Size dia lebih kurang regular pizza ketebalan lebih kurang 2 inci kot...Rasa ?? Mantapp mesti cuba...Harga yang kami punya Rp53ribu...Ibu2 tak berapa ngam dengan martabak so depa tapau dinner KFC...

...Nenjiaaa u ols terliuq dak??...
Sampai hotel rehat-rehat sambil menjamu selera dengan martabak dan KFC dan Zzzzz.....

1 comment:

tony transport bandung said...

Assalamualaikum Wr.Wb. Tuan / Puan

Kami menawarkan kereta yang baik dan selesa untuk sewa dengan pengalaman dan pemandu mesra dalam mengendalikan pelancong.

Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
Hubungi kami Bilangan +62 858 6137 8328 ( Whats app bersedia ) atau email: tonybandung@smartfren.blackberry.com

Free & Eazy Program Tour (up to you)

Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej)

Kereta Taip Daily/14 hour

Suzuki APV ( 7seat ) Rp 425,000

Toyota Avanza ( 6seat ) Rp 425,000

Toyota Innova ( 7seat ) Rp 600,000

KIA Pregio ( 10seat ) Rp 650,000

Isuzu Elf ( 11-15 tempat duduk ) Rp 750,000

Isuzu Elf Long 16 tempat duduk IDR 950,000

Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.

CALL / hubungi / sms / whatsapp / konsultasi percuma : +62 858 6137 8328
telefon office : +62 8888 9177 00
WhatsApp : +62 858 6137 8328
pin blackberry : 30D1 82F0
email: tonybandung@smartfren.blackberry.com