Salam Ceria ~ Salam 1 Malaysia ~ Salam Kasih Sayang
Masih lagi dalam mood percutian ke Hong Kong dan Macau walau hampir setengah tahun berlalu.
Let's join our journey!!!
:::DAY 3 ~ (Ocean Park - Harbour Cruise - Ladies' Night Market):::
Selamat Pagi Hong Kong! Memang terasa malas nak bangun pagi-pagi sebab sejukkkk. Tapi kalau setakat nak tidoq baik tak payah p bejalan mana kan! So rutin harian bangun sediakan breakfast dan lunch. Memandangkan harini pun kami akan jelajah theme park so memerlukan tenaga yang sangat banyak. Siap breakfast nasik impit + kuah kacang dan tapau lunch Nasik Lemak hokayy!!! jom kita ke OCEAN PARK!!!!
From Apartment to Ocean Park : Austin - East Tsim Sha Tsui - Admiralty (Exit B) - Jalan cari station bus - Citybus Route 629 - Ocean Park Hong Kong
Bergerak pagi-pagi ni kami seiring dengan orang yang nak masuk kerja. So nampak macam everybody macam rushing. Tapi yang best sampai awal di Ocean Park orang masih tak ramai lagi. Perjalanan smooth ja even masa naik bas nak ke Ocean Park pun tak rasa sesak. Alhamdulillah cuaca pagi ni pun cantik... So apa lagi berpandukan theme park map jom kita explore Ocean Park Hong Kong.
1. Aqua City Zone
Kalau nak senarai memang banyak attractions kat sini. Tapi kami menuju ke Aqua City sebab nak naik cable car. A must try cable car ni. Ketaq lutut weiii!! Cable Car ni menuju ke Marine World. Sementera nak sampai hanya Tuhan saja yang tau. By the way di Aqua Marine juga u ols boleh melawat The Grand Aquarium, Memang kena long que nak masuk aquarium nih. Old Hong Kong (vintage sangat kat sini), Aqua City Lagoon dan if ada di antara u ols yang tak berani naik Cable Car boleh la naik Ocean Express train untuk sampai ke Rainforest Zone.
2. Marine World Zone
Marine World Zone ni terletak di atas memang tinggi. Sejuk tak payah cakap sampai menggigil walau pakai jacket. Sampai kat sini kami terus ke Ocean Theatre sebab nak tengok Dolphin Show. Well Dolphin Show ni biasa saja bagi kami yang dewasa ni. Untuk kanak-kanak mungkin menyeronokkan. Nak tengok view Ocean Park secara keseluruhan?? Sila ke Ocean Tower. Ala-ala Menara Taming Sari tu. Kami meneruskan ke Thrill Mountain Zone.
3. Thrill Mountain Zone
Nama pun thrill kan?? So kat sini memang ada ride yang boleh buat jantung bedegup kencang kot. Nak feeling nak roller coster betui2 nampak laut?? Jangan tak cuba Hair Riser... Then lagi satu The Flash...Kami singgah lunch kat food court nearby Thrill Mountain Zone. Memang disediakan kawasan tempat duduk yang besar dan banyak. Apa lagi hidangkan Nasik Lemak yang kami tapau. Kenyang....
4. Polar Adventure Zone
Polar Adventure Zone macam fefeeling kat Kutub la. Time ni dah terlalu ramai sangat orang kami tak lama pun just masuk kedai souvinier saja. Then amik gambaq skit-skit terus beredar.
5. Adventure Land
Penat jugak naik turun escalator nak ke sini. Tapi mujur lah disediakan escalator kalau tangga??? Huh mapuhhh...Sini ada 2 rides yang boleh try. Satu semestinya semacam roller coster jugak. Rasanya Che Qis & Saupi saja yang gigih dengan beraninya naik Mine Train. Then cuba kalau nak basah lite-lite Raging River. Setel di Adventure Land kami naik semula sebab nak turun guna Ocean Express yang terletak di Rainforest Zone.
6. Rainforest Zone
Di sini u ols boleh naik Ocean Express dan terus di bawak turun ke Aqua City Zone semula. Kena beratur agak lama nak tunggu train sebab ramai jugak. Then masih ada manusia yang kurang paham bahasa tau nak melulu ja. Dah la kita pun dah penat sama mau ada nak kena sigung kan??
7. Amazing Asian Animals Zone
Nak tengok Panda?? boleh jelajah kat zone sini. Tapi kami tak singgah pun sebab masing-masing dah penat sebab time ni dah petang jugak. Tapi Amazing Asian Animals zone ni lebih kepada keriangan untuk kanak-kanak.
Ok dah jom balik sebab lepas ni kami nak naik Cruise u ols. Nanti terlambat rugii tak dapat tengok sunset dan lampu lip lap Kota Hong Kong.
From Ocean Park to Wan Chai Ferry Pier : Citybus 629 - Station Admiralty - Station Wan Chai - Ikut Flyover (nampak Mekdi) terus turun tangga/escalator belah kanan - jalan ikut Harbour Road - Terus ikut sign board Hong Kong Convention & Exhibition Centre sebab pier tu just opposite HK Convention Centre. (Estimate walking distance 15- 20 minits)
Memandangkan kami sampai awal jadinya nak booking lah ferry last si Apek yang jaga kaunter tu cakap tak boleh booking macam tu saja sebab kena call nombor yang kat tiket tu. Dah la tak paham apa operator tu dok merepek. Memang bertekak jugak lah and finally dapat jugak kami naik cruise yang diberi nama DRAGON PEARL CRUISE. Kami memang amik tanpa dinner on board. Sebab no point pun non halal. Sebelum naik cruise sempat kami lepak di HK Convention Center tu and ada perasan satu tarikan dinamakan GOLDEN BAUHINIA SQUARE. Macam replica obor kaler gold. Ramai jugak dok bergambar kat situ. Okeh its time nak naik cruise. Walau nampak macam boat ikan saja and free seating. Mangkok betui Apek tu sebenarnya tak booking pun takpa. Rasa nak sepak ja nasib di tempat orang kan. Cruise belayar lebih kurang 30 minits dan kami dihidangkan dengan panorama Hong Kong pada waktu malam. Memang sungguh bermandikan cahaya lampu. Meriah u ols. Selesai cruise berlabuh, kami bergegas untuk ke Ladies' Market pulak.
Wan Chai Ferry Pier to Ladies' Market : Ikut Harbour Road - jalan terus sampai melalui Fleming Road - Naik flyover yang ada mekdi - Wan Chai Station - Admiralty Station - Mong Kok Station - Exit E2
Kemeriahan Ladies' Market ni sebenarnya lebih kurang sama dengan Temple Street Night Market. Cuma peniaga di sini agak kasar. Skali tanya harga kalau tak beli sure kena maki. Buat bodo ja then jangan dok tunggu kedai dia. Nanti berpapan kena maki lagi. I've experienced that. Takut pun ada mau dia bawak parang ka pistol ka tak naya...Barang-barang yang dijual pun lebih kurang sama. Harga memang kena betui-betui pandai bargain. Terlalu padat dengan manusia then i ols dan En DF macam dah penat nak berjalan so kami bertenggek kat tepi-tepi sementara tunggu yang lain. Last kami gerak ke Mong Kok Station menunggu yang lain.
Ladies' Market to Apartment : Mongkok Station - Jordan Station - Jalan kaki *nanges*
Semua dah sampai kami gerak balik ke Apartment. Sumpah masa dok jalan nak balik Apartment memang kaki sakit sangat-sangat dah...Hahaha pengalaman sungguh waktu tu. Malam tu semua macam penat gila memang makan simple ja. Tak larat nak masak bagai dah. Tidoq lebih penting sebab esok nak berjalan jauh lagi....Huh....k bai
No comments:
Post a Comment