Tuesday, January 18, 2011

...K.H.U.R.A.F.A.T...

Salam Ceria dan Salam 1 Malaysia
Okeh ya kawan2 nak cerita pasai p tengok movie KHURAFAT...Jarang sebenarnya eden p tengok cita melayu ni...Tapi bila tengok the making kat tv macam terpanggil2 nak p layan...So last Sunday ajak En DF pergi menonton sama2...Overall memang buley kasi thumbs up lah kat pengarah muda Syamsul Yusof sebab filem ni memang seraammm...Paling tak dapat dilupakan adalah akibat dari terkejut saya menjerit dan terpelanting popcorn saya...So anda nilai sendiri ya betapa suspen ceritanya...Ceritanya begini......
"...Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dsan salah satu bentuk penyelewengan dalam akidah Islam antara Manusia dan Syaitan. Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Johan telah berkahwin dengan Aishah dan pada awal perkahwinan, mereka hidup aman bahagia namun tanpa disangka trauma melanda di pertengahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh dan ini menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan.Kehadiran perempuan tua misteri di tambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna. Anna tidak dapat menerima kenyataan yang Johan telah berkahwin dan dia sering mengganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Kerana terlalu kecewa dengan Johan, Anna telah membunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak kepada perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna sering kali menggangu Johan dan Aishah. Apa yang menghantui Johan dan Aishah??Apakah kesudahan hidup Johan??.."
Sepraisss...So kena pegi tonton ye...
Sumber Sinopsis : www.skop.com.my

No comments: