Tuesday, March 01, 2011

...BerCanDA di FRASER'S HILL, PAHANG...

Salam Ceria dan Salam 1 Malaysia

Selamat berMONDAY BLUES u ols...Entri kali ni nak cerita pasai wiken aku...Fuuhhh lama gila rasa wiken ku tidak terisi dengan aktiviti jalan2...Ahad baru ni aku dan En DF berdeting kat FRASER'S HILL, Pahang...Cuma lebih kurang 50kilometer dari umah aku...Dekat kan...Akan tetapi jalan ke sana masyaAllah berbengkang bengkok macam jalan nak nek Cameron Highlands jalan lama tu...Kami gerak pun hampir tengah hari sekitar jam 11 pagi...Cuaca pulak pada hari tu sangat cerah dan panas...Dari Pekan Kuala Kubu Bharu, ikot je sign board ke Fraser's Hill melalui Jalan GAP...Oh ya jalan ke Fraser's Hill ni juga merupakan salah satu jalan alternatif ke RAUB,Pahang...Kira if u ols sampai Fraser's Hill, lebih kurang 35km je lagi sampai lah Raub...


...Empangan KKB...

Ketika anda on the way, anda akan dapat melihat EMPANGAN KUALA KUBU (sila klik utk lihat entri aku pasai Empangan KKB)...So anda boleh berhenti untuk berposing2 sebelum anda meneruskan lagi perjalanan ke Fraser's Hill...Selepas melepasi Empangan KKB, anda akan berjumpa dengan satu lagi keindahan alam semula jadi yang sangat menakjubkan...Aku pun tak pernah sampai ke sini lagi...Tempat yang dimaksudkan adalah AIR TERJUN CHILING...One day mesti explore jugak Air Terjun Chiling ini...Selain itu ada lagi 1 iaitu KAMPUNG PERTAK yang merupakan perkampungan orang asli...Kat sini pun ada sungai di mana boleh mandi manda dan berkelah...Rupa rupanya kat KKB ni sungguh kaya dengan alam semula jadi yang maseh terpelihara...Bangga sebentar walaupun baru migrate ke KKB...Cewahhhh...

Perjalanan diteruskan lagi...Macam sangat adventure kan untuk sampai ke Fraser's Hill...Ok setibanya di Pintu Gerbang "SELAMAT DATANG KE FRASER'S HILL" anda kena berhenti ye melainkan memang ada lampu hijau dan sign board "GO"...Kenapa kena stop??Well untuk sampai ke atas, hanya ada 1 jalan yang memuatkan 1 kenderaan pada 1 masa...So pihak Fraser's Hill telah membuat jadual untuk naik dan turun...Anda boleh refer kat sign board depan pintu gerbang tu...Dan luckyly time kami sampai memang disuruhnya "GO"...yaayyy...Dari main entrance u ols have to drive further up about 7km...Jalan memang kona kona...So pada yang tak tahan tu plis standby beg plastik dan minyak hangin...


...Pintu Gerbang Fraser's Hill...

...Papan tanda jadual naik dan turun ke Fraser's Hill...

Finally, sampai jugak kami di FRASER'S HILL...this is my 2nd time...Masa 1st time aku ke sini time tu still dok skolah lagi...tak hengat umuq brapa...Itu pun singgah sebab nak ke rumah Pak Lang di Sungai Koyan, Raub...Dan En DF 1st time menjejak kaki kat sini...So let's explore apa yang ada di sini...
...Map Fraser's Hill...




...Welcome to THE PADDOCK...



First pit stop adalah THE PADDOCK...Kat sini boleh menunggang kuda 1round RM5...Kalau yang betul2 teringin sangat boleh lah sebab rasa mcm tak berbaloi...Selain itu, pada yang minat archery boley try jugak...Terlupa pulak brapa rega dia...Lepas tu kami berposing2 di JALAN LADY GUILLEMARD...Ini lah kira port wajib posing sebab ada jam gadang yang tulih FRASER'S HILL...Selain itu, berdekatan dengan jam gadang ni ada PUNCAK INN HOTEL, BALAI POLIS,POST OFFICE, TOURISM INFORMATION COUNTER, FRASER'S HILL GOLF dan SOUVINIER SHOPS...

...Penulis berlatar belakangkan track horse riding...1round pagar ni RM5...

...Cik ZE dan En DF...

Dari situ kami ke JERIAU WATERFALLS...Jauh jugak even dalam kawasan Fraser's Hill...Lebih kurang 10-15minit nak sampai ke sana...Sampai ke kawasan parking, korang kena menapak pulak...Aduyaiii penat camnih...Tapi seyes sangat sejuk dan mendamaikan...Untuk sampai ke air terjunnya kena menapak lebih kurang 15minit jugak...Malangnya aku dan En DF sudah tidak punya tenaga untuk meneruskan...So kami berposing2 di anak sungai ajo...Then dari Jeriau Waterfalls kami bercadang nak ke ALLAN'S WATER...Tapi aku macam dah poning2 dan loya2...Haishh mcm org preggy pulak...Iyo lah mana taknya jalan2 nya sungguh berbengkang bengkok...So mood pun macam dah kureng...So kami mengambil keputusan untuk pulang...hehehe...Kesian korang mst excited nak tau apa lagi ada kt Fraser's Hill kan...Last2 aku cita 2,3 tempat ja...Takpa dekat aja nnt2 pun bole pegi lagi...

...Jeriau Waterfalls...Penat punya pasai tak sempat nk foot print kt waterfall ni...halfway sajo..


Sepanjang perjalanan pulang aku tertido sebab pening + mengantuk...hehehe...Kesian kat En DF sebab kena drive sensorang...Anyway terima kasih En DF sebab kesudian bawak saya pegi jejalan ye...

Oh ya kat sini banyak bunglow dan rumah penginapan kerajaan dan jugak company2...Selain itu ada hotel and resort...So korang boleh check it out kat google ok...

Jika anda scroll down ke bawah adalah gambar2 posing kegedikan yang turut sama dimuatkan buat tatapan korang...let's layannnnn....




















3 comments:

che'Burn@che'Qis said...

best nya bjalan..

Buzu Ediany said...

Buzu---> CheBurn@CheQis

kami jalan hat dekat2 umah ja...tak p nun jauh smpai bandung...huhu

!eNa PnG said...

amboi boi boi.... syiok noh...:D