Salam Ceria dan Salam 1 Malaysia
Selamat Hari Raya u ols semua tapi entri ni nak cerita pasai bulan posa...Takpa kan janji berupdet jugak walau selow mcm siput vavi...
Tahun ni adalah my 2nd year menyambut Ramadhan di sini...Ala2 berpuasa di perantauan sangat la kan...Takdak apa yang menarik sangat pun cuma berkesempatan beriftar bersama bff dan juga staff-staff HKKB...
13 Ogos 2011 bersamaan 13 hari berpuasa, aku bersama geng2 iaitu Misi Iena, Hamzah, Fidos dan Aina serta En DF berbuka puasa di AROMA IKAN BAKAR, Jeram...Actually aku suggest nak p buffet kat Al Rawsha tapi permintaan oleh si Fidos nak makan seafood...So memandangkan ni adalah tempat feberet we olss, kita redah saja...Menu??Toksah cakap la penuh meja mcm orang somalia kebuluq pulak...Ada pari bakaq, jenahak bakaq, siakap 3 rasa, kerang bakar, tomyam, sotong goreng tepung, kailan, telur dadar dan tembikai laici for beverage...Auuuummm sebat sampai licin gitu!!!
|
|
|
V
20 ~ 21 Ogos 2011 bersamaan 20 hari puasa...Finally saya dan En DF attended KURSUS KAHWIN setelah agak beberapa lama tertangguh...Well pergi majlis ilmu time bulan puasa memang tak terasa sangat keboringan itu...Untuk informasi yang belum p kusus kahwin ni, bayaran yang dikenakan adalah RM80.00 seorang...Anda akan diberi sijil Kursus Pra Perkahwinan yang valid seumur hidup dan paling penting adalah sahih dan diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam seantero Malaysia...Serius rasa cepat ja 2hari berlalu...Kami berkursus di bangunan LPPKN yang kat area Sogo tu...Time ni kan dah kira peak weekend b4 org balik kampung for raya, so toksah cakap la packed dgn kenderaan dan jugak manusia...
20 Ogos 2011 telah menerima undangan majlis berbuka puasa daripada Puan Lily Lulu..Bertempat di Cascade Restaurant, Mandarin Oriental KLCC...Environment memang kelass sgt bebuka puasa di tepi pool smbil menikmati hidangan yang dikira sangat banyak dan serba enak belaka...Hari tu memang makan sampai lupa diri nasib butang seluaq tak tercabot...Highly recommended buffet kat sini sebab grill dia mmg tip top...
...Pic di atas adalah ehsan drpd Pn Lily Lulu...
23 Ogos 2011 sudah masuh minggu2 terakhir ramadhan...Kali ini berbuka di HKKB pulak...Majlis Gotong Royong Bubur Lambuk dan jugak Berbuka Puasa 2011...This year lebih meriah dari last year...Dari pagi dah sibuk2 sediakan bahan2 untuk masak bubur lambuk...Semua juadah we ols masak secara gotong royong...Bubur lambuk ni semua akan diagihkan kat Masjid and surau2 berdekatan dan jugak semua staff HKKB...4 periuk besaq jugak semuanya licins...Sebelah petang pulak kami selaku AJK menyediakan juadah untuk berbuka puasa bersama Ahli Lembaga Pelawat...Menu memang agak killer...Tomyam,ikan bakaq, kailan, pajeri nanas, sambal tempoyak...Membangkitkan selera betoi...Selepas majlis berbuka puasa, kami solat terawih berjemaah...1 pengalaman yang best!!!...
26 Ogos 2011 horayyy BALIK KAMPUNG!!! saya sudah mula cuti pada jumaat tu...Tapi sebelum balik saya dan En DF sempat ke Jalan TAR konon2 last minit shopping...Tapi ternyata kami p tak sampai setengah jam then balik sebab tak tahan orang ramai sgt...So end up dgn tak beli papa...Alhamdulillah trafik masa on the way tu tak lah jem sebab orang tak ramai balik lg..Cuma sangkut sikit kat Tol Duta...Biasa la tu...Sampai Penang dalam kul 6.30pm terus ke Deen Nasi Kandar di Jelutong tapau for berbuka nanti...Alhamdulillah kenyang...Dapat jugak berbuka bersama family...
27 ~ 29 Ogos 2011 ketika ini berada di Penang...Hari2 keluaq p shoping...Biasa lah nak raya beli barang2 untuk nak masak raya nanti...Kali ni abah saya agak over dalam shopping...Seronok saya follow dia shopping...Mama saya pun tak kurang hebat...Tapi this year saya agak lekeh sebab tadak selai pun baju raya...Pakai je baju yang ada...Taktau kenapa tak bershopping raya...Maybe dok sibuk beli barang2 for kawen nnt...
So everyone, ini adalah entri serba sedikit mengenai sebulan puasa saya pada tahun 2011...